Work Life Balance

Kenapa Meminta Nasihat Tidak Membantu Anda Buat Keputusan Yang Lebih Baik

Kenapa Meminta Nasihat Tidak Membantu Anda Buat Keputusan Yang Lebih Baik

Semua orang selalunya apabila mengalami sesuatu masalah, benda pertama yang mereka selalu akan buat adalah dengan meminta nasihat daripada rakan atau orang yang terdekat dengan mereka.

Ia termasuklah admin sendiri apabila mengalami sesuatu masalah atau dilema semestinya akan mencari seseorang untuk mendengar masalah yang telah dihadapi.

Ini kerana, mereka ini adalah orang yang mengetahui dan mahukan perkara yang terbaik ke atas diri kita. Tetapi lama-kelamaan sebenarnya ia boleh menjadi suatu perkara yang salah jika anda tidak tahu cara yang betul.

Minta Nasihat Boleh Melegakan Tetapi Ia Boleh Bawa Kepada 5 Masalah Dibawah 

Sudah menjadi kebiasaan, jika ingin minta pendapat kedua selalunya akan meminta daripada rakan terdekat atau daripada keluarga apabila ingin membuat sesuatu keputusan yang besar dalam kehidupan.

Ia membuatkan anda rasa tidak bersendirian apabila membuat sesuatu keputusan yang besar atau mencari keputusan yang lebih tepat.

Jika dilihat dengan sudut pandang yang lebih dekat, proses meminta nasihat ini tidak memberi anda keputusan yang lebih baik. Antara sebabnya :

1. Kita Selalunya Kearah Untuk Meminta Validasi Daripada Nasihat Sebenar

Contonya anda berkata jepada kawan anda : “Pekerjaan yang aku buat sekarang memang stress, aku rasa memang patutlah aku berhenti kan”?

Kawan anda pun menjawab, “Kalau dah stress, memang patutlah kau berhenti. Buat apa lagi nak kerja.”

Jawapan inilah yang dikatakan sebagai validasi. Anda ingin dengar ada orang yang menyokong idea anda pada permulaannya.

Ini bukanlah yang dinamakan sebagai meminta nasihat, tetapi anda inginkan orang lain untuk mengiyakan pendapat atau dengan kata lain sebagai tempat anda validasi keputusan yang telah anda buat pada awalnya.

2. Mereka Yang Anda Minta Nasihat Selalunya Bukan Daripada Ahlinya 

Sering berlaku, jika anda mempunyai masalah, anda akan minta nasihat kepada orang yang paling dekat dengan anda.

Contohnya meminta kawan baik anda yang pekerjaannya seorang yang setia makan gaji tetapi anda meminta nasihat mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan dalam syarikat..

Selalunya komunikasi ini akan cenderung kepada komunikasi yang tidak efektif. Mesti anda kata,

“Tidak semua orang macam tu, kadang kala ada inputnya yang baik kita boleh dengar.”

Bukan untuk buruk sangka, tetapi ingin mengelakkan daripada komunikasi yang tidak efektif dan akhirnya ia akan membawa anda cenderung kepada keputusan anda yang berbelah bagi.

3. Anda Dan Pemberi Nasihat Mempunyai Objektif Yang Berbeza

Jika anda meminta nasihat daripada keluarga anda mengenai situasi yang pernah mereka alami sebelum ini, ia akan memberikan keputusan yang tidak menyelesaikan masalah secara total.

Ini sebab objektif anda dengan dia adalah berbeza. Sebab itu jika anda lihat, jika ada mana-mana pelajar yang meminta nasihat mak ayah untuk ambil major apa masa ketika ingin masuk Universiti,

Ia akan membawa kepada keputusan yang mereka rasa ia adalah subjek yang terbaik untuk diri anda dan ia bukan keputusan kepada apa yang anda cenderung dan minat yang mendalam untuk belajarnya.

