Umum

Kelebihan SL1M, Peluang Dalam Mengejar Kerjaya Impian Anda

kelebihan-SL1M

Khas buat Graduan Ijazah dan ke atas, anda wajib baca artikel ini.

Pasti anda yang baru sahaja selesai dengan pengajian di universiti, masing-masing excited nak kejar kerjaya impian. Tapi bila usha je laman web kerjaya, semua syarikat nak cari bakat dengan pengalaman kerja atleast 1 tahun dan ke atas?

Haaa sudah, macam mana nak buat? Pasti akan ada keluhan sebegini :

Habis tu sampai bila nak menganggur?

Bila nak ada pendapatan nak bayar balik pinjaman pelajaran?

Bila nak boleh mula menyimpan untuk aset dan perancangan masa hadapan?

Habis tu apa guna aku belajar teruk-teruk dekat Uni dulu?

Paling cliché sekali – Macam mana nak ada pengalaman kerja kalau langsung tak kasi chance kepada fresh grads?

Bertenang cik abang kakak semua. Pernah dengar pasal SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia) ?

Eh apa tu?

Ala tahu, tapi buang masa je masuk SL1M.

Belajar tinggi tinggi, masuk SL1M je?

Tak standard lah masuk SL1M, gaji pun ciput.

Janganlah terlampau negatif sangat. Anda kena faham kelebihan SL1M. At least ambil tahu dulu pasal SL1M ni. Harini saya nak kongsi mengenai apa bagusnya SL1M dan manfaat kepada kita terutamanya buat fresh grads!

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA (SL1M) – Anda pasti familiar dengan nama nama besar seperti Petronas, Yayasan Khazanah, Sime Darby, Tenaga Nasional, Celcom, UMW dan sebagainya bukan?

Kebanyakan government-linked company (GLCs) serta syarikat ternama telah mengambil bahagian dalam membantu pihak kerajaan memerangi kadar pengangguran yang telah dianggap sebagai satu agenda nasional.

Malah, mereka juga menawarkan manfaat dan skop pendedahan yang amat baik! Berikut adalah sedikit sebanyak info dan kelebihan SL1M untuk anda tahu :

1. Tempoh

Rata-rata syarikat GLCs, MNC dan sebagainya menawarkan tawaran kerjaya di bawah skim SL1M bermula dari tempoh 3 bulan hingga 1 tahun. Ianya bergantung pada struktur dan kehendak syarikat tersebut. Fuhh, banyak yang kita boleh belajar tu, dah memadai untuk requirement se-setengah tawaran kerja!

2. Kemahiran Interpersonal & Teknikal

Interview Mastery Kit

Hampir kesemua syarikat yang tersenarai tidak lah sekadar meng-anak-tiri-kan pelatih-pelatih SL1M ini, malah mereka berusaha memberikan yang terbaik!

Mereka akan membantu anda dalam mengembangkan kemahiran serta kefahaman anda dalam pelbagai bidang melalui modul latihan dan kelas-kelas teknikal seperti skill Microsoft Office, personal branding dan sebagainya.

Ini dapat membantu anda untuk mengukuhkan keperluan kerjaya serta menyakinkan bakal majikan kelak. Menarik bukan?

3. Elaun

Inisiatif SL1M secara amnya menawarkan elaun sebanyak RM 1,500 sebulan, tetapi bagi bidang teknikal, ianya mampu mencecah hingga RM 1,850. Malah, ada yang memberi elaun dan komisen tambahan berdasarkan prestasi dan pencapaian kerja!

4. Manfaat

Rata-rata majikan tidak mengecualikan manfaat pekerja hakiki kepada pelatih SL1M. Mungkin menerima manfaat yang sama, cuma kadar yang berbeza.

Antara manfaat yang sering diberikan kepada pelatih SL1M antaranya ialah medical card, talian tetap telefon, komputer riba, peluang menyertai acara rasmi syarikat, pakaian rasmi dan sebagainya.

5. Skop Kerja

Usah risau, kerana pelatih SL1M tidak dibuli atau dipandang rendah, malah diberi pendedahan kepada komponen kritikal sesebuah syarikat serta hands-on experience! Ini dapat memberi peluang kepada anda untuk adapt dan faham dengan persekitaran kerja, jadi anda tidak lah terkejut sangat apabila menerima tawaran kerja sebenar nanti!

Sepanjang tempoh anda menjalani Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) ini, anda sentiasa mendapat perhatian dan komen dari pihak majikan dan rakan sekerja tetap.

Jika anda mempamerkan komitmen, potensi serta minat yang tinggi, tak mustahil anda akan diserap masuk ke organisasi tersebut ataupun mendapat rekomendasi bernilai untuk jawatan kosong lain.

Hingga kini, ramai graduan muda yang telah mendapat kepercayaan untuk menerajui kepimpinan organisasi setelah berjaya mengharungi programa SL1M ini.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Skim Latihan 1 Malaysia ini, anda boleh layari laman web rasmi Unit Perancang Ekonomi @ http://www.epu.gov.my/ms/sl1m/daftar .

Itu lah sedikit sebanyak mengenai Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Amacam? Dah berubah ke persepsi negatif anda? Jika belum, tak mengapa.

Peluang ini terbuka kepada sesiapa yang menghargai peluang dan percaya pada permulaan diri. Everything starts somewhere, it’s up to you to make the change you wanted to see  

Interview Mastery Kit

Pendapat anda?
Share: