Umum

LinkedIn Menawarkan Ciri Video Baru, Peluang Besar Bagi Marketers!

linkedin-menawarkan-ciri-video-baru-1

LinkedIn telah melancarkan ciri video yang baru kepada penggunanya. Semua orang tahu ia merupakan satu media sosial yang ramai dengan golongan profesional dan bekerjaya.

Semalam, ia telah melancarkan satu ciri baru iaitu Video yang boleh digunakan oleh pengguna-pengguna mereka di laman media sosial LinkedIn. 

Sekarang pengguna boleh merakam dan memuat naik video berdurasi sehingga 10 minit. Seperti platform yang lain, video di LinkedIn boleh diupload dengan shot menegak atau mendatar.

Walaupun hanya sebilangan kecil pengguna yang menerima kemas kini ini, ciri baru ini akan tersedia untuk kesemua pengguna dari semasa ke semasa dalam masa beberapa minggu yang terdekat ni.

Jika dilihat media-media sosial yang ternama seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, LinkedIn merupakan media sosial yang terakhir yang baru melancarkan ciri untuk Video di dalam media sosial mereka.

Pengumuman semalam telah mengejutkan para marketers di seluruh dunia untuk berbincang bagaimana teknik dan cara untuk memaksimukan penggunaan  video ini di dalam jenama mereka.

Ini antara 2 peluang yang disukai oleh pihak pemasaran sesebuah syarikat :

1) LinkedIn memudahkan mereka untuk mencapai B2B dengan Video

Jenama-jenama besar dan personaliti bisnes sangat teruja untuk mempunyai platform dengan mempunyai ciri video konten yang lebih sesuai untuk mencapai audien B2B daripada Facebook, Snapchat, Twitter atau Instagram.

Seperti yang kita tahu, audien di LinkedIn sangat berbeza dengan audien di Facebook. Maka untuk mencapai ke arah pelanggan B2B ia lebih releven berbanding Facebook.

Sekarang mereka boleh mempamerkan pelancaran produk mereka, memberikan pemimpin di dalam syarikat menceritakan kisah-kisah mengenai syarikat dan boleh menyiarkan event mereka menerusi penyampaian melalui Video.

Wakil jualan B2B juga teruja kerana kini mereka boleh merakam video dan boleh mengumumkan promosi khas atau ciri inovatif yang syarikat mereka ingin lancarkan ke dalam media sosial ini.

2) Didatangkan dengan Data Analitik yang berbeza

Pencipta konten akan mendapat akses data yang lebih besar seperti bilangan views, shares, likes, comments.

Perbezaan data daripada LinkedIn adalah anda dapat akses kepada data daripada penonton video anda iaitu maklumat mereka seperti dimana mereka bekerja, jawatan, dan pasaran mana yang selalu menonton video anda.

LinkedIn mempunyai data yang lebih besar dan ia tidak tersedia di platform media sosial yang lain.

Pihak-pihak pemasar bukan sahaja teruja dengan kehadiran ciri baru ini tetapi mereka boleh mendapatkan pandangan yang berharga daripada penonton yang melihat jenama mereka.

Jika anda perasan, pemasaran harini adalah lebih kearah video konten dan juga penceritaaan. LinkedIn hadir dengan mewujudkan satu ciri video tetapi dengan strategi yang berbeza.

Apabila dilihat dari sudut audien dan potensi saiz yang ada di LinkedIn, ia akan membantu jenama-jenama di luar sana untuk membina kredibiliti dengan cara yang baru di pasaran ini dan memberitahu cerita mereka dalam keadaan yang lebih unik dan baik.

Game on!

Pendapat anda?