Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Promoter Bandoru [Gaji Mencecah RM2000]

jawatan-kosong-bandoru

Bandoru merupakan sebuah butik pakaian preloved terbesar pertama di Malaysia. Walaupun ia merupakan barangan preloved, anda boleh lihat bagaimana Bandoru  mengetengahkan jenama mereka ke