Kerjaya

Ketahui Bagaimana Majikan Menggunakan Sistem ATS Di Dalam Pengambilan Pekerja

sistem-applicant-tracking-system

Mesti anda tertanya-tanya kenapa walaupun anda mempunyai kelayakan yang tinggi tetapi bila hantar resume kepada bakal majikan mesti tidak dapat respon atau maklum balas daripada pihak mereka.

Kebanyakkan syarikat di dalam menguruskan menggunakan satu sistem yang dipanggil sebagai Applicant Tracking System (ATS).

Harini admin nak share, apakah ATS ini dan mengapa kebanyakkan syarikat menggunakannya.

Sistem ATS ini juga akan membantu majikan untuk mengautomasikan syarikat bagi menguruskan keseluruhan proses sesuatu pengambilan, iaitu daripada menerima permohonan sehinggalah mengambil pekerja.

Maklumat yang telah masuk ke dalam pangkalan data akan digunakan untuk menyaring calon, uji pemohon, menjadualkan sesi temuduga, menguruskan proses pengambilan pekerja, memeriksa rujukan, dan menyelesaikan kertas kerja baru.

ATS Dalam Memilih Resume

Apabila ada syarikat yang menggunakan sistem ini. Anda kena pastikan resume anda di target kepada iklan pekerjaan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.

Ia bukan setakat cover letter, tetapi juga termasuk kepada resume. Ia perlu di ubah dan di spesifikan supaya ia match dengan iklan pekerjaan tersebut.

Jika anda tidak buat macam tu, keberangkalian anda akan tinggi untuk tidak dipilih oleh sistem ATS ini.

Gunakan keyword yang telah anda dapati pada pos pengiklanan kerja tersebut di dalam resume anda. Contohnya jawatan yang diiklankan mestilah sama dengan permohonan jawatan yang anda tulis di dalam resume.

Pengalaman yang mereka perlukan kepada diri calon mestilah anda cuba olah dan suaikan juga di dalam resume anda.

Sebab itu anda jangan pelik, jika anda menggunakan satu jenis resume dan anda menghantarnya kepada seluruh syarikat, Anda tidak mendapat respon atau maklum balas daripada mereka.

Kerana apa? Resume dan cover letter anda tidak spesifik dan tidak mempunyai keyword yang boleh di kesan oleh sistem ATS

Kenapa Syarikat Menggunakan ATS ?

Untuk pengetahun anda ATS juga digunakan untuk pematuhan peraturan dan untuk mengesan sumber maklumat dari mana calon datang. Contohnya dari mana calon jumpa iklan kerja berkenaan, sama ada di papan iklan kerja, website syarikat, melalui rujukan atau daripada sumber lain.

Bagaimana ATS Ini Berfungsi Atau Bekerja

Apabila pemohon memohon pekerjaan secara online, maklumat peribadi mereka, termasuk maklumat personal bio, pengalaman dan latar belakang pendidikan, resume dan cover letter, dimuat naik ke pangkalan data.

Maklumat itu kemudiannya akan dipindahkan dari satu komponen sistem kepada yang lain apabila calon bergerak melalui proses pengambilan pekerja.

[Lihat : Langkah Demi Langkah Di Dalam Sesuatu Permohonan Kerja]

Ini antara kerja yang boleh dilakukan oleh ATS. Contohnya, syarikat yang ingin mengambil pekerja tersebut dapat menyemak permohonan calon, pemohon juga boleh dapat mesej secara automatik yang memberitahu mereka bahawa permohonan mereka telah diterima,

buat ujian secara online juga boleh diberikan, bakal majikan anda juga boleh menjadualkan sesi temuduga serta menghantar surat penolakan secara automatic.

Pihak kakitangan sumber manusia juga dapat menggunakan maklumat yang sama untuk membuat payroll apabila mereka sudah mula bekerja dan diberi gaji.

Sistem ATS ini menyelaraskan proses perekrutan dan permohonan untuk majikan di dalam pengambilan seseorang untuk bekerja di syarikat mereka.

Pendapat anda?