Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Untuk Kemahiran Seni Pertukangan Kayu (Melebihi RM2,000+)

Jawatan kosong terbuka untuk menjadi salah seorang ahli ZVW + 4inci3hun.

Sebuah syarikat yang semakin meningkat naik dalam seni menghasilkan pertukangan kayu, reka bentuk hiasan dalaman, custom furniture dan pallet. Pengasas kepada syarikat ini adalah gandingan hebat dua beradik iaitu Zulkefli Ali dan Khairul Ali.

Klik sini untuk lihat suasana kerja mereka.

Mereka  sedang membangunkan konsep dan hiasan dalaman untuk projek yang lebih besar. Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada team yang hebat di dalam syarikat ini, mereka sedang mencari seseorang yang boleh isi kekosongan jawatan seperti di bawah :

Ketua Tukang

Gaji  Pokok : RM2,000
(Belum termasuk Elaun dan komisen)

Job Description

  • Memastikan rekod lengkap berkaitan bahan alat dan pengurusan kerja
  • Memastikan tugas lengkap mengikut waktu yang ditetapkan
  • Mahir dan mempunyai pengetahuan dalam penggunaan alat, prosedur keselamatan dan penjagaan alat
  • Pengetahuan dan pengalaman dalam menentukan teknik atau alat untuk menyelesaikan projek
  • Kemahiran merancang, menyelia, memeriksa kerja dan bekerjsama dengan ahli yang lain
  • Kemahiran dalam pengukuran,pemotongan,kimpalan,memasang, membaik pulih dan menentukan bahan atau alat untuk dipakai
  • Mempunyai minat dalam sesi “custom”

Penolong Ketua Tukang

Gaji Pokok : RM1,500
(Belum termasuk Elaun dan komisen)


Job Description

  • Memastikan kerja yang telah ditetapkan siap mengikut jadual.
  • Membantu dalam penggunaan alat, prosedur keselamatan dan penjagaan alat
  • Membantu dalam menentukan teknik atau alat untuk menyelesaikan projek
  • Menyiapkan projek yang telah ditetapkan mengikut spesifikasi yang betul
  • Kemahiran dalam pengukuran,pemotongan,kimpalan dan memasang,
  • Yang tidak mempunyai pengalaman turut dialu-alukan (Jika mempunyai minat)

Latihan Industri/Internship

Elaun disediakan

Job Description

  • Membantu dalam kerja-kerja menyiapkan projek
  • Bertanggungjawab dalam penyimpanan dan penjagaan alatan kerja
  • Rajin dan minat untuk belajar seni pertukangan
  • Mampu bekerja dengan pengawasan minima
  • Berani untuk menerima tanggungjawab menyiapkan projek yang diberi

KEMASUKAN SEGERA !

Anda salah seorang yang mahu menjadi ahli ZVW + 4iINCI 3HUN ?

Lokasi Pekerjaan : Ampang, Kuala Lumpur

Hantar resume anda disini : [email protected]

 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon