Kerjaya

7 Langkah Mudah Untuk Profil LinkedIn Anda Nampak Profesional

langkah-mudah-untuk-profil-linkedin-anda-nampak-profesional

Sebagai seorang pelajar mahupun yang sudah bekerjaya, anda perlu tahu langkah mudah untuk profil linkedin anda nampak profesional supaya anda lebih mudah untuk mendapat perhatian daripada majikan-majikan di luar sana.

Zaman sekarang ni kita kena kenalpasti peluang digital yang ada untuk “market” kan diri dan LinkedIn boleh jadi salah satu medium Resume Online yang lebih mudah dan senang untuk anda!

Kalini admin nak share tips dan cara untuk jadikan profile LinkedIn korang nampak lagi gempak dan professional. Jom kita rujuk profile LinkedIn dari Hari Srinivasan, Ketua Bahagian Produk Identiti di LinkedIn.

Ini 7 Langkah Mudah Untuk Profil Linkedin Anda Nampak Profesional

1. First Impression Kena Power

Antara salah satu langkah mudah untuk profil linkedin anda nampak profesional adalah dengan menjaga persembahan first imrepssion.

Yang paling utama adalah Profile picture. Ia sebenarnya menjadi first impression yang sangat penting di LinkedIn – itu adalah cara pertama untuk orang lain berhubung dengan kita.

Cuba korang lihat gambar Hari Srinivasan, gambar dia simple tapi menarik tambah lagi dengan senyuman yang manis tu.

Pastikan update gambar korang yang terkini dan jadikan muka korang dalam ruangan di bulatan tu memenuhi hampir 60% daripadanya kerana ia lebih jelas dan mudah dilihat.

Cuba korang perhatikan dengan betul, Hari Srinivasan lengkap tulis jawatan dengan lokasi terkini.

Nak tambah lagi impression, tambahkan background photo yang memberitahu minat diri korang sendiri. Mengikut LinkedIn, profile yang ada gambar akan dilihat 21 kali lebih banyak berbanding yang tiada gambar.

2. Kongsi Cerita Di Profile LinkedIn

Korang juga patut manfaatkan ruangan summary untuk ceritakan kepada umum. Jangan hanya sekadar senaraikan skill ataupun pangkat yang korang pernah ada, tapi jadikan ruangan summary ini untuk terangkan diri korang dengan lebih detail lagi.

Ini merupakan bahagian personal korang yang sangat berguna untuk content marketing – dan ia sangat membantu!

Kalau rajin, boleh guna ruangan artikel untuk kongsi sebarang ilmu dan pengalaman untuk memperlihatkan diri anda lebih professional.

Waktu yang paling sesuai untuk post artikel di LinkedIn ialah hari Selasa antara pukul 10 pagi dan 11 pagi, dan waktu paling banyak perkongsian antara pukul 10 pagi sehingga 2 petang.

Selain tu, admin pun ada satu lagi cara yang mudah dan cepat untuk korang kembangkan rangkaian profile LinkedIn.

Caranya dengan ‘sync’ profile korang dengan email. Mesti korang pernah email kan? Promosikan link akaun LinkedIn korang tu dekat bahagian signature yang ada dekat email.

Jadikan juga habit untuk sentiasa check connection request supaya rangkaian korang sentiasa up-to-date.

3. Ceritakan Pengalaman dan Jawatan Dengan Lebih Fokus.

Kalau kita lihat di ruangan pengalaman kerja, LinkedIn ada memberi pilihan untuk kita memilih nama syarikat, tempoh bekerja dan huraian tentang jawatan dan pengalaman dengan lebih spesifik.

Gunakan ruangan tersebut dengan sepenuhnya termasuklah intership sebab semua tu nilai berharga buat seseorang individu yang mempunyai pencapaian tersendiri.

Pastikan korang pilih nama syarikat yang dah disenarikan supaya dapat keluarkan logo company tu.

Setiap gambar dan logo akan menarik perhatian pembaca. Itu merupakan bonus tapi kalau company korang takda dalam senarai, tak jadi masalah untuk create senarai baru untuk company tersebut.

Yang penting sekali mestilah kandungan dan content di profile LinkedIn korang tu dibuat dengan baik.

4.  Jelaskan Semua Kelulusan Akademik

Ini juga disebut sebagai “badan” kepada profile Linked korang – sama seperti resume tradisional – dimana korang akan menyatakan segala kelulusan dan pencapaian akademik di ruangan ini.

