Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Untuk Store Manager [Gaji Sehingga RM10 000]

jawatan-kosong-store-manager-1-01

Bandoru merupakan sebuah butik pakaian preloved  terbesar pertama di Malaysia. Walaupun ia merupakan barangan preloved, tetapi mereka mampu memberikan nafas yang baru kepada butik ini menjadikan ia sebaris dengan butik-butik pakaian ternama di Malaysia seperti Uniqlo dan H&M

Antara barangan yang ada dimasukkan di Butik Bandoru termasuklah jenama-jenama besar seperti Champion, Zara, Uniqlo, Vans, Converse, Adidas, Nike, Levi’s, Ralph Lauren, Louis Vuitton dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu sahaja, Bandoru juga menawarkan pelbagai jenis barangan yang lain seperti baju,kasut,aksesori, topi dan barangan kanak-kanak dari pelbagai jenama antarabangsa.

Sekarang mereka sedang mencari individu yang berminat dan berkelayakan untuk sertai pasukan mereka untuk membawa jenama Bandoru ke seluruh Malaysia!

Jawatan Kosong Store Manager

Misi : Membantu syarikat untuk mencapai & menaikkan jualan mengikut jangkaan yang telah ditetapkan. Ia termasuklah dengan menjaga nama jenama dan mampu memastikan pengurusan operasi mengikut kepada aturan piawaian dengan kualiti perkhidmatan yang sangat baik terhadap pelanggan.

Gaji : RM2,500 Sehingga RM10,000 (Termasuk komisyen)

Kompetensi

  • Seseorang yang mempunyai sifat kepimpinan dengan mampu meletakkan matlamat, membuat keputusan, sikap yang baik, integriti dan berpengetahuan dalam industri retail.
  • Mahir dalam membuat perancangan, menguruskan, mengawasi dan menganalisa hasil keputusan/KPI
  • Mahir dalam mengetahui sesuatu produk, kemahiran dalam memberi nasihat dan melatih ahli pasukan yang lain
  • Mampu mengurus pengurusan harian mengikut SOP yang telah ditetapkan
  • Disiplin, jujur, menepati masa, bertanggungjawab dan patuh pada polisi syarikat
  • Kreatif di dalam pengurusan stok dan paparan di dalam butik.

Kelayakan

  • Mempunyai pengalaman 3-5 tahun dalam bahagian retail.
  • Kamahiran komunikasi yang tinggi.
  • Mampu untuk bekerja dengan masa yang flexible (Hari Minggu & Cuti Umum)
  • Seorang yang multi-tasker.

Anda merupakan seseorang yang layak untuk memikul jawatan di atas? Jangan segan dan silu untuk menghantar resume anda disini :

Lokasi : 

Bandoru Store (Shahalam/Keramat)

Hantar permohonan anda di :

[email protected]

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon