Inspirasi

Kisah Inspirasi Disebalik Penubuhan Amanz.my Yang Ramai Tidak Tahu

kisah-inspirasi-disebalik-penubuhan-amanz-my

Amanz.my merupakan satu syarikat digital media yang tidak asing lagi di Malaysia. Mengfokuskan kandungan dalam Bahasa Melayu dan memilih fokus topik khas kepada sains dan teknologi.

Ya, di Malaysia kita amat menagih kandungan dan maklumat ilmiah dalam Bahasa Melayu seperti yang dihasilkan oleh mereka. Ia mudah diakses, senang difahami dalam menyampaikan maklumat, info dan fakta yang benar buat para pembaca.

Ikuti kisah permulaan sejarah Amanz.my,

1. Bagaimana Amanz bermula dan sedikit latar belakang penubuhannya

Ia bermula dengan Founder nya iaitu Tuan Aman Firdaus bermula menceburi bidang blogging sejak zaman sekolah lagi. Dimana sebelum ini websitenya merupakan Amanz.net (2005)

Selepas penggunaan domain (dotmy) dibuka kepada orang ramai pada tahun 2008. Maka ia beralih kepada Amanz.my. Aman merupakan salah seorang individu dan pengguna terawal (dotmy) di dalam Malaysia ketika itu.

Tercetusnya idea penubuhan Amanz merupakan daripada permulaan Tuan Aman melayari satu forum untuk mencari info bagaimana untuk membina website. Apabila beliau bertanyakan soalan di dalam forum berkenaan, jawapan yang beliau dapat adalah…

Satu peristiwa permulaan yang sangat nostalgia bagaimana tercetusnya idea membuat Amanz. Anda boleh lihat, idea yang hadir dalam kehidupan kita boleh hadir dalam pelbagai cara dan bentuk.

Antara kita menyedarinya ataupun tidak.

Walaupun Tuan Aman menerima jawapan yang ringkas dan padat, itu tidak mematahkan semangat beliau membuat kajiannya sendiri dalam membina website.

“Ketika zaman awal-awal saya belajar dulu, susah untuk mencari tutorial dalam bahasa Melayu yang melibatkan teknologi.

Saya mencari begitu susah mengenai tutorial bagaimana untuk mula membina hosting sendiri dan memindahkan beberapa perkara daripada Geocities.”

Belajar dan belajar sehingga mahir, beliau cuba pula menyelesaikan masalah orang lain dengan membuat panduan & tutorial membina website dalam Bahasa Melayu dan menggunakan platform blog sebagai medium perkongsian.

Disitulah bermula penubuhan website Amanz.net (ketika itu).

Dari hari ke hari ramai yang datang melihat tutorial keluaran daripada Amanz. Sehinggakan beliau mendapat permintaan dari orang ramai untuk mengupaskan sesuatu topik yang mereka mahukan.

Di dalam perjalanan “One Man Show”, Tuan Aman berhasrat untuk mengembangkan Amanz menjadi lebih besar dan dapat memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Akhirnya beliau ditemukan oleh Tuan Ikhwan dan melantiknnya sebagai CEO Amanz sehingga hari ini. Dan selepas itu, bermulalah pencarian rakan-rakan seperjuangan untuk mengembangkan Amanz ke arah yang lebih besar.

2. The Elite Four 

amanz-pasukanPasukan Amanz.my

Jika hendak diikutkan, Amanz betul-betul fokus dalam pembangunan mereka pada tahun 2011. Ketika itu hanya 4 orang man power yang mengerakkan Amanz iaitu (Aman, Ikhwan, Effi & Nisa).

Mereka mengelar pasukan ini sebagai “The Elite 4”. Permulaan daripada 4 orang talent ini, menjadikan Amanz.my seperti yang anda lihat hari ini.

Bukan senang sebenarnya untuk meyakinkan orang untuk bersama-sama kita dalam mewujudkan sesuatu impian bisnes yang “untung belum pasti, rugi itu sudah tentu”.

Peringkat permulaan inilah sebenarnya  antara perkara yang paling sukar dalam membangunkan mana-mana bisnes.

Mencari mereka yang sanggup mengetepikan wang, cita-cita impian keluarga, dan paling mahal sekali, mengetepikan MASA yang berharga buat diri sendiri demi untuk merealisasikan sesuatu idea menjadi sebuah kenyataan.

Ia bukan satu perkara yang senang.

Jika anda melihat, Amanz.my merupakan website yang 100% penghantaran medium maklumat menggunakan Bahasa Melayu. Kenapa?

3. Penulisan Bahasa Melayu

Tuan Ikhwan, “Boleh bagitahu, berapa banyak website yang mempunyai content mengenai sains dan teknologi dalam Bahasa Melayu?”

Saya, “Ada, tapi tidak banyak”.

Tuan Ikhwan, “Ya, sebab tu Amanz sentiasa fokus pada content Bahasa Melayu. Kita nampak void dekat situ, then kita push into that category. Akses pengetahunan teknologi dalam bahasa inggeris sudah berlambak. Mengapa kita mahu buatnya lagi? 

Ramai yang menyuruh Amanz membuat content dalam Bahasa Inggeris. Tetapi kita tanak. Bukan senang nak menulis mengenai teknologi dalam Bahasa Melayu dan kita mahu semua golongan yang membaca artikel Amanz, mereka dapat memahaminya jelas”.

Jika anda dapat lihat, Amanz.my sangat konsisten dalam memberikan berita semasa dengan pantas. SOP atau teknik yang diaplikasikan dalam team mereka menjadi satu buah pertanyaan yang besar.

4. Rahsia konsistensi mengeluarkan artikel

Tuan Ikhwan, “Sebagai sebuah syarikat digital media, kita kena bergerak dengan pantas. Anda kena tahu ambil berita yang betul dan sahih dengan cepat. Sebab orang nak tahu dan kami kena provide. Bagaimana jika kita terlambat sedikit dari yang lain?

Attack topic with different angle perspective. Ini tidak, bila ada news mengenai Uber haram. Semua orang nak beritahu Uber haram.

Cuba tulis dari sudut perspektif yang lain contohnya minta pandangan peguam, betul ke Uber ini diharamkan? Artikel anda akan jadi lebih menarik!”

Kami juga ada bertanyakan kepada salah seorang editor Amanz iaitu Nazrin Zain mengenai beberapa tips dalam penghasilan artikel :

“Macam mana nak konsisten tu korang kena sentiasa rajin untuk buat research, tahu sumber kat mana nak dapat berita, dan paling penting adalah kena ada passion untuk menulis.

Cari team writer yang betul-betul komited untuk menulis. Bukan kerana nama dan sebagainya. Nasihat terakhir saya, jangan lupa, sebelum publish pastikan berita itu sahih.”

“Kami di Amanz menghasilkan average 20 artikel sehari bergantung kepada availability berita semasa. Dan sebagai syarikat digital media kita mesti sangat responsive dan bertindak ASAP dengan perkembangan semasa.”

Hari ini kita dapat lihat beberapa syarikat digital media cuba untuk menaikkan traffik dengan menyentuh isu viral. Apa pandangan daripada Tuan Firdaus ?

5. Viral tidak membawa kepada sustainability

“Kami di Amanz tidak letakkan cerita-cerita Viral dihadapan. Kalau korang tengok cerita Viral ini kebanyakkan tak memberi manfaat kepada masyarakat. Ia lebih kepada isu hiburan dan politik.

Kepada sesiapa yang cuba untuk mulakan syarikat digital media seperti kami, jangan sesekali ingat untuk konsisten dalam menghasilkan trafik yang tinggi  hanya perlu bergantung kepada cerita VIRAL.

Yang paling penting bagi kami di Amanz, memberikan apa yang pembaca mahukan. Itulah top priority. Buat apa kita tulis perkara-perkara tak munasabah yang viral sedangkan pembaca tanak tahu?

Sebenarnya ia bukan bergantung kepada isu viral semata-mata, anda perlu konsisten dan istiqomah dalam menghasilkan content mengenai apa yang pembaca mahukan.

Benda ni kena sabar. Bukan hari ini buat esok terus dapat 2.4juta trafik. Jika bakal pelanggan nak tengok analytics website anda pun. Mereka akan tengok secara keseluruhan.

Diaorang pun nak lihat trafik yang konsisten. Bukan pada satu-satu ketika sahaja trafik menunjukkan peningkatan yang tinggi.”

Hari ini Amanz.my mempunyai bilangan page view sebanyak 2.5 juta dan pembaca sebanyak 500 ribu sebulan.

6. Apa lagi pencapaian besar Amanz.my?

Pencapaian Amanz dipanggil ke luar Negara seperti Sepanyol, Japan dan sebagainya untuk buat review itu bagi mereka perkara biasa.

Tetapi jawapan kepada pencapaian Amanz yang paling besar membuatkan kami berbangga mendengarnya.

Tuan Ikhwan, “Pencapaian Amanz yang paling besar pada pandangan saya apabila ilmu dan perkongsian yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh pembaca kami terutamanya di dalam negara kita sendiri.

Bila tengok iklan jenama air contohnya di TV, iklan tu menunjukkan airnya begitu sedap, tetapi bila anda beli. Ia tidak rasa sesedap yang ditunjukkan di dalam TV.

Anda hanya rugi RM2/3 sahaja, tetapi ia masih boleh diminum kerana keperluan nafsu kehausan anda.

Tetapi bagaimana jika anda rugi membeli sesuatu gajet dan teknologi yang berharga RM3,000 ? Bukankah ia satu pembaziran yang besar?

Kami mahu selamatkan yang ini, terutamanya orang Malaysia sendiri. Jika ia tidak bagus dan tidak berbaloi. Kami katakan ia tidak bagus.”

Pendidikan. Ya, ia suatu yang sangat kritikal pada waktu ini. Kita memang mempunyai akses ilmu yang begitu banyak sebenanrnya.

Tetapi perkongsian dalam Bahasa Melayu, mudah dibaca, mesra pengguna dan mudah diakses dimana sahaja. Ia tidak banyak, bilangannya juga sangat kecil.”

Ini meningkatkan motivasi untuk JobKartel berkembang dengan lebih jauh dalam penyaluran maklumat dengan lebih banyak, tepat dan manfaat.

Kami juga sempat bertanyakan kepada Founder Amanz, Tuan Firdaus mengenai pandangan beliau melibatkan graduan hari ini.

7. Apa pandangan Tuan Aman mengenai graduan hari ini?

“Saya bercerita dari sudut pengalaman saya dengan team Amanz sendiri. Kami sendiri sangat susah untuk mencari graduan yang mampu bekerja lebih masa.

Di Amanz, operasi kami hampir 24/7. Dari segi ketahanan seseorang graduan dalam menerima workload kerja, ia sesuatu yang agak sukar untuk mencari seseorang yang tahan lasak.

Tetapi kita tidak boleh salahkan mereka semata-mata. Ini melibatkan peredaran zaman yang berubah dengan pesat. Sebagai contoh, jika kita lihat dahulu, apabila sambut hari lahir, paling mahal tempat kita pergi adalah MCD atau KFC.

Tetapi hari ini, jika kita ingin menyambutnya di MCD atau KFC? Apa generasi sekarang akan respon?

“Takan pergi MCD je…”

Semakin hari yang mendatang, nilai wang ringgit itu kadangkala sudah tidak bernilai lagi. Sebab tu kita selalu lihat graduan senang-senang sahaja jump kerja dari satu tempat ke tempat yang lain dengan kadar yang sangat cepat.

Kepenatan titik peluh dan nilai mencari duit itu bukan lagi menjadi satu core value untuk mereka. Ia hanya semata-mata menilai kepada wang ringgit sahaja.

Akhir kata dari saya, “ Belajar dan jangan takut untuk mengetengahkan personal branding, gunakan media sosial anda sebaik-baiknya. Tunjukkan improvement di setiap perkara yang anda lakukan.

Calon sebegini berkemungkinan besar mudah untuk diambil oleh bakal majikan.”

Sila ke laman web rasmi mereka untuk mengetahui perkembangan teknologi terkini : Amanz.my

Interview Mastery Kit

 

Pendapat anda?