Mesti anda selalu nampak yang mak ayah akan cenderung menyuruh anak-anak mereka menjadi doktor, jurutera dan sebagainya. Sedangkan minat anak sebenarnya ke arah melukis.

4. Segala Keputusan Tidak Hadir Bilangan Data Yang Mencukupi

Sebab apa tidak mencukupi? Kerana dalam banyak kes, anda akan meminta nasihat daripada sekumpulan kecil sahaja. Mungkin 4/5 orang?

Ia adalah sampel yang tidak mencukupi untuk cenderungkan anda membuat keputusan dengan lebih tepat.

Contohnya, jika anda rancang perjalanan untuk bercuti, anda bertanya kawan anda dalam 2 atau 3 orang yang telah mereka lawati tempat tersebut, tidak mungkin anda akan boleh dapat objektif yang sangat jelas mengenai gambaran tempat yang ingin anda lawati.

Sebuah forum perbincangan yang lebih besar adalah tempat yang lebih sesuai dan boleh membantu anda untuk mencapai informasi dan gambaran yang lebih tepat mengenai percutian atau tempat yang anda ingin tuju.

5. Kita Tidak Bertanggungjawab Apabila Keputusan Itu Salah

Kadang kala apabila anda tidak berapa pasti mengenai keputusan yang akan anda buat, anda akan cenderung untuk menjadikan pendapat orang lain sebagai penanda aras untuk sesuatu keputusan.

Ini sebab anda tidak ingin bertanggungjawab ke atas keputusan yang telah dibuat apabila ia membawa kepada satu keputusan yang salah. Nanti mulalah menunding jari dan akhirnya menimbulkan pergaduhan.

Memang perkara ini selalunya anda buat tanpa anda sedari, ini adalah mekanisma yang boleh membantu kita untuk keluar daripada sesuatu tanggungjawab berkenaan tetapi perlu diingat ia akan membawa kepada keputusan yang tidak tepat.

” Habis tu, Kalau Saya Ada Masalah, Apa Perlu Saya Buat?”

1. Persoalkan Kepercayaan Anda

Setiap perkara yang anda ingin lakukan, mesti perkara pertamanya adalah kepercayaan anda mengenai perkara tersebut. Seperti Jack Ma,

Beliau mempercayai idea untuk mewujudkan perniagaan berasaskan Internet dan terus menerus mempercayainya kerana beliau sudah persoalan kepercayaan tersebut dan telah analisisnya secara betul sebelum berpegang teguh kepada keputusan itu.

Untuk mengelakkan daripada keputusan yang berat sebelah, pastikan anda sentiasa persoalkan kepercayaan anda mengenai sesuatu topik dan analisis faktanya dengan lebih dalam.

2. Minta Informasi Bukan Nasihat

Teknik untuk analisis masalah atau dilema dan membuat keputusan berdasarkan fakta yang lebih jelas  dalah dengan anda bertanyakan dan mendapatkan informasi kepada mereka yang ahlinya mengenai perkara tersebut.

Jika anda ada masalah di dalam skop perniagaan, tanyalah pada rakan yang mempunyai pengalaman perniagaan yang sudah berjaya untuk anda mendapatkan informasi daripada mereka.

Informasi ini akan menjadi rujukan anda untuk membuat sesuatu keputusan dengan lebih baik.

3. Lihat Kepada Gambaran Yang Lebih Besar Sebelum Membuat Keputusan

Untuk mengelakan daripada keputusan yang berat sebalah tanpa memikirkan keputusan yang sebaliknya, anda perlukan masa yang lebih untuk menganalisa fakta yang kontrakdik dengan pandangan anda pada permulaanya.

Dengan membuat perkara ini, ia akan membuatkan anda sentiasa sedar akan kemungkinan-kemungkinan perkara negatif yang boleh berlaku, dan apabila anda membuat keputusan, point anda akan menjadi lebih kukuh.

Akhir sekali, “You choose what you want to hear.”

Sumber : Lifehack 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon