Kerjaya

5 Kesilapan Yang Perlu Anda Elakkan Apabila Memilih Karier

kesilapan-memilih-karier

Untuk memilih karier apabila tamat belajar atau sedang merancang untuk menentukan pemilihan karier akan datang bukan suatu perkara yang mudah.

Banyak aspek yang perlu dilihat supaya pemilihan karier yang kita pilih itu akan mendatangkan kejayaan pada masa hadapan.

Pada zaman yang mencabar ini, bukan setakat perkembangan karier sahaja yang penting tetapi anda kena fikir juga dari segi aspek kewangan yang mampu menyara diri anda dan keluarga pada hari esok.

Sebab itu anda perlu fikir sebaik-baiknya apabila memilih untuk tukar kerjaya ataupun ingin fokus kepada kerjaya yang ingin anda ceburi.

Ini 5 Kesilapan Yang Perlu Anda Elakkan Apabila Memilih Karier :

1) Dengar Kata Orang Lain

Ya, selalunya ramai yang akan mendengar kata orang lain dalam pemilihan karier mereka. Contohnya mendengar kata ibu bapa, sedara mara, cikgu, kawan-kawan dan sebagainya.

Sebaiknya anda hanya mendengar sahaja, segala keputusan sepatunya datang daripada diri anda bukan kerana “mendengar dan akur kata orang lain”.

Anda kena sentiasa sedar, yang akan menjalani perjalanan sesebuah karier itu anda, bukan mereka. Segala keputusan anda perlu bertanggungjawab ke atas diri anda sendiri bukan orang lain.

Pastikan setiap karier yang anda pilih itu adalah sesuatu yang anda minat dan ingin lakukannya setiap hari tanpa wujud perasaan keterpaksaan.

2) Ikut Jejak Langkah Orang Lain

Jangan salah faham, ini bukan bermaksud mengikut jejak langkah idola anda. Tetapi maksud yang lebih besar disini adalah ikut jejak langkah orang yang kerana seseorang itu dia adalah orang terdekat anda seperti keluarga dan sahabat baik.

Jika di dalam keluarga anda semua seorang Engineer, anda pun rasakan anda perlu menjadi seorang Engineer, sedangkan jauh dari sudut hati anda tidak berminat tetapi disebabkan perlu ikut norma jejak langkah, anda memilih kerjaya tersebut.

Apa yang terbaik buat mereka tidak semestinya ia baik untuk diri anda. Ia lebih baik melihat anda bahagia dengan karier yang anda pilih daripada anda memilih karier “ikut jejak langkah” yang akhirnya tidak membawa anda kemana-mana.

3) Tidak Pernah Berbual Dengan Ahlinya

Apa maksud disini adalah, jika anda ingin menjadi seorang penulis sepenuh masa. Adalah lebih baik jika anda pergi mencari seseorang yang berpengalaman dalam bidang menulis untuk mendengar nasihat daripadanya.

Mereka yang terlibat dengan sesuatu pekerjaan tersebut mampu untuk memberikan anda gambaran yang lebih jelas mengenai karier berkenaan. Mungkin dari segi cabaran, keseronokkan dan lain-lain.

Jangan cari sorang dua, carilah beberapa orang sehingga anda merasakan anda sudah fahami dengan jelas perjalanan karier yang akan anda hadapi.

4) Mengabaikan Diri Anda

Abaikan dari segi apa?

Dari segi personaliti, minat, nilai yang ada pada diri anda yang membuatkan anda boleh menjadi yang terbaik apabila anda memilih karier tersebut.

Ada beberapa nilai atau sikap yang ada dalam diri kita lahir daripada kecil yang anda tidak boleh ubahnya. Jika bolehpun ia memang sukar.

Gunakan apa yang lahir dalam diri anda sebagai salah satu faktor kelebihan untuk karier yang akan anda pilih nanti.

5) Tidak Melihat Bidang Di Luar Jangkaan

Sebagai anak muda yang masih mencari perjalanan karier, anda perlu berfikir dan melihat masa hadapan. Contohnya antara bidang yang paling demand pada masa hadapan adalah Web Develapor.

Jika anda ingin menjadi seorang yang sangat bernilai pada masa hadapan, kenali bidang masa hadapan yang akan meningkat permintaanya. Cuba listkan apa bidang atau karier yang 10 tahun akan datang menjadi sangat demand.

Salah satu contoh yang demand harini adalah seperti pakar media sosial . 5 tahun lepas bidang ini belum hangat di pasaran tetapi harini? Kebanyakkan syarikat yang meniaga secara online mencari seorang yang mahir dalam penggunaan media sosial terutamanya dalam pemasaran.

Berusaha Daripada Sekadar Berharap

Perjalanan karier adalah perkara yang melibatkan masa hadapan. Anda perlu berusaha untuk mendapatkannya daripada sekadar berharap.

Anda kena mempertimbangkan sama ada karier yang akan anda pilih ini boleh menjamin masa hadapan anda atau sebaliknya. Tips ini mungkin boleh membantu anda di dalam pemilihan dan perjalanan anda di dalam karier.

Semoga Berjaya!

[Lihat : Teknik & Strategi Yang Lengkap Di Dalam Pencarian Kerjaya Impian]  

Pendapat anda?