Inspirasi

Dari Masalah Menjadi Peluang, Kisah Permulaan Kewujudan The Vocket

the vocket

Tajuk yang sangat seronok untuk dikongsi. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana The Vocket membina aset digital mereka yang semua orang tahu nama Vocket merupakan salah sebuah nama website ternama di Malaysia.

Masih mengekalkan niche Bahasa Melayu, Vocket terus berkembang pesat dengan cerita-cerita inspirasi dan travel yang sememanganya kita tahu dua niche ini adalah keluaran terbaik daripada team vocket.

Mesti semua tertanya-tanya bagaimana tercetusnya idea the Vocket ini. Ini kisah perkongsian daripada Faiz Edzahar, COO The Vocket.

1. Permulaan The Vocket

Jika sesiapa yang pernah baca Black Book Series keluaran tulisan Tuan Fazreen, beliau ada kongsikan sedikit cerita mengenai permulaan The Vocket.

Ceritanya bermula Fazreen melihat dan mengikuti satu isu scam yang membuat kelas mengajar tentang “hartanah maya”ataupun dipanggil sebagai digital assest.

Disini Fazreen nampak walaupun sebenarnya perkara itu merupakan satu masalah yang nyata, tetapi ia merupakan satu peluang jika dipandang pada positive side. Apa maksudnya? Fazreen sedar dimana ada permintaan dimana orang ingin belajar tentang hartanah maya (digital assets).

Ia merupakan sebuah website yang mampu memiliki trafik yang tinggi dan salah satu hartanah maya yang boleh dimiliki adalah digital media.

Maka The Vocket bermula disini, kata Faez Edzahar.

“Fazreen buka satu kelas study case bagaimana membina sebuah digital media dan masa tulah wujudnya website thevocket.com pada julai 2014. Saya dan Fazreen lah permulaan masa awal-awal post di website Vocket dulu”.

Bagi sesiapa yang belum tahu apakah maksud VOCKET, ia sebenarnya singkatan kepada Video In Your Pocket, tetapi Fazreen menukarnya kepada Viral In Your Pocket bersesuaian dengan perkembangan pesat pengunaan teknologi smartphone.

Anda dapat lihat permulaan The Vocket ini bukanlah tujuan menjadikannya sebuah bisnes tetapi ia merupakan platform untuk berkongsi kepada orang ramai bagaimana membina laman web yang memiliki trafik yang tinggi.

Lama-kelamaan mereka merasakan Vocket perlu berkembang untuk pergi lebih jauh.

2. Pencarian Bakat

Selama beberapa bulan Vocket berkongsi, Fazreen mendapati ada beberapa bakat yang terlihat dalam group yang telah beliau ajarkan.

Akhirnya 3 orang telah terpilih untuk menjadi Co-Founder Vocket. Ditambah dengan seorang yang mahir IT, Tuan Syah dan seorang lagi Faiz Edzahar untuk memegang jawatan sebagai Ketua Operasi Vocket.

Saya masih ingat pesanan Tuan Fazreen, untuk permulaan pencarian pasukan membina digital asset ini, ada beberapa kriteria yang perlu anda fikirkan iaitu,

+ Boleh mencipta konten yang bagus

+ Tidak mempunyai pekerjaan tetap

+ Mempunyai skill buat partime bisnes.

Kita memang tahu untuk membina digital asset ini, perkara yang paling besar adalah mempunyai kesabaran yang tinggi dan sentiasa konsisten. Memang ia perlukan masa yang panjang untuk membangun.

Faiz menyambung, sekarang ini  Vocket mempunyai bilangan trafik 5-6 juta sebulan, editor seramai 7 orang, pasukan video content seramai 5 orang.  Dan keseluruhan team vocket mempunyai 16 orang setakat hari ini.

Ramai tertanya-tanya sama ada Vocket mempunyai exit plan mereka yang tersendiri seperti baru-baru ini kita dikhabarkan dengan pembelian REV Asia daripada pihak Media Prima bernilai RM 105Juta.

3. Exit Plan Vocket

“Sebelum cerita mengenai exit, saya suka nak kongsi apakah visi Vocket. Ramai yang tanya apa visi vocket untuk masa hadapan. Jawapan saya, Vocket akan jadi bergantung kepada apa pembaca mahu vocket jadi”.

Saya mendengar jawapan daripada faez ni memang real. Tetapi inilah yang dikatakan membangun seiring dengan permintaan semasa. Kita memang mempunyai plan yang diatur, tetapi di dalam tempoh perjalanan, akan wujud peluang-peluang baru yang kita tak nampak selama ini.

Kita tahu Vocket mempunyai banyak niche yang dicover di dalam website mereka.

Apakah pendapat Faiz dalam membuat blog yang fokus atau bervariasi ?

“Sebenarnya ia terpulang kepada apa kau dan team mahukan. Dua-dua sama je, cabaran dia sahaja yang berbeza. Tanya balik pada diri, cabaran yang mana satu yang sanggup aku amik? Dia mempunyai cabaran yang berbeza dari segi blog yang fokus dan variasi. Perjalanannya tidak ada yang salah ataupun yang betul.

Kalau dari sudut konten, mungkin kau boleh mempunyai penulisan yang besar dan bagi aku kalau niche yang variasi, kau boleh buat orang datang lepak hari-hari ke website. Berbeza dengan niche yang fokus. Mungkin orang akan cari bila ia rasa perlu nak baca.

Tapi dari sudut pengiklanan, niche yang fokus boleh demand lagi tinggi. Kerana trafik mereka adalah targatted people untuk niche berkenaan. So dia ada pros and cons dia. Pilihlah mana satu yang kau rasa kau nak pergi dengan pasukan kau. Itulah jawapan yang paling sesuai.

Kata-kata terakhir Faiz sebelum menutup bicara,

“Kalau rasa nak exit sebab penat, cuba usaha untuk cari seseorang kawan yang boleh nampak apa yang kau buat hari ini boleh pergi jauh”.

COO THE VOCKET,
Tuan Faiz Edzahar

Pendapat anda?