Korang boleh terus isikan maklumat akademik sama seperti dalam resume traditional korang tu.

Biasanya kesilapan selalu terjadi terutamanya dari fresh graduate sebab ramai yang tidak nyatakan kelulusan mereka.

Rugilah kalau korang dah ada pencapaian di universiti tapi tak ditulis. Ini mampu menjadi nilai tambah untuk setiap fresh graduate supaya dipilih untuk bekerja oleh bakal majikan nanti.

5. Nyatakan Pengalaman Sukarelawan Yang Pernah Dilakukan 

Nampaknya ruangan sukarelawan menjadi salah satu elemen penting dalam profile LinkedIn ni, ini juga menjadi nilai tambah bagi seseorang individu untuk memberitahu pengalaman yang ada.

Sememangnya aktiviti sukarelawan di Malaysia dah semakin banyak. Jadi jangan biarkan ruangan ini kosong, pastikan semuanya diisi. Jika belum ada sebarang aktiviti sukarelawan, inilah masa yang sesuai untuk korang ceburkan diri.

Kalau ada masa yang terluang, pastikan anda cari masas untuk join aktiviti yang bermanfaat seperti aktiviti sukarelawan ni terutama bagi penggangur dekat luar sana.

Setiap yang kita buat tu mesti akan bagi kelebihan dekat diri kita semula. Mengikut kajian LinkedIn, 42% majikan akan selidik dan melihat pengalaman sukarelawan sama seperti pengalaman bekerja.

Satu daripada lima majikan memilih individu yang mempunyai kelebihan sukarelawan ini.

6. Nyatakan Kemahiran Yang Relevant

Skill dan kemahiran manjadi kepentingan yang patut diisi mengikut urutan keutamaan. Sekurang-kurangnya korang kena senaraikan 5 skill yang ada.

LinkedIn juga dah membolehkan skill kita di-endorse atau diiktiraf oleh individu yang berpengalaman dan ini boleh meningkatkan kadar pembaca di profile Linked korang tu.

Pilih skill yang berkaitan dengan pengalaman dan keupayaan diri. Apa yang penting sekali setiap kandungan yang kita isi perlulah jujur.

Kalau skill korang masih tak cukup, masih ada masa lagi untuk cuba sesuatu yang baru. Majikan suka kepada individu yang penuh skill dan multitasking.

Profile LinkedIn korang akan dilihat lebih 13 kali jika menyatakan skill dan sejumlah 10 juta endorsement akan diberi setiap hari.

Untuk mendapat endorse yang cepat, korang boleh memohon dan meminta daripada kenalan di LinkedIn. 

Ramai yang tidak tahu sebenarnya ini merupakan salah satu langkah mudah untuk profil linkedin anda nampak profesional. Bila ramai yang iktiraf kemahiran anda, makin tinggi kepercayaan bakal majikan melihat diri anda

7. Ikut Page atau Individu Yang Memberi Pengaruh Kepada Industri

Jika kita ikut perkembangan individu yang relevant di LinkedIn, ini akan membantu kita memperoleh maklumat yang lebih menarik pada ruangan feed.

Kenalpasti inidividu atau organisasi yang boleh memberi inspirasi kepada korang dan share sesuatu yang menarik daripada mereka kepada kenalan lain untuk menjadi nilai tambah serta meningkatkan ilmu dengan isu semasa yang ada mengikut peredaran zaman.

Ini ruangan terakhir dan ia patut digunakan sepenuhnya. Kalau korang minat tentang kejuruteraan, mungkin boleh ikut organisasi yang hebat dalam bidang tersebut. Segala minat boleh menjadi kelebihan jika kita ikut secara professional.

Itu sahaja! Sekarang profile LinkedIn korang dah pun siap. Ini 7 langkah mudah untuk profil linkedin anda nampak profesional dan harapnya ia dapat digunakan untuk meletakkan diri korang sebagai seorang pakar dan profesional dalam bidang tersebut.

Teruskan menambah kandungan dari semasa ke semasa dan mengoptimumkan medium ini untuk hasil yang terbaik.

Terus berhubung dengan orang dan mula membina rangkaian rakan sekerja lama serta berkolaborasi untuk masa akan datang.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk gunakan medium media ini untuk perkara yang lebih baik dan positif! Sekarang ini semua golongan profesional wajib ada profil LinkedIn.

Pendapat anda?
Share: