Umum

Jenazah Adib Selamat Dikebumi Lepas Zohor Di Kuala Kedah

Malam tadi, negara dikejutkan dengan berita sedih tentang pemergian anggota bomba yang kritikal akibat insiden rusuhan kuil Maha Mariamman, Seafield di USJ 25 pada malam 26 November lalu. Setelah hampir 20 hari bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN) akhirnya Muhammad Adib pergi meninggalkan kita pada jam 9.41 malam tadi.

Perubahan Positif Beberapa Hari Sebelum Dia ‘Pergi’

Semasa dirawat di IJN, Adib ada menunjukkan tanda positif, kesihatan beliau mulai stabil dan mampu untuk senyum malah menunjukkan simbol thumbs up kepada media yang datang melawat. Bahagian paru-paru kiri Adib turut menunjukkan perkembangan positif namun masih memerlukan bantuan oksigen.

Malah jantung beliau dapat berfungsi sendiri sejak menggunakan sistem Veno-Venous ECMO menurut kenyataan dari Institut Jantung Negara (IJN). Ketika itu, beliau masih perlu menjalani rawatan dialisis, rehabilitasi paru-paru dan senaman anggota badan bersama pegawai fisioterapi IJN.

Kenangan : Allahyarham Muhammad Adib Sempat Menunjukkan Thumbs Up Ketika Ditemui Pihak Media ( Via : Utusan)

Sewaktu berada di IJN, Adib sentiasa dikunjungi oleh keluarga, saudara, rakan-rakan, pihak media, bekas pemimpin mahupun para pemimpin negara yang khuatir akan perkembangan beliau.

Najb Razak Serta Isteri Melawat Adib Di IJN

Jenazah Allahyarham Diterbangkan  Helikopter Pulang Ke Kampung Halaman

Dalam kurang lebih jam 8 pagi, jenazah Adib dibawa ke Pangkalan Udara Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang untuk diberikan penghormatan terakhir. Allahyarham diterbangkan ke SK Tebengau untuk dikebumikan di sana. Anak muda yang berusia 24 tahun itu berasal dari Kampung Tebengau, Kuala Kedah, Alor Setar.

Jenazah Adib Yang Diarak Serta Diberi Penghormatan Terakhir Di Pangkalan Udara PBPM (Via : Sinar Harian)

Perdana Menteri & Isteri Turut Hadir Ke Pangkalan Udara PBPM (Via : Sinar Harian)

Helikopter MI-17 yang membawa jenazah Allahyarham Muhammad Adib Moh Kassim ke Kampung Tebangau, Kuala Kedah (Via : Malaysia Gezeete)

Jenazah Muhamad Adib ditemani oleh ibu bapa dan tunangnya, Nur Hanani pulang ke Kuala Kedah setelah dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah Disambut : Selamat Sampai Ke Kampung Tebengau

Allahyarham selamat tiba ke padang Sekolah Kebangsaan Kampung Tebengau dan disambut hampir 1000 orang penduduk sekitar termasuklah anggota bomba dan pegawai beruniform. Jenazah diuruskan dan diusung mengikut istiadat kebombaan.

Sebagai penghormatan terakhir, seramai 200 orang anggota bomba dan pegawai dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mengiringi jenazah sehingga ke rumah ibu bapanya di Kampung Tebengau Tepi Laut.

Sementara itu, perkarangan rumah ibu bapa Allahyarham makin sesak dipenuhi dengan sanak saudara, jiran tetangga, media, polis mahupun pihak bomba yang bersedia untuk menyambut jenazah yang bakal tiba.

Van Bomba & Pneyelamat Malaysia Yang Membawa Jenazah Adib

Jenazah Adib dibawa ke rumah menaiki van pasukan Bomba & Penyelamat Malaysia dari padang SK Tebengau ke rumah ibu bapanya. Jenzah kemudiannya diusung keluar dari van oleh anggota bomba dan dibawa masuk ke rumah.

Jenazah Wira Selamat Dikebumikan

Selepas Zohor tadi, jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau. Muhammad Adib telah kembali kepada Maha Pencipta. Hakikat kematian ini adalah satu keyakinan yang tersemat di dada setiap Muslim.

Via : Berita Harian

Via : Berita Harian

Terkorbannya seorang wira demi negaranya. Semoga Allah menerima segala amal al Marhum dan menempatkan Allahyarham bersama golongan Solihin, Siddiqin dan Amilin.

Pendapat anda?
Share: