Kerjaya

“High Demanding Skills” Antara 6 Skill Yang Perlu Anda Kuasai Untuk Meyakinkan Bakal Majikan Anda

skill-orang-muda-apa-yang-anda-perlu-kuasai-untuk-menyakinkan-majikan

Pada zaman serba moden dan penuh persaingan kini, kita perlu bijak mempelajari dan menguasai skill-skill yang akan memberikan kita advantage dan akan membuatkan majikan mahu memilih kita. Seringkali apabila ke temuduga kerja, kita akan disajikan dengan soalan common seperti :

‘Apa yang awak ada untuk pastikan kami memilih anda?’

‘Apa kepakaran tambahan yang awak ada?’

‘Sejauh mana awak terer dalam software ini?’

‘Sejauh mana awak mampu menggunakan software ini untuk membantu prestasi organisasi?’

Hal ini kerana, kita seringkali memasukkan skala kepakaran dalam mengendalikan software-software ini sebagai tambahan dalam resume kononnya untuk menarik perhatian dan menyakinkan majikan.

Tetapi apabila ditemuduga, ramai graduan yang hampir kecundang dan skill dalam resume tadi? Hanyalah wayang semata-mata. Ada kalanya, ianya bukan kepakaran dalam software sahaja malahan juga keupayaan dalam berkomunikasi.

Tetapi, sejauh mana anda mampu menyakinkan mereka? Ayuh kita lihat apa skill tambahan yang orang muda perlu ada dan sejauh mana ianya membantu anda.

Microsoft Office

Orang muda terutamanya mahasiswa pasti familiar dengan istilah seperti Words, Excel dan Powerpoint bukan? Pernahkah anda tahu sejauh mana anda mampu menggunakan Microsoft skills ini?

Jika sekadar menggunakannya untuk siapkan assignment dan presentation, anda perlu berhati-hati sebelum mengakui anda handal.

Ini kerana, hampir 70% graduan apabila ditemuduga dan diberi tugasan oleh majikan, ramai yang gagal walaupun hanya memerlukan basic skill.

Apa kata anda luangkan sedikit masa untuk mempelajari Microsoft skills ini? Anda boleh daftar untuk kelas Microsoft skills jika berkemampuan ataupun dapatkan tutorial online di Youtube secara percuma.

Amat sesuai dipraktikkan terutamanya bagi mahasiswa bukan sahaja untuk menyiapkan tugasan akademik malah boleh digunakan untuk hampir kesemua tugasan di pejabat nanti.

Photoshop/Design

Anda boleh menguasai skill seperti photoshop atau designing software seperti Adobe Photoshop, Lightroom, Flash, Illustrator dan banyak lagi.

Anda boleh belajar dan gunakan software ini terutamanya jika anda seorang graduan seni atau IT dan menuju ke industri seni reka, animasi dan pemasaran.

Tidak rugi jika yang bukan jurusan seni untuk mempelajari software-software ini, ianya akan menjadi added-value kepada anda terutamanya bila anda mampu membawa kelainan kepada tugasan akademik mahupun kerjaya.

Selain meningkatkan kemahiran, anda juga boleh jadikannya sebagai pendapatan sampingan seperti membuat design baju, poster mahupun keperluan komersial organisasi anda bekerja nanti.

Video Editing

Tugasan akademik kini lebih memerlukan mahasiswa menyiapkan tugasan berbentuk video terutamanya subjek bahasa ketiga dan subjek-subjek pengurusan untuk melihat sejauh mana anda belajar dan mengaplikasikannya.

Amat mudah dan berbaloi jika  anda mahir dalam video editing kerana sama seperti designing skill di atas, skill edit video juga menjanjikan pendapatan sampingan serta memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan video tugasan akademik yang superb dan jauh lebih baik dari rakan-rakan anda.

Belajar secara percuma melalui online tutorial mahupun step-by-step apabila anda mempunyai masa lapang.

Apa nilai semasa sudah bekerja nanti? Anda boleh mengahasilkan video pemasaran yang berdaya saing mengikut idea anda sendiri dan jika anda bekerja di bahagian pengurusan seperti HR dan lain lain,

Anda boleh keluarkan video CSR atau safety/awareness video mewakili syarikat anda kepada para pekerja mahupun pelanggan dan pengguna kepada produk syarikat anda.

