Jawatan Kosong

Lelaki Ini Kongsikan Peluang Jurutera Malaysia Bekerja Di Jepun

peluang-pekerjaan-di-jepun

Jepun menghadapi masalah kekurangan tenaga professional, lelaki ini kongsikan peluang Jurutera dari Malaysia bekerja di Jepun

Mungkin ada yang pernah terbaca yang Jepun mengalami masalah kekurangan tenaga buruh dan professional tapi tak boleh nak bayangkan sejauh mana keadaan dia.

Nak gambaran paling mudah boleh tengok dalam team procurement saya sendiri, seorang sahaja 30-an, yang lain semua 40-an, 50-an and 60-an. 40-an cuma 3 orang, yang lain ramai dah timang cucu. 20-an tiada dalam senarai.

Low fertility rate punca Jepun kekurangan tenaga muda

Saya tak pukul rata cakap semua department di Jepun macam department saya tapi secara umum ini masalah yang melanda Jepun sekarang. Low fertility rate, dalam pada masa yang sama high longevity rate. Kesannya jumlah populasi turun mendadak dengan peratus warga emas makin meningkat. Golongan muda yang ada sekarang tak cukup untuk cover semua sektor pekerjaan.

peluang-pekerjaan-jepun-1

(Jurutera dari Malaysia juga pernah tercalon dalam best engineer award)

Faktor kekurangan tenaga pekerja professionaI yang semakin meruncing jadi salah satu sebab recruitment agency makin giat merekrut jurutera dari luar. 2013 bila saya masuk, tak sampai 10 orang jurutera warga asing. Sekarang hampir 100 orang Jurutera warga asing under Intelligence, kebanyakkannya dari China, Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. Poland pun ada sorang.

Jurutera dari Malaysia under Intelligence sekarang dalam 18 orang, kebanyakan terikat dengan Nissan, Toyota, Yamaha, Subaru dan Sumitomo . Nissan lagi 3,4 tahun dah boleh bukak kampung Malaysia.

Jadi sesiapa yang boleh berbahasa Jepun, rasa nak tukar angin, keluar dari zon selesa, nak belajar monozukuri japanese style, you’re more than welcome to join us.

Team kami akan datang ke Malaysia untuk sesi interview on next December so sesiapa yang ada rakan-rakan yang berminat boleh submit resume kepada kami.

[email protected]
[email protected]

Seriously, they need more people.

Apply di Jobstreet

http://www.jobstreet.com.my/en/job/3112803/sources/1/origin/my

P/s : Dateline utk resume submission sebenarnya dah lepas tapi sebab sambutan memberangsangkan mereka lanjutkan sampai Rabu.

Nota Editor: Penulisan ini asalnya ditulis oleh Tuan Zaki Khamzah di Facebook personal beliau.

Terima kasih kepada beliau kerana sudi membenarkan kami menerbitkannya semula di JobKartel

Pendapat anda?