Bisnes

Kampus Apple Park Bernilai 5 Billion Mula Dimasuki Bulan Ini

Syarikat teknologi gergasi di dunia iaitu Apple membuat satu lagi fenomena dengan mewujudkan satu kampus seperti sebuah kapal angkasa.

Projek ini menelan belanja sebanyak USD 5 Billion dan dinamakan sebagai Apple Park.

Sebenarnya projek ini sudah lama dijalankan semenjak dari zaman Steve Jobs menjadi CEO Apple lagi. Kampus ini terletak di Cupertino, California dengan keluasan 175 ekar.

Sekarang mereka sedang membuat pemindahan pekerja secara berperingkat dengan jumlah pekerja seramai 12,000 orang.

Ia dianggarkan akan memakan masa selama 6 bulan dan perjalanan pembinaan pembangunan akan terus dijalankan seperti biasa sepanjang musim panas.

Inspirasi bayangan daripada Steve Jobs untuk menjadikan Apple Park sebagai satu pusat kreativiti dan kolaborasi sudah hampir menjadi kenyataan.

Walaupun beliau sudah tiada, tetapi sehingga hari ini kita masih merasakan keberadaan beliau melalui idea dan inovasi yang masih diteruskan oleh syarikat Apple sehingga hari ini.

Jika diikutkan, pada 24 Februari yang lalu merupakan tarikh lahir Steve Jobs yang ke-62.

Bagi memberi penghormatan yang besar di atas tarikh kelahiran Steve dan apa yang telah dilakukan oleh beliau sehingga Apple menjadi sebuah syarikat yang memberi rangsangan yang besar dalam dunia teknologi, mereka menamakan Teater di Apple Park sebagai nama Steve Jobs Theater.

Ia akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Keluasan yang memuatkan 1000 tempat duduk dengan ketinggian 20 kaki tinggi silinder kaca , 165 diameter dan bumbung yang disokong dengan metallic carbon-fiber.

Suatu rekaan yang sungguh besar bagi sebuah teater.

Teater Steve Jobs ini terletak di atas bukit, salah satu tempat tertinggi di Apple Park.

“Visi Steve untuk Apple menjangkau lebih jauh dari masa yang diberikan dengan kami. Beliau berhasrat untuk mewujudkan Apple Park sebagai satu rumah inovasi untuk generasi akan datang” kata Tim Cook, CEO Apple.

“Ruang kerja yang menarik dan dihiasi dengan taman direka khas untuk memberi inspirasi kepada pasukan kami serta manfaat kepada alam sekitar.

Kami telah mewujudkan salah satu bangunan yang paling cekap dalam penggunaan tenaga  di dalam dunia dan kampus ini akan bergerak sepenuhnya mengunakan “Renewable Energy.”

Dengan mempunyai 17 Megawatt solat di atas bumbung, Apple Park akan kendalikan salah satu tempat yang terbesar membuat pemasangan tenaga solar di dunia.

Ia juga merupakan tapak bangunan pengudaraan semula jadi terbesar di dunia, dijangka tidak akan memerlukan alat pemanasan atau penghawa dingin selama 9 bulan dalam setahun.

“Steve melaburkan banyak masa dan tenaga beliau mencipta dan memberi sokongan kepada kewujudan persekitaran yang kreatif.

Kami telah berjumpa dengan  pihak seni reka, pihak jurutera untuk memastikan mereka dapat membuat kampus baru ini dengan penuh semangat dan memberikan hasil kerja mengikut reka bentuk prinsip yang sama mencirikan produk keluaran kami.” Kata Jony Ive, Ketua Pegawai Reka Bentuk Apple.

Kami juga sangat bertuah kerana dapat bekerjasama rapat selama beberapa tahun dengan syarikat seni bina yang luar biasa iaitu Foster + Partners.”

Ini merupakan hasil akhirnya apabila Apple Park siap sepenuhnya :

Pendapat anda?
Share: