Kerjaya

Kenapa Anda Tidak Suka Dengan Kerjaya Anda

tidak-suka-dengan-kerjaya

Bagi sesiapa yang telah menempuhi dunia kerjaya semestinya ingin berbangga dengan kerjaya yang telah  anda pilih sebagai satu perkara yang akan menjadi sebahagian daripada kehidupan anda.

Semua orang ingin menjawab dengan bangganya apabila ditanya mengenai apakah kerjaya yang sedang dilakukan sekarang.

Jika sekarang ini anda melihat orang lain dan mula berkata di dalam hati “Wah bestnya kerja kat tempat ni, tak nampak stress pun” ataupun “ Kerja kat tempat dia boleh dapat double dari gaji aku kat sini, baik kerja sana”.

Ini adalah perasaan-perasaan dimana anda berkemungkinan tidak menyukai tempat kerja yang sedang anda lalui sekarang.

Perasaan ini mampu merosakkan dunia kerjaya anda jika anda tidak membuat sesuatu dengannya.

Ini antara sebab kenapa anda tidak suka kerjaya anda sekarang :

1) Anda Tidak Buat Kerja Yang Bernilai

Buat kerja tidak sama dengan buat sesuatu kerja yang bernilai.

Ada orang duduk di hadapan PC dan kelihatan seperti sangat sibuk. Mereka hanya sibuk melakukan kerja yang disuruh dan tidak putus untuk membantu syarikat gali dengan lebih dalam.

Kerja yang bernilai adalah sebuah kerja yang mengetengahkan kreativiti anda inovatif.

Sesuatu kerja yang bernilai boleh dilakukan hanya dalam 2 jam dan mampu memberikan perubahan yang besar kepada hala tuju syarikat. Kerja yang bernilai dilakukan oleh seseorang yang dipanggil sebagai “Game Changer” yang tidak takut untuk berfikiran berbeza dari kebiasaan.

Memang bagus mempunyai nilai mampu mendengar arahan dan menyelesaikan tugas yang diberikan. Tetapi anda kena berhenti sekejap dan mengambil masa untuk berfikir kreatif supaya kerja yang anda lakukan itu mampu memberikan nilai besar kepada diri anda.

2) Tidak Disukai Ramai

Kenaikan pangkat dalam sesebuah syarikat bukan setakat bertambahnya tanggungjawab. Orang sekeliling anda kena menyukai dan mahu bekerja dengan atau bersama anda. Itu maksudnya anda perlu disukai oleh majority (bukan semua orang).

Jika anda banyak menyumpah orang ramai dan banyakkan masa dengan menyebut perkara yang negative, orang akan ambil yang itu. Itu lumrah manusia suka ambil negative daripada yang positif.

Dalam anda tidak sedar, rakan sekerja anda sedikit demi sedikit menjauhkan diri daripada anda.

Maka wujudkan suasana yang harmoni dengan bercakap perkara yang positif serta cuba jadi lebih mesra bersama ahli pasukan yang lain.

3) Tidak Faham Ia Memakan Tempoh Masa Yang Panjang

Sebagai satu permulaan, anda tidak akan menjumpai sesuatu tempat yang mungkin anda akan terus suka dengannya.

Ia perlukan masa untuk anda betul-betul suka dengan sesuatu kerjaya yang anda lakukan. Anda tidak suka kerana anda ingin sesuatu perkara itu mengikut kepantasan yang anda inginkan.

Analoginya seperti diri anda semasa kecil yang baru ingin belajar berjalan, adakah ia memakan masa dalam satu hari? Dan adakah keluarga anda memberhentikan anda untuk belajar berjalan pada hari pertama? Tidak, keluarga anda akan terus memberikan anda semangat untuk terus belajar berjalan.

Apa bezanya dengan perjalanan karier? Anda perlukan masa untuk mempunyai sesuatu yang anda inginkan.

Ingikan sesuatu dengan kadar masa yang sangat cepat akan membuatkan anda tidak suka dengan kerjaya anda.

4) Tidak Meningkatkan Pembangunan Diri Anda Sendiri

Jika anda sudah bekerja selama setahun atau dua tahun tetapi masih merasakan ia masih dalam keadaan yang kekal sama. Itu salah satu buatkan anda tidak suka dengan kerjaya anda sekarang.

Anda perlu membangunkan kemahiran anda setiap hari. Bukan setahun sekali apabila syarikat mengadakan kem pembangunan untuk pekerja.

Setkan matlamat untuk anda mempunyai pembangunan kerjaya setiap hari walaupun ia suatu perkara yang kecil. Bayangkan jika sehari satu perkara baru yang anda explore. Setahun? Lebih 300 perkara yang anda belajar.

5) Kehidupan Personal Anda Di Luar Kawalan Anda

Jika anda fikirkan mengenai kehidupan personal anda, anda akan berkata anda bahagia,bahagia dan bahagia dengan kehidupan anda sekarang. Berhenti tipu diri sendiri.

Perkara personal yang jadi pada diri anda adalah lebih penting kerana ia akan bersangkut paut kepada keseluruhan kehidupan anda.

Selalunya apabila anda  stress dengan kehidupan personal, anda akan membawanya kepada tempat kerja. Contohnya jika anda ditipu, anda akan membawa perasaan itu ke tempat kerja dan mulalah anda merasakan buruk sangka itu kepada rakan di tempat kerja pula.

Perkataan ini mudah diungkap tapi sukar untuk dibuat, “Letakkan perkara personal yang berlaku pada kehidupan anda di luar kerjaya anda”.

Ambil masa berehat jika ianya suatu perkara yang perlu untuk diri anda. Selepas itu lihat perkembangan karier yang akan anda lalui. Adakah anda ingin jadikan ia sebagai punca kemusnahan untuk kerjaya anda pula?

Kesimpulan

Anda tidak suka dengan kerjaya anda sekarang kerana anda belum membuat keputusan untuk menyukainya. Ya, memang betul anda belum jumpa sesuatu kerjaya yang ideal untuk diri anda. Tetapi ini semua adalah sebahagian daripada perjalanan WAJIB yang perlu anda lalui.

Suatu masa, walaupun anda hanya bekerja sebagai seorang khidmat pelanggan ia akan membuatkan anda rasa bangga dengannya kerana ia akan membantu anda untuk pertumbuhan karier anda pada masa hadapan.

Sepatutnya pemikiran beginilah yang patut anda fikirkan mulai daripada sekarang. Siapa kata anda perlu tunggu untuk suka dengan kerjaya yang anda lakukan sekarang?

3 tahun pertama anda dalam kerjaya anda proses untuk anda mencari branding diri anda sendiri. Jika orang sebut nama anda, apa yang orang ramai akan sebut?

Cuba untuk mencari perkara itu untuk peringkat permulaan anda di dalam dunia kerjaya.

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon