Kerjaya

Kemahiran Penting Bagi Golongan Muda Di Tempat Kerja

kemahiran-penting-bagi-golongan-muda-di-tempat-kerja

Ayuh bercakap tentang kemahiran dalaman. Sebenarnya memang banyak artikel, persidangan dan latihan-latihan yang menekankan bahawa skills dalaman ini ada kepentingannya yang tersendiri supaya berjaya di tempat kerja.

Kita tidak lagi tinggal di dunia yang bergantung dengan skills teknikal sahaja yang dikatakan ianya merupakan satu satunya skills yang palling penting untuk berjaya dalam pekerjaan.

Selain itu, skills dalaman ini juga boleh dikenali sebagai sumbangan peribadi yang diperlukan untuk bekerja dengan orang lain.

Kita sudah sedia maklum bahawa skills dalaman ini merupakan faktor yang agak kritikal untuk mencapai kejayaan, ini kerena mereka selalunya lebih fokus untuk mengenal pasti skills tersebut daripada cuba untuk perbaiki skills tersebut untuk jadi lebih baik.

Sebenarnya, anda boleh kenal pasti sama ada anda memiliki skills tersebut ataupun tidak, dan kenyataannya skills ini sebenarnya boleh dipelajari dan diperbaiki lagi.

Antara prasyaratnya ialah: anda ada perasaan yang tinggi untuk melakukan perubahan dan bangun semula selepas menghadapi kegagalan.

Terdapat beberapa cara untuk anda dapatkan 3 kemahiran dalaman yang penting iaitu :

1. Tahap Pemikiran Aras Tinggi Dan Komunikasi

1) Banyakkan membaca : Tahukah anda Bill Gates telah membaca sebanyak 50 buah buku dalam masa setahun, kebanyakannya ialah buku bergenre bukan fiksyen dan itulah yang dapat membantu beliau sedikit sebanyak untuk belajar lebih banyak tentang hal dunia.

Dengan membaca akan dapat membuka mata anda untuk berfikir lebih dalam tentang pelbagai perkara dan boleh juga membantu perbanyakkan ‘vocabulary’ dan boleh membuktikan bagaimana informasi sebegini dapat menghasilkan perbualan yang efektif tanpa disedari.

Walaupun hanya jadikan membaca sebagai suka suka sebenarnya ianya penting dan berguna, pastikan anda membaca buku bukan fiksyen.

2) Bincang dan Debat : Tak kiralah dengan rakan kerja, kawan kawan ataupun keluarga, set kan aktiviti debat setiap bulan.

Carilah apa apa artikel dari majalah, buku mahupun rancangan kegemaran anda dalam Netlix, dan pilihlah orang lain untuk berdebat dengan anda tentang topik yang sama tetapi dari segi pandangan yang berbeza.

Mungkin anda nampak seperti aktiviti debat di sekolah, tetapi dengan cara inilah anda dapat tingkatkan keupayaan anda untuk berfikir lebih jauh lagi tentang sesetengah isu dan cuba berbincang tentang topik-topik dengan cara yang betul. 

3) Rakam diri sendiri : Kebanyakan orang memang tak suka untuk dengar balik suara diri sendiri, dan tengok diri sendiri bercakap.

Walau bagaimanapun, dengan cara merekod diri sendiri bercakap sewaktu berbual seperti biasa juga sebenarnya dapat membantu anda mengenal pasti sesuatu : contohnya, adakah anda menyebut ‘um..’ atau ‘aaa..’ lebih banyak daripada apa yang anda jangka?

Adakah anda lebih suka untuk kedengaran seperti pertanyaan apabila anda memberi sesuatu kenyataan? Memang nampak sangat tak selesa, tapi cuba untuk rekod diri sendiri, dcuba belajar dan berlatih cara percakapan anda sebanyak mungkin.

2. Tahap Ingin Tahu Dan Kreativiti

1) Berikan tugas : Semasa anda berada di bangku sekolah, banyak assignments yang anda dah terima dan siapkan – ada sesetengah topik yang anda minat, dan ada pula topik yang anda langsung tak minat dan ambil tahu.

Tetapi, percayalah yang ada pula yang rasa tak minat pun dengan topik tersebut, tetapi pada akhirnya diaada timbul rasa minat.

Anda boleh minta kawan anda untuk berikan anda tugas tentang apa apa topik bersertakan due date, dan anda perlu cuba menyiapkan tugas tersebut.

Anda mungkin tak suka dengan topik tersebut, tetapi hal ini dapat membantu anda untuk tingkatkan perasaan ingin tahu anda dan inilah yang akan mendorong anda untuk menyiapkannya.

2) Tulis satu cerita : Kreativiti boleh dibentuk daripada pelbagai faktor, tetapi ianya lebih jelas jika ianya daripada bahan yang bertulis. Anda boleh menulis cerita pendek yang berbentuk fiksyen menggunakan genre yang anda minat.

Cerita yang ditulis ini bukanlah untuk anda publish atau pun kongsi di mana mana medium, ini cumalah latihan untuk anda serta peluang untuk anda cipta sesutu perkara yang baru. 

3) Bebaskan/Berhenti seketika : Sebenarnya kreativiti terbentuk daripada ruang, ini merupakan perkara yang agak pelik di tempat kerja.

Tak kiralah pada waktu pagi, setiap hujung minggu, ataupun sepanjang minggu ambillah masa untuk anda berehat seketika dan cua untuk tidak lakukan apa apa aktiviti.

Tinggalkanlah jadual kerja di rumah, jangan pedulikan to-do-list anda dan biarkan minda anda berehat sepanjang masa tersebut. Jangan terkejut kerana anda akan sedar yang anda telah jadi seorang lebih kreatif berbanding sebelum itu.

3) Tanggungjawab Dan Konflik Dari Segi Pengurusan

1) Tuliskan Kenyataan CEO anda : Tak kiralah jawatan apa pun yang ada pegang dalam pejabat tersebut, semua orang boleh menjadi CEO untuk sesuatu tugas.

Contohnya jika anda merupakan penganalisis data, jadi anda secara tidak langsung menjadi CEO atau ketua untuk memastikan bahawa semua data ialah betul dan dipindahkan ke team yang betul.

Sekiranya anda merupkan pengurus pemasaran, anda telah pun menjadi CEO untuk itu dan anda perlu pastikan koordinator pemasaran merupakan kumpulak yang pakar dan terlatih dan anda akan pastikan semua berjaya.

Senaraikan kenyataan anda sebagai seorang CEO, dan bertanggungjawablah dengan tugas anda.

2) Kongsilah kegagalan anda : Kegagalan merupakan satu benda yang sangat susah untuk dibincangkan di tempat kerja.

Anda boleh bercerita tentang dengan kawan yang anda percya dan minta mereka untuk tidak memberikan tanggapan yang salah.

Ceritakan kepada mereka tentang waktu dimana anda memang benar benar gagal. Tetapi jangan terlalu fokus dengan penyelesaian, tetapi fokus dengan persoalan kenapa dan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

Cuba buat sekali lagi. Dengan cara ini anda akan merasa lebih mudah untuk berbual dengan ketua anda, sebab komunikasi merupakan kunci yang penting untuk ketua dan pekerja.

3) Dengar terlebih dahulu : Tindakan untuk menekankan apa yang anda ingin cakap semasa berbual sebenarnya tidak sihat.

Orang tersebut akan merasa rendah diri dan tidak bersemangat kerana anda tidak fokus dengan apa yang diperkatakan olehnya tetpi anda hanya fokus dengan apa yang anda ingin sampaikan.

Cara yang terbaik untuk mengelakkan konflik dalam perbualan ialah mendengar dahulu. Berhenti bercakap dan mendengar serta beri masa untuk anda berfikir sebelum berkata apa apa.

Sekarang dah tahu kemahiran penting bagi golongan muda sekarang?

Lakukan TINDAKAN SEKARANG. Simpan dalam diri dan niat untuk berubah untuk 2018 untuk menjadi lebih baik.

Pendapat anda?
Share: