Kerjaya

Kemahiran EQ, Memainkan Peranan Yang Besar Kepada Dunia Kerjaya Anda

kepentingan-kemahiran-eq

Satu petikan artikel daripada Inc.com mengeluarkan satu topik mengenai bagaimana Emotional Intelligence(EQ) mampu menjadikan orang-orang yang ternama dan berjaya boleh berada di tahap mereka harini.

Artikel ini perlu dikongsikan kepada anda kerana ia adalah kesedaran mengenai bertapa pentingnya kemahiran EQ di dalam membawa kerjaya anda ketahap yang lebih tinggi seterusnya menjadikan anda orang yang lebih berjaya.

Jika anda seseorang yang mampu membuat rm50 ribu setahun, adakah anda mahu lakukannya harini? Ia boleh dicapai dan anda perlu belajar bagaimana untuk membangunkan kemahiran ini.

Kemahiran yang ingin ditekankan adalah kemahiran EQ. Ia satu kemahiran yang selalu terlepas pandang tetapi sebenarnya ia merupakan satu personaliti yang sangat bernilai untuk memastikan kejayaan jangka masa panjang anda dimana ia jarang ditekankan kepada masyarakat kita hari ini.

Mengikut artikel daripada Inc.com, mereka memberitahu bahawa ada 5 komponen untuk EQ iaitu :

1. Self Awareness

Adakah anda seseorang yang telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri anda dan anda sedia menerima kedua-dua perkara ini sebaiknya?

2. Self Regulation

Adakah anda seseorang yang sentiasa mengambil masa sebelum bertindak atau bercakap? Adakah anda seorang yang boleh mengawal sesuatu keadaan yang di luar jangkaan anda?

3. Motivation

Adakah anda seorang yang dimotivasikan berdasarkan duit atau kuasa atau anda lihat sesuatu pekerjaan yang anda lakukan itu sebagai satu minat yang memang anda ingin ceburi? Dan adakah anda sukakan kepada cabaran baru?

4. Empati

Adakah anda mampu untuk komunikasi dengan keadaan yang baik bersama orang lain, terutamanya kepada mereka yang berbudaya, beragama dan mempunyai pegangan etika yang tinggi?

5. Social Skills

Adakah anda mampu untuk berbincang dan menyatakan pendapat yang bercanggah dengan anda tanpa membuatkan orang lain terasa /kecil hati ataupun marah dengan anda?

Jika anda tanyakan kepada diri sendiri adakah anda mempunyai kemahiran yang baik dalam mengendalikan situasi seperti di atas? Hanya anda sahaja yang tahu jawapan kepada persoalan ini.

Ia bukan satu kemahiran yang telah diajar secara khusus di sekolah atau Universiti serta di peringkat di kalangan ahli keluarga juga tidak menekankan kemahiran ini.

Keputusannya kita mendapati harini kebanyakkan graduan yang boleh kita gelar sebagai seorang dewasa apabila memasuki di dalam dunia pekerjaan, mereka tidak menyedari akan kepentingan & kegunaan kemahiran ini dalam membantu melunaskan pekerjaan mereka.

Jadi, Bagaimana Anda Boleh Membangunkan Kemahiran Emotional Inteligence ?

Banyak cara yang boleh difikirkan bagaimana cara untuk membangunkan kemahiran EQ ini

Tetapi 6 cara dibawah mungkin boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk anda melatih kemahiran ini :

1. Sebelum anda ingin menghakimi seseorang, cuba untuk meletakkan diri anda kepada orang yang anda ingin hakimi tersebut. Kata orang “Try to put yourself in other’s shoes”.

Berfikir dari segi pespektif orang lain akan membantu anda dalam membangunkan sifat Empati di dalam diri.

2. Belajar untuk mengawal emosi. Memang kadang kala kita semua pernah lalui untuk berurusan dengan seseorang yang agak sukar untuk dikawal.

Maka dengan cuba meletakkan diri anda di perspektif individu tersebut, ia mungkin dapat membawa kepada titik kefahaman terhadap individu itu sendiri.

3. Belajar untuk mengenal pasti bilakah masa dan tempat yang sesuai untuk anda menyatakan perasaan. Kadang kala ada perkara yang sangat berat untuk diungkapkan.

Dengan itu anda perlu mengenal pasti dan belajar untuk menyatakan perasaan yang mungkin akan menimbulkan suasana negatif terhadap orang yang mendengar.

Pemilihan masa, tempat, dan keadaan sekililing yang sesuai perlu dititikberatkan sebelum anda ingin menyatakan perasaan tersebu. 

4. Urus tekanan secara efektif. Suasana ini juga sering berlaku dimana kita kadangkala perlu mengurus tekanan ini secara betul.

Ini kerana ada masanya kita kena tahu untuk berkata tidak kepada kerja, duduk berhujung minggu di rumah habiskan masa dengan tersayang atau berikan masa untuk bersendirian bagi mengumpul tenaga positif itu kembali.

5. Kurangkan perasaan negatif yang ada pada diri anda. Apabila anda takut kepada sesuatu “rejection”, pastikan anda sudah kenalpasti apakah langkah alternatif yang perlu anda lakukan apabila mengalami situasi begini.

6. Tanya pandangan orang lain bagaimana perasaan mereka. Melakukan tabiat dengan selalu bertanyakan perasaan orang lain dan cuba untuk membantu mereka adalah proses yang sangat penting dalam membina sesuatu hubungan dua hala dengan lebih baik.

Apakah Kesan Positif Kepada Pembangunan EQ Ini Terhadap Diri Anda?

Jika anda perhatikan, harini kebanyakkan majikan tidak hanya mementingkan kepada keputusan pointer anda semata-mata tetapi mereka telah menekankan seseorang yang mahir dalam EQ.

Sebab itu bagi sesiapa yang pernah menjalani sesi temuduga, ada sesi dimana panel  temuduga sengaja memberikan soalan-soalan yang akan menyentuh emosi anda samada marah, sedih dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap EQ bertindak balas.

Sikap bekerjasama adalah kemahiran EQ yang sangat penting di dalam apa jua rahsia di dalam kejayaan sesuatu syarikat atau perniagaan.

Maka mencari seseorang yang boleh bekerja dengan orang lain merupakan satu perkara yang sangat penting untuk memastikan kejayaan yang menyuluruh kepada syarikat.  

Dan seseorang majikan juga mengetahui bahawa 90% mereka yang sukses di dalam kerjaya mereka adalah seseorang yang mempunyai kemahiran EQ yang tinggi.

Kemahiran EQ anda boleh dijadikan sebagai penanda aras mengenai bagaimana cara anda di dalam memikul sesuatu tugasan atau pangkat yang telah diberikan.

Maka dengan belajar untuk membangunkan kemahiran EQ, anda mampu untuk memberikan kesan positif pada jangka masa yang panjang terhadap kerjaya anda.

Founder kepada Amazon iaitu Jeff Bezos terlalu obses untuk memenangi perasaan dan fikiran pelanggan mereka sehinggakan beliau sentiasa merendah diri dengan membuat lawak hiburan yang tidak kena dengan keadaan beliau sekarang untuk memastikan orang lain selesa untuk berinteraksi dengan beliau.

Bekas kepada XEROX CEO, Ursula Burns selalu memberikan pekerja mereka inspirasi dengan memberitahu kerap mengenai tujuan mereka dan ketegasan dalam mencapainya.

Menjadi seorang ketua tidak sama dengan menjadi seorang BOSS dan Emotional Intelligence membuatkan perbezaan kepada dua ciri individu ini.

EQ Kunci Kepada Perhubungan Yang Baik Dengan Orang Lain

­Maka anda perlu menyedari mengenai kepentingan EQ ini terhadap diri anda. Belajar untuk menguasainya dari sekarang merupakan satu idea dan tindalan yang perlu dilakukan bermula dari hari ini.

Di dalam pembangunan anda dalam membangunkan kemahiran EQ ini nanti, anda akan lihat terlalu banyak perubahan positif dan baik yang akan berlaku kepada diri anda.

Sumber artikel daripada : Inc.com

Pendapat anda?