Kakitangan-dot-com-team-photo

Kakitangan.com Melancarkan 2 Produk Terbaru Bagi Kemudahan PKS

Coastal Hectare Sdn. Bhd. menerusi jenamanya Kakitangan.com hari ini melancarkan dua produk baru yang bertujuan memperkemaskan proses kerja sumber manusia (HR) bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bagi sesiapa yang masih tidak mengenali siapa Kakitangan.com, baca disini,

Semuanya Mudah Dengan Kakitangan.com

Pada 6 Jun 2017 lalu, Kakitangan.comt telah melancarkan 2 produk terbaru mereka iaitu :

1. Claims And Reimbursement System

Ia membolehkan penghantaran dan kelulusan bagi tuntutan perbelanjaan dan pembayaran balik kepada pekerja dilaksanakan secara online.

Modul ini menjadi lebih mudah untuk pekerja yang mempunyai smartphone dimana mereka boleh menggunakan kamera telefon mereka untuk mengambil gambar resit yang ingin dibuat tuntutan dan selepas itu memuat naik kedalam sistem untuk memulakan proses tuntutan.

Pengurus akan diberitahu melalui email apabila adanya tuntutan baru yang dihantar, dan mereka boleh meninjau dan meluluskannya secara dalam talian hanya dengan menggunakan telefon pintar mereka. 

2. Premium HRIS

Produk ini membolehkan pengguna memuat naik dan memuat turun dokumen elektronik berkenaan HR dengan mudah serta untuk memudahkan pengurus HR mengawasi perubahan dalam maklumat profil pekerja.

Ia termasuklah polisi HR, buku panduan pekerja dan dokumen pekerja seperti salinan kad pengenalan dan sijil pelajaran. Di samping itu, modul Premium HRIS turut menyediakan jejak audit kepada HR syarikat di mana mereka boleh mengenal pasti apa-apa perubahan terhadap data pekerja.

Seperti profil mereka yang boleh menjejaskan “Potongan Cukai Bulanan” (PCB) mereka dan mengawasi perubahan gaji atau pangkat.

Kakitangan-dot-com-expense-claim-screenshot


Kedua-dua produk ini ditawarkan secara berasingan bagi sesiapa yang ingin mendapatkannya.

Dengan kemudahan teknologi yang disediakan oleh Kakitangan.com ini akan membantu PKS dalam pergantungan terhadap bahan percetakkan. Anda bayangkan berapa banyak kertas cetakan, dakwat dan sebagainya dapat dijimatkan.

Selain dari penjimatan, kita dapat lihat ia dapat menjimatkan masa dan memproses sesuatu tuntutan dan menguruskan dokumen HR dengan lebih cekap dan mesra pengguna kerana ia menyokong kepada penggunaan pelayar web pada smartphone atau tablet.

Kedua-dua produk ditawarkan secara berasingan (ala carte) dan dalam bentuk pakej gabungan yang menjimatkan beserta produk lain seperti senarai gaji.

Sokongan daripada pelanggan Kakitangan.com

Effon Khoo memberitahu “Sejak beberapa bulan yang lalu, beberapa PKS telah menguji versi beta sistem ini. Kami amat berterima kasih kerana dengan adanya maklum balas yang mereka kongsikan, kami dapat memperbaiki dan mempersiapkan sistem tersebut untuk pasaran hari ini.

Menguruskan tuntutan dan dokumen HR adalah dua cabaran yang sering dihadapi oleh PKS, kerana itulah kami menghasilkan produk baru untuk menanganinya secara terus. Misi kami adalah untuk membantu memodenkan PKS di Malaysia.”

“Kami telah mengeluarkan produk pertama kami pada Julai 2015 dan sejak itu kami telah menyediakan khidmat kami kepada 8,000 PKS di Malaysia.

Dengan produk baru ini, kami berasa optimistik untuk menarik lebih banyak PKS untuk memanfaatkan produk Kakitangan.com.

Kami memberikan kemudahan untuk mereka mengakses senarai gaji, tuntutan, insurans perubatan, dan maklumat pekerja yang bersepadu dan tersedia pada satu platform tunggal,” tambah Effon Khoo.

Claims and Reimbursement System dan Premium HRIS dari Kakitangan.com tersedia bermula 1 Jun 2017. Kedua-dua produk ini boleh didapati secara berasingan (ala carte) dan secara pakej gabungan yang menyertakan produk lain seperti senarai gaji dan permohonan cuti.

Bagi yang belum mengenali siapa Kakitangan.com anda boleh baca lebih lanjut disini,

Semuanya Mudah Dengan Kakitangan.com

Kakitangan.com juga menawarkan perkhidmatan Onsite Assistance yang boleh didapati oleh pelanggan sebagai tambahan kepada langganan mereka. Pelanggan yang berminat boleh menghubungi Kakitangan.com melalui email di support@kakitangan.com.

Umum

Leave a Reply