Kerjaya

Keyakinan Diri Antara Kunci Temuduga Berjaya

Kehebatan Keyakinan Diri

Ramai yang tidak mengetahui kunci yang besar dalam sesi temuduga. Temuduga yang sukses datang daripada individu yang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.

Adakah sikap ini amat penting dalam sesi temuduga? Ia, sangat PENTING. Belajar untuk bina keyakinan diri anda dari sekarang sebagai satu pelaburan yang besar untuk diri anda sendiri. Lihat perkara-perkara yang terhasil daripada keyakinan diri :

1. Menunjukan kemampuan & kecekapan anda 

Kemampuan dan kecekapan adalah “attitude” yang mahal dicari oleh semua syarikat yang ada dalam dunia ini. Masa hadapan syarikat terletak kepada penganti yang mempunyai daya mampu dan kecekapan yang tinggi.

2. Mewujudkan kepercayaan

Kenapa kepercayaan? Majikan mahu pekerja yang ada kepercayaan yang tinggi, risiko/masalah/solusi dapat diselesaikan oleh ahli-ahlinya yang mempunyai kepercayaan yang tinggi. Ini penting untuk perkembangan syarikat.

3. Hidupkan suasana yang harmoni

Orang yang berkeyakinan, dapat mewujudkan suasan yang harmoni dalam syarikat, ketika syarikat mengalami masalah atau sebagainya.

Orang yang mempunyai sikap yakin yang tinggi pada diri akan mudah untuk berkomunikasi dengan yang lain dan cekap menyelesaikan masalah.

 4. Membantu membina kerjaya

Individu yang tinggi keyakinan diri akan pergi jauh dalam syarikat. Semakin tinggi pangkatnya, ingat, anda pegang tanggungjawab yang besar dalam membuat keputusan dalam syarikat.

Kalau anda tidak yakin pada diri, apatah lagi syarikat ingin berasa yakin dengan anda? Ia sangat membantu dalam membina kerjaya anda di masa hadapan.

5. Menunjukan keperibadian yang tinggi

Perasan atau tidak, orang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dia akan mempunyai satu aura karisma dalam diri mereka. Anda tengok seperti Steve Job, pengasas Apple. Bila dia bercakap di hadapan layak, sebelum berbicara orang da suka melihat dia. Sebab apa? 

Dia mempunyai yakin yang tinggi dalam diri.

Sekarang anda sudah faham kenapa keyakinan diri ini amat penting dalam sesi temuduga, tidak berasa yakin dalam sesi temuduga akan menunjukan aura negatif anda kepada panel temuduga.

Ini akan menyebabkan anda boleh dikategorikan kepada calon yang tidak layak untuk dipilih untuk jawatan yang ditawarkan.

Jangan lupa untuk lihat Rahsia Pencarian Kerjaya Impian disini.

Pendapat anda?