Bisnes

[Kelas KuDagang] Rahsia Membina Konten Berkualiti

kelas-kudagang

Jika anda di luar sana merupakan seorang penulis di blog dan website atau apa sahaja medium yang anda ingin gunakan untuk berkongsi penulisan anda, salah satu perkara utama yang dalam fikiran anda adalah bagaimana caranya untuk membina konten berkualiti?

Ini merupakan hasil perkongsian daripada kelas yang dijalankan oleh team KuDagang yang merupakan sebuah platform website yang mengfokuskan kepada konten melibatkan dunia perniagaan.

Dimana di dalam website ini anda boleh mendapati banyak ilmu-ilmu premium yang terang dan nyata mengenai perniagaan. 

Hari ni saya nak kongsikan apa yang telah dipelajari daripada kelas ini dimana dua orang speakernya merupakan daripada team SemuanyaBola iaitu Tuan Shahrir dan Tuan Muzammil.

Tuan Muzammil memulakan ucapan,

“Apa pandangan tuan-tuan sekalian apabila kita bercakap mengenai menghasilkan konten yang berkualiti?
Adakah apabila artikel itu banyak likes dan share di FB? Atau bagaimana?”

Audien senyap dan menunggu jawapan dengan penuh minat :

Tuan Muzammil menyambung, 

Ini 2 Rahsia Untuk Anda Membina Konten Berkualiti :

1. Menulis artikel fokus kepada apa yang orang nak baca

“Habis kalau saya ni baru je buat blog, takda audien lagi dalam website, FB pun masih 10 Likes, macam mana saya nak menulis atau fokus kepada apa yang orang nak baca, saya tiada data tu?

Ini antara pertanyaan yang selalu saya dapat bila saya memberi jawapan untuk tulis dan fokus kepada apa yang pembaca mahukan.”

Ini ada dua teknik yang mereka lakukan untuk mengetahui soalan-soalan yang selalu orang tanya dan cari dalam sesuatu niche. Selepas dapat data daripada dua website ini, mereka akan cipta dan jadikan ia sebagai satu artikel yang power :

i) AnswerThePublic

Bagaimana-membina-konten-berkualiti-1

Ini merupakan sebuah website yang soalan-soalannya dikumpulkan melalui carian daripada BING dan GOOGLE. Tengok gambar diatas, anda hanya perlu ruangan kotak yang disediakan dengan topik apa yang mahu anda tulis.

Ia akan memberikan anda pelbagai soalan yang telah dikumpulkan dan daripada data ini bolehlah anda jadikan ia sebagai idea untuk anda menulis artikel.

ii) BloomBerry

Bloomberry-1

Ini website kedua yang juga  sebuah website yang mengumpulkan data mengenai soalan-soalan yang selalu dicari oleh orang ramai. Tetapi carian soalan ini dikumpulkan melalui data yang hadir daripada Yahoo, Quora dan Forum.

Untuk kedua-dua website ini cariannya adalah dalam bahasa inggeris. Jika anda taip dalam Bahasa Melayu. Hasil cariannya tidak akan banyak seperti hasil carian dalam bahasa Inggeris.

2. Fokus kepada penulisan konten yang popular

A) Berita

Artikel-berita

“Cara paling senang nak dapatkan trafik untuk website adalah dengan menulis artikel berita.”

News merupakan salah satu cara untuk dapatkan trafik yang cepat, tetapi cabaran dalam melakukan artikel macam ni adalah anda kena jadi yang pertama atau kena pantas pick up berita.

Selalunya berita akan bertahan 24 jam sahaja untuk HIT, selepas itu ia akan menunjukkan penurunan dalam pembacaan.

Untuk bahagian Headline, anda dinasihatkan untuk menggunakan headline yang clear & consice. Takpayah gunakan headline yang terlalu panjang dan berbunga-bunga.

Jika anda mempunyai seorang sahaja inhouse writer, galakkan dia untuk menulis paling minima sehari satu berita, satu artikel panjang.

B) Picture List

Ceritakan apa yang terdapat dalam gambar dan anda curate mengikut idea anda sendiri. Buat penerangan yang jelas di setiap gambar yang anda ingin terangkan kerana tidak semua pembaca itu suka membaca melalui gambar, mungkin ada yang lebih faham sesuatu penerangan itu melalui penulisan.

Contoh artikel untuk picture list ini adalah seperti 10 website yang mampu menambah kualiti hidup anda,  5 fakta menarik mengenai tidur dan sebagainya. Mereka meletakkan gambar dan selepas itu mereka memberi penjelasan kepada gambar yang telah diletakkan.

