Startup

Lelaki Ini Menjadikan Seni Pertukangan Sebagai Kerjaya

ZVW + 4INCI 3HUN. Sebuah syarikat yang sedang pesat membangun dengan memfokuskan servis interior design, custom furniture, pallet dan juga woodwork. Senang cerita apa sahaja yang melibatkan kesenian pertukangan kayu, mereka sedia lakukan.

Latar Belakang Syarikat

Syarikat yang diasaskan dengan gandingan 2 beradik, Zulkefli Ali dan Khairul Ali mereka merupakan pengasas kepada ZVW + 4INCI 3HUN. Nama klasik ini diilhamkan dari ukuran bahasa cina traditional. Berbekalkan 8 tahun pengalaman sebagai interior design, Zulkefli keluar dari dunia kerjaya beliau dan menubuhkan syarikat ini secara official pada tahun 2012.

Khairul Ali (Kiri) dan Zulkefli Ali (Tengah)

Mereka mengetengahkan suasana bekerja yang mementingkan kepada minat dan seni halus yang terperinci. Zulkefli memberitahu bahawa seni kerja kayu ini boleh membuat seseorang individu itu berasa lebih peka terhadap persekitaran semula jadi mereka dan akan memberikan impak kepada hasil kerja yang dihasilkan itu. Nilai yang paling besar bukan kepada wang ringgit semata-mata tetapi lebih kepada kepuasan yang mereka dapat.

Antara Projek Yang Mencabar

Antara projek besar yang mereka telah uruskan dengan jayanya adalah The Garage KL .
Konsep dan reka bentuk dalamnya merupakan hasil sentuhan daripada team ZVW + 4iINCI 3HUN. Jika anda berkelapangan boleh singgah di Garage KL untuk lihat hasil seni interior design yang mereka lakukan.

Banyak lagi projek akan datang mereka yang sememangnya mencabar dan menyeronokkan. Disini anda boleh menimba ilmu dengan banyak. Perkembangan kerjaya anda boleh bermula disini. Mereka sedang mencari beberapa kekosongan jawatan untuk diisi. Jangan lepaskan peluang ini.

Anda salah seorang yang mahu menjadi ahli ZVW + 4iINCI 3HUN ?

KEMASUKAN SEGERA !

Lokasi Pekerjaan : Ampang, Kuala Lumpur

Hantar resume anda di sini : [email protected]

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon