Umum

5 Larangan Penggunaan Bahasa Apabila Anda Berbincang Mengenai Gaji

5-Larangan-Penggunaan-Bahasa-Apabila-Anda-Berbincang-Mengenai-Gaji

Gaji. Isu topik yang panas. Komunikasi merupakan alat utama untuk menentukan samada negosasi mengenai gaji anda berjaya ataupun sebaliknya.

Disebabkan oleh kesilapan anda berkomunikasi di dalam perbincangan mengenai perihal gaji, ia boleh merosakkan hubungan anda dengan syarikat ataupun dengan majikan itu sendiri.

Sama ada anda sedang merancang untuk menyusun jadual untuk pergi berbincang mengenai kenaikan gaji ataupun sedang menghampiri sesi temuduga tidak lama lagi, ada beberapa perkara yang perlu ada titikberatkan di dalam perbincangan mengenai gaji.

Kata Josh Doody, penulis kepada Fearless Salary Negotiation.“ Perbincangan mengenai gaji merupakan satu bentuk kerjasama, dan kunci kepada kerjasama yang berjaya adalah komunikasi yang baik”.

Josh Doddy memberitahu5 ayat larangan ketika berbincang mengenai gaji :

1.“Sekarang gaji saya…

Selalu panel akan cuba memancing anda dengan bertanyakan soalan “Bagaimana tahap gaji anda pada pekerjaan lepas? ”Jangan termakan dengan soalan sebegini.

Menjawab soalan begini dengan menyebut satu figure akan membuatkan anda susah untuk membuat negosasi dengan mudah. Anda pun tidak tahu berapa gaji yang mereka ingin letakan, jika ia sebenarnya tinggi? Anda terlepas peluang negosiasi yang besar.

2. “Gaji yang saya inginkan adalah…”

Jangan cuba-cuba untuk close deal dengan menyatakan keinginan gaji yang anda mahukan. Anda kena melihat insuran kesihatan, target bonus, dan apa-apa yang melibatkan kelebihan yang mereka akan berikan kepada anda.

Jika ianya tidak berapa baik, anda boleh berbincang untuk ditingkatkan lagi gaji anda dengan alasan berkenaan.

3. “Tidak Boleh..”

Jika anda inginkan pengakhiran yang baik di dalam negosiasi, jangan sesekali menggunakan perkataan yang negatif dan fokus kepada perkataan yang positif sahaja. Daripada anda bercakap “tidak boleh”, anda boleh berkata, “Saya lebih selesa jika…”

Perkataan negatif ini selalu akan membuatkan wujudnya “dinding” untuk kerjasama. Memang ia agak sukar untuk mencari perkataan yang positif, tetapi anda kena cuba biasakannya.

JobKartel Universiti

4. “Ya,setuju…”

Mungkin anda rasakan ia seolah-olah bunyi seperti satu perkataan yang baik untuk dicakap. Anda kena sedar, Ia mestilah kena pada tempatnya.

Doddy berkata “Anda selalu mendapatkan tawaran pekerjaan yang sangat baik dan tawaran gaji yang diberikan lebih dari yang anda jangka.

Perasaan anda mungkin ingin menerimanya kerana ia sudah cukup bagus.”

Adakah kerana ia cukup bagus sahaja? “Jangan memandang rendah dengan nilai diri anda ketika ini.” Daripada anda berkata “Ya, setuju” ia lebih baik anda membuat counter offer dan lihat sejauh mana anda boleh tingkatkan nilai itu.

Apabila dia berkata “ya setuju” dan anda rasa ia sudah mencukupi apa yang diminta, tamatkan negosiasi secepatnya.

5. “Saya inginkan lebih…”

Ini adalah perkataan yang terlalu umum untuk mencapai kejayaan jika berbincang mengenai gaji. Jangan biarkan sesuatu negosasi itu terbayang di dalam imaginasi sahaja, anjakkan sahaja gaji yang anda selesa untuk terima, contohnya “Saya lebih selesa jika gaji pokok saya bernilai RM8,300”.

Kesimpulan

Jika di dalam perbincangan, anda sudah menyatakan sesuatu nilai, ia masih belum terlambat untuk anda menyatakan nilai sebenar, anda boleh berkata seperti ini.

Pastikan anda berkata dengan nada yang yakin: “Saya tidak berapa selesa untuk berkongsi gaji terkini saya. Saya lebih suka untuk fokus kepada nilai yang saya boleh berikan kepada syarikat ini daripada berbincang berkenaan gaji terkini saya.”

Saya tiada nilai spesifik untuk gaji yang saya inginkan dan anda lebih mengetahui daripada saya. Saya mahukan anjakan ke langkah yang lebih besar untuk pastikan syarikat ini kehadapan.”

Ini menampakkan keyakinan diri dan membuatkan mereka akan mula untuk melihat anda kepada sesuatu nilai yang lebih besar.

Semoga Berjaya.

 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon