Umum

5 Kepentingan Belajar Bahasa Baru Yang Perlu Anda Tahu

kepentingan-belajar-bahasa-baru

Ini adalah kepentingan belajar bahasa baru untuk anda. 

Nelson Mandela yang terkenal pernah berkata,

“Jika anda bercakap dengan bahasa yang mudah difahami, lelaki akan cepat faham dan terus ke kepala. Sekiranya percakapan anda ada bahasa yang tersendiri, maka ia pergi ke hatinya.”

Sehubungan dengan itu, Mandela dedahkan sebab yang paling penting bila kita belajar bahasa baru. Bila belajar bahasa yang baru kita dapat memupuk rasa hormat pada orang lain dan dapat hargai budaya dan warisan bangsa lain.

Jika anda pergi ke Perancis dan berbahasa Inggeris, sesetengah orang mungkin faham. Jika anda pergi ke Perancis dan cuba Bercakap bahasa Perancis, mereka akan teruja kerana melihat anda menghargai bahasa mereka dengan cukup.

Anda akan dihargai dengan baik hanya kerana bahasa sahaja. 

Ini adalah antara 5 kepentingan belajar bahasa baru : 

1) Memberi anda peluang pekerjaan yang lebih baik

Syarat yang biasa untuk calon pekerja sekarang adalah sekurang-kurangnya mahir dalam dua bahasa atau lebih. Jika anda dapat kuasai lebih dari dua bahasa, majikan akan lihat anda ada potensi untuk pergi lebih jauh.

Selain itu, bila anda belajar bahasa baru, majikan percaya anda boleh membantu mereka berhubung dengan “client” dalam perniagaan dari luar negara dengan bahasa kedua yang anda reti dan pelajari.

Hampir semua perniagaan tak kira kecik atau besar dapat manfaat daripada pekerja yang reti bercakap lebih dari dua bahasa dan juga memberi kelebihan kepada mereka untuk berdaya saing dengan pekerja atau pemohon yang lain.

2) Boleh meningkatkan prestasi kognitif bahasa anda

Para penyelidik mendapati bahawa seorang dwibahasa bercakap satu bahasa, yang lain aktif pada masa yang sama.

Otak mereka bergantung pada fungsi eksekutif, seperti attention and inhibition. Orang dwibahasa menggunakan mekanisme ini apabila mereka bercakap atau mendengar.

Tidak kira bahasa apa yang sedang anda belajar, ia boleh tingkatkan kognitif bahasa anda dan otak akan berfungsi dengan lebih baik dalam sesuatu perkara.  

3) Boleh berhubung dengan penduduk dari budaya lain

Nelson Mandela buktikan bila belajar bahasa baru dan bercakap bahasa lain dapat merapatkan jurang antara anda dengan seseorang dari budaya yang berbeza.

Bukan sahaja untuk minta tolong bagi tahu jalan atau tempat arah tuju semasa berada di luar negara, ini kerana anda juga boleh buat “a small talk” dan bina persahabatan dengan mereka.

Kenapa anda perlu berhubung dengan orang yang bercakap bahasa yang berbeza?

Sebabnya, anda akan mula memahami budaya yang mana dapat membantu anda menjadi lebih terbuka, bertolak ansur, dan lebih berilmu.

4. Dapat memperbaiki “self-control” anda

Bila anda belajar bahasa baru dan bercakap bahasa baru, secara automatik kawalan diri anda dapat diperbaiki dengan lebih baik. Satu kajian juga menunjukkan bahawa orang bilingual lebih baik membuat keputusan kewangan.

Secara keseluruhannya, anda mula berfikir lebih rasional apabila anda mula belajar bahasa kedua.

5) Dapat memahami budaya sendiri dengan lebih baik

Ya! Bila anda belajar bahasa baru dan budaya baru, anda juga dapat mempelajari bahasa selain bahasa anda. Dengan ini, anda mendapat sentuhan pada budaya anda sendiri dan juga budaya lain. 

Sebagai contoh rutin sarapan pagi kita di Malaysia biasanya nasi lemak, roti canai dan minuman panas. Lain pula dengan budaya di negara Amerika, sarapan pagi mereka biasanya seperti bijirin, scramble egg dan bacon.

Apabila anda melihat sesuatu yang pelik atau aneh dalam budaya lain, anda perlu sedar bahawa budaya anda juga unik di mata mereka. Dengan ini, anda mula menghargai warisan negara anda sendiri dengan lebih mendalam.

Untuk belajar bahasa negara orang luar mungkin salah satu cabaran yang besar, tetapi jika anda tahu bahasa sendiri dengan baik, pembelajaran bahasa baru akan jadi lebih mudah.

Selain itu, ia dapat luaskan pemikiran dan pandangan anda malah akan dapat banyak peluang baru untuk diteroka.

 

Pendapat anda?