Bukan sahaja promote syarikat, malah meningkatkan keyakinan dan peluang kerjaya anda.

Website

Jika anda mahir dalam membuat website, anda boleh membangunkan interface perniagaan online anda sendiri dan untuk pendapatan sampingan¸anda boleh bantu syarikat-syarikat SME (small-medium enterprise) untuk mereka website perniagaan mereka sendiri.

Tidak ramai yang mempunyai kepakaran ini terutamanya anak muda generasi kini.

IT dan Servis Komputer

Ada software  yang boleh membantu tugasan anda di pejabat dan menjadikan kerja bukan sahaja lebih mudah malah lebih efisien, interaktif dan diterima ramai.

Antara contoh software yang sering digunakan adalah seperti Visio, yang digunakan untuk memudahkan pembinaan rajah dan carta dan sebagainya.

Haa Nampak tak betapa pentingnya untuk kita explore dan kuasai software bukan sahaja untuk memudahkan malah menjadikan kerja kita lebih efisien dan produktif dalam masa yang singkat.

Anda juga boleh belajar cara-cara mudah menyelenggara computer dan software dalaman sesebuah computer. Ini mungkin akan menjimatkan kos serta menjadikan anda orang rujukan sekiranya berlaku masalah di luar pengetahuan orang lain.

Sekiranya anda mahir dalam bidang IT dan servis komputer, jadikannya sebagai pendapatan sampingan dan jika anda kreatif dan rajin, anda boleh create video blog di media sosial dan meningkatkan personal branding anda.

Kemahiran Komunikasi

Ini lah yang paling penting. Apabila anda diterima masuk ke dalam sesebuah organisasi terutama organisasi korporat reputasi tinggi, anda secara automatik akan menjadi wakil organisasi tersebut. Sudah pasti majikan mahu mencari yang terbaik bukan?

Kemahiran berkomunikasi bukan sahaja bercakap dengan seseorang, malah anda perlukan jauh lebih besar dari itu.

Anda perlu mahir dalam membuat pembentangan, negosiasi dan juga persuasive (daya memujuk) yang tinggi untuk menyakinkan serta memberi kepercayaan kepada rakan sekerja, majikan, pelanggan serta orang ramai.

Jika anda mempunyai skill komunikasi yang tinggi, pastinya anda akan dipilih untuk menjadi wakil dan jurucakap organisasi.

Mungkin juga anda akan dipilih untuk mengacarakan majlis-majlis formal dan korporat dan di situ, anda telah melangkah ke satu langkah penting dalam mewujudkan peluang dan juga networking.

Oleh itu, anda disarankan untuk memupuk kemahiran komunikasi dari bangku sekolah lagi. Kepada mahasiswa, masih belum terlambat.

Buat sehabis baik dan berlatih melalui tugasan akademik, sertai badan pelajar dan juga kelas/persatuan pengucapan sebagai platform untuk anda mempertingkatkan kemahiran komunikasi.

Ini adalah antara skill-skill yang perlu dikuasai oleh golongan muda terutamanya para mahasiswa dan graduan.

Untung bukan jika anda belajar dan kuasai kesemua skill untuk memudahkan tugasan, menambah keyakinan serta menjadi selling point anda bila ke temuduga dan memulakan kerjaya kelak.

Bukan itu saja, anda juga boleh menjana side income melalui skill-­skill tersebut. Never do something you’re good at for free! Ingat, practice makes perfect. But, be careful with what you practice!

*P/s : Fun fact kepada para graduan! Tahukah anda bahawa jika anda sertai Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), ada sesetengah organisasi terutama GLCs (government linked company)  akan membantu anda dengan program pembangunan dan latihan intensif untuk mempelajari, menguasai serta mempertingkatkan kemahiran seperti Microsoft Office dan kemahiran komunikasi? Semuanya secara percuma sebagai platform memperbaiki kemahiran anda serta meningkatkan kebolehpasaran anda.

Pendapat anda?