Salah satu cara yang boleh anda lakukan juga melalui penerangan melalui Video Youtube. Jika anda melihat video-video yang tengah trend ataupun tengah HIT, anda boleh gunakan video berkenaan dan buat satu artikel mengenainya.

Lihat contoh artikel vocket membuat artikel sumber daripada Youtube, Iklan Raya CIMB 2017

Ini pun salah satu cara yang menarik untuk dikupaskan. Segala maklumat yang terdapat dalam video berkenaan anda boleh jadikan dia sebagai satu info di dalam penulisan anda.

C) Artikel Kajian

artikel-kajian

Artikel jenis kajian ini selalunya datang daripada soalan-soalan orang ramai. Anda boleh gunakan website seperti answerthepublic.com untuk mencari soalan itu dan buat sedikit kajian mengenainya.

“Seperti SemuanyaBola, kita ada lakukan satu research artikel iaitu Bagaimana Untuk  Mendapatkan Lesen Kejurulatihan. Ini artikel yang HIT kerana tiada mana-mana website yang cuba untuk kupaskan mengenai topik ini.”

Lagi satu tips, anda kena cari soalan-soalan yang mudah orang triggered. Ni pun akan membuatkan artikel anda mudah tersebar dan kemungkinan untuk mendapat engagement itu lebih tinggi.

D) Artikel Pendapat

artikel-pendapat

Ini teknik dimana banyak blog-blog besar lakukan, anda boleh tengok bagaimana Rotikaya, Vocket, dan sebagainya mereka mengambil pendapat-pendapat individu yang berpengaruh untuk diletakkan di dalam website mereka.

Selalunya influencer ini banyak berkongsikan pendapat mereka di Linkedin dan juga Facebook. Mereka banyak berikan pandangan mereka melalui penulisan di page-page mereka.

Anda boleh minta keizinan mereka untuk publish di website anda dan berikan mereka kredit sepenuhnya.

Selalunya penulis asal ini akan berkongsi pula di personal media sosial mereka dan disitu anda akan mendapat trafik percuma dari fans mereka sendiri. Cara yang paling baik adalah anda curate kembali pendapat mereka menggunakan ayat anda sendiri tanpa keluar daripada mesej yang cuba disampaikan oleh penulis asal.

E) How To Post

how-to-post-1

Post how-to ini selalunya mendapat engagement yang sangat tinggi. Artikel how-to yang sangat bagus adalah apabila anda menulis sesuatu artikel yang terperinci sehingga seorang beginner pun boleh faham apa yang cuba anda terangkan di post tu.

Kenapa perlu terperinci? Contohnya jika anda membuat satu artikel How-To mengenai “Bagaimana Teknik Format Komputer Semudah 10Minit”.

Ingat, artikel yang terperinci akan mewujudkan “trust&authority” kepada pelawat  yang benar-benar mahukan info berkenaan. Ini secara tidak langsung website anda akan menjadi keutamaan rujukan untuk mereka selepas ini.

Dan antara perkara yang boleh membuatkan artikel anda mudah dikongsi oleh pembaca adalah ia mampu membawa kepada 4 perkara ini iaitu :

  • Fakta dan gambar yang mengejutkan
    Contohnya anda buat artikel seperti : 10 perkara anda perlu tahu ketika anda sudah mati
  • Gunakan trend semasa
    Contohnya, jika perayaan Aidil Fitri, anda boleh buat artikel 5 Perkara Yang Boleh Anda Beri Selain “Duit Raya” ketika Aidil Fitri
  • Masukan unsur emosi
    Contohnya artikel-artikel yang boleh membawa kepada inspirasi, ketawa dan sedih
  • Gambar yang menawan
    Contohnya jika anda buat artikel mengenai 7 pantai paling cantik dalam dunia, anda boleh meletakkan gambar-gambar yang menawan untuk menarik perhatian pembaca.

Kesimpulan

Di dalam apa jua pembinaan aset digital, perkara pertama yang perlu anda faham adalah, anda memerlukan kesabaran yang tinggi dan sentiasa konsisten di dalam pengeluaran artikel. Bagaimana untuk melakukan ini semua? Cuma satu formulanya, iaitu anda perlu..

MULA SEKARANG.

Jika anda mahukan tips perniagaan atau inginkan apa sahaja tutorial mengenai perniagaan, anda boleh PM sahaja team mereka untuk bertanyakan soalan-soalan yang melibatkan perniagaan.

Boleh terus layari di website ataupun FB mereka di bawah ini :

Website : Kudagang

Facebook : Kudagangbiz

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon