Kerjaya

8 Jenis Gambar Yang Perlu Dielakkan Di Profil LinkedIn Anda

jenis-gambar-yang-perlu-dielakkan-di-profil-linkedin

Ini 8 jenis gambar yang perlu dielakan di profil LinkedIn anda.

Bagi yang memiliki kerjaya profesional, anda perlu memastikan profil linked in anda pada tahap yang bagus dan gambar adalah perkara penting yang wajib anda tahu jaganya. 

LinkedIn tidak akan mempamerkan gambar anda jika anda meletakkan gambar yang tidak profesional.

Sekiranya anda memuat turun gambar untuk profil anda yang tidak menepati syarat, contohnya yang tidak menampakkan bahagian muka, LinkedIn berhak untuk tidak mempamerkannya.

Sekiranya anda membuat perkara ini lebih dari tiga kali, pihak LinkedIn sendiri akan terus memblok akaun anda. Ini memang betul betul terjadi.

Apa yang dapat dilihat, LinkedIn tidak begitu mengesyorkan gambar profil yang tidak sopan. Contoh gambar tersebut ialah seperti gambar selfie,yang tak berkualiti serta membuat pose yang pelik.

Untuk gambar gambar yang sebegitu, ia boleh diterima untuk aplikasi seperti Instagram, Tinder atau Facebook.

Sebenarnya ada lebih kurang 39 juta pelajar dan kebanyakan pelajar yang baru lepas graduate yang sudah sertai LinkedIn.

Terdapat seramai 313 juta orang yang merupakan pekerja professional untuk anda buat networking, terutamanya dengan rakan sekerja yang masih ada ataupun yang dah lepas.

Perlantikan pengurus, klien dan pelabur yang berpotensi serta mana mana pihak yang berkaitan dengan business.

Maksudnya, sasaran anda perlu tepat dan betul. Atau dalam kata lain, selamat.

Jadilah tarikan untuk audience yang akan melihat profil anda. Ia mungkin bakal menjadi majikan anda seterusnya.

Ini 8 Jenis Gambar Yang Perlu Dielakkan Untuk Profil LinkedIn Anda

1. Selfie di hadapan cermin

Jangan buat macamni, gambar anda dari atas hingga ke bawah di hadapan cermin bilik air ialah selfie untuk Facebook sahaja.

Ini akan membuatkan anda nampak sangat amatur dan tidak matang dalam LinkedIn, tak kiralah kalau anda memakai baju jenama Hugo Boss atau apa apa pun yang anda rasa hebat.

Dan sekarang anda dah tahu yang gambar sebegitu terlalu santai untuk LinkedIn #wrongplatform

2. Filter Yang Melampau Dan Pelik

Ambillah filter yang biasa sahaja. Kalau boleh tak perlu gunakan apa apa filter pun, sekiranya untuk LinkedIn.

Bakal majikan dan klien anda ingin melihat wajah anda yang sebenar, bukannya kerana filter.

3. Gambar Yang Menunjukkan Anda Tertekan

Jangan sesekali muat turun gambar profil anda dengan menunjukkan muka anda yang anda sedang tertekan atau emosional.

Lebih baik untuk anda muat turun gambar yang menunjukkan anda gembira dan senyum (bukannya seperti anda gembira lepas menang cabutan bertuah).

Apa yang anda perlukan cumalah senyuman untuk pesaing anda untuk menampakkan anda yakin dan bersemangat kuat. Itu yang penting.

Boleh juga cuba gambar dengan senyuman yang biasa anda buat dan yang anda selesa supaya anda kelihatan lebih senang untuk didekati dan dipercayai, mana tahu majikan atau klien yang berpotensi akan lebih mudah untuk bagi awak peluang.

Terdapat kata kata yang dipetik dari sebuah majalah Psychology Today yang mengatakan

“Ada sesuatu dalam setiap senyuman.”

Perkara ini telah pun diuji dan terbukti benar. Ambillah peluang.

4. Gambar Yang Blur

Anda juga boleh edit gambar anda dengan menggunakan ‘Sharpening’ di Photoshop.

Sekiranya gambar yang anda ambil tak bagus atau tak jelas, lebih disarankan untuk tukar sahaja dengan gambar yang lebih baik.

Cuma pastikan ianya gambar berfokus, ini semua hanya benda asas sahaja.

5. Gambar Penuh (Full Body Action)

Anda tidak perlu meletakkan gambar penuh dari kepala hingga ke kaki, cukup sekadar seperti anda meletakkan gambar seperti mana gambar passpoort anda. Bahagian dada dan keatas.

Dan elakkan juga gambar yang mempamerkan profil yang tidak senonoh, dengan berpakaian tshirt dan seluar ketat.

Gambar tersebut nampak seperti ahli gusti yang ingin masuk ke gelanggang. Gambar macam ini dilarang sama sekali.

Kekalkan sahaja dengan gambar seperti passport anda ok? Lebih sopan dan cantik. Gambar penuh anda, tak kiralah anda pose atau tidak, diibaratkan sangat tak profesional.

6. Gambar Bersama Haiwan

Ini ada sedikit peringatan untuk anda: jangan sesekali muat turun gambar anda dengan haiwan peliharaan anda, melainkan anda seorang veterinar.

Tak kiralah macam mana anda suka dan sayang haiwan anda, LinkedIn bukanlah tempat yang sesuai. Cuma gambar anda yang penting. Ya anda.

7. Gambar Separuh Badan/Muka

Anda merupakan seorang manusia. Fikirlah sebaiknya sebelum memuat turun gambar profil LinkedIn anda.

Jangan sesekali crop bahagian muka anda untuk gambar profil tersebut. Pastikan muka anda penuh di dalam gambar tersebut.

Ini akan menujukkan bahawa anda seorang yang serius dan sebahagian dari pengguna LinkedIn yang profesional.

8. Gambar Tanpa Muka/Gambar Bayang-Bayang

Gambar seperti ini membuatkan orang tersebut nampak pelik dan kurang keyakinan dalam diri mereka sendiri kerana mereka bersembunyi disebalik nama mereka.

Anda akan rugi kerana tidak meletakkan gambar anda. LinkedIn sendiri pernah mengatakan bahawa sekiranya anda meletakkan gambar anda sendiri, pengguna lain akan 7 kali lebih tertarik dengan profil anda.

Jadi tak perlulah gunakan gambar default LinkedIn (bayang bayang shj) sebagai gambar profil anda.

Okay dah tahu kan macam mana nak letakkan gambar di dalam profil linkedin anda? Kalau dah tahu dan dapati ada kesilapan seperti di atas. Cepat-cepat tukar dengan segera.

Semoga tips 8 jenis gambar yang perlu dielakkan untuk profil LinkedIn anda ini mampu membantu anda menjadikan profil anda kelihatan lebih profesional.

Pendapat anda?
Share: