Work Life Balance

Cara Berhadapan Dengan Majikan Yang Bersikap Pasif-Agresif

Cara berhadapan dengan majikan yang bersikap pasif-agresif? Apakah yang dimaksudkan dengan majikan yang bersikap pasif-agresif? Majikan yang bersikap pasif-agresif bermaksud majikan yang menyembunyikan rasa marahnya dari orang lain.

Ini berkemungkinan disebabkan beliau cuba untuk elakkan pergaduhan  di antara satu sama lain. Anda pernah terjumpa orang yang bersikap sebegini? Sikap orang-orang seperti ini sangat sukar untuk diduga. Di luarnya nampak macam okay, tetapi sebenarnya tidak.

Pastinya perkara ini akan memberikan anda rasa tertanya-tanya. Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh mereka. Jika anda pernah lihat tanda-tanda ini maka itulah orang yang kita panggil sebagai pasif-agresif.

Mereka tidak akan menunjukkan apa sebenarnya yang mereka rasa, tetapi anda akan dapat rasakan aura negatif yang datang daripada sikap mereka. Admin dapati sangat susah untuk berurusan dengan orang-orang seperti ini, lebih-lebih lagi majikan anda yang mempunyai sikap seperti ini.

Ini Adalah Cara Bagaimana Untuk Berhadapan Dengan Majikan Yang Bersikap Pasif-Agresif :

1. Jangan Cepat Melatah

Satu sifat semulajadi bagi manusia, di mana kita akan cepat melatah apabila tiba-tiba sahaja kita dilayan seperti seorang yang tidak berperasaan. Pastinya kita mahu mereka rasakan apa yang kita rasa. Biar mereka tahu bahawa betapa sakitnya apabila dilayan dengan buruk.

Walau bagaimana pun, jika kita juga berkelakuan seperti mereka, maka masalah yang dialami tidak akan pernah selesai. Sebaliknya mereka akan teruskan melayan anda dengan buruk kerana mereka menganggap bahawa anda suka untuk dilayan seperti itu.

Sebaliknya, tunjukkan saja sikap yang normal kepada mereka. Walaupun ianya amat sukar untuk dilakukan, tetapi jangan risau. Tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Ini akan membuatkan fikiran anda kembali tenang dan anda dapat kembali berfikir secara normal.

Lihat Juga : [ Ini 5 Cara Hilangkan Stress Di Tempat Kerja ]

2. Menegur Secara Baik

Ketahuilah bahawa majikan anda juga cuba untuk menjadi contoh yang terbaik buat pekerja-pekerjanya. Disebabkan itu, secara tidak sedar majikan anda membuatkan anda terfikir bahawa mereka cuba untuk sembunyikan sesuatu dari anda.

Jadi, cara yang terbaik untuk hilangkan rasa ingin tahu anda dengan menegur mereka secara baik. Pastikan anda menegur majikan anda ketika anda berdua berada di tempat yang mempunyai privasi. Admin sarankan anda untuk terus bertanya tentang perkara yang anda rasa mempunyai masalah berkaitan dengan majikan anda.

Tapi ingat, anda harus bertanya dengan nada yang normal sahaja kerana kita enggan perkara tidak diingini seperti pertelingkahan mulut berlaku. Jika anda mulai merasa bahawa majikan anda memang tiada niat untuk berbuat sedemikian, minta maaf dengan segera dan jelaskan keadaan yang sebenar.

Mungkin ini dapat membantu untuk menyedarkan majikan anda bahawa beliau telah melakukan kesilapan tanpa disengajakan.

 

3. Cari Tempat Kerja Yang Baru

Jika anda sudah mencuba semua cara-cara yang admin kongsikan di atas, tapi tak ada satu pun yang berkesan, tiba saatnya anda fikirkan untuk mencari kerja di tempat baru. Akan tetapi, jika anda masih sayangkan tempat kerja anda yang lama, cuba buat satu surat permohonan untuk bertukar kepada bahagian lain.

Kalau majikan di bahagian baru juga mempunyai sikap yang sama seperti majikan anda yang lama, anda harus terima bahawa rezeki anda bukanlah di situ. Selain dari soal prestasi kerja anda, ia juga melibatkan kesihatan mental dan fizikal anda. Sentiasa ingat bahawa kesihatan anda tidak dapat dijual beli.

Admin harap majikan anda bukan seorang majikan yang bersikap pasif-agresif. Jika ya, cuba anda lihat dan hadam tips yang admin kongsikan di atas ini. Semoga bermanfaat!

Sumber : inc-asean.com

Pendapat anda?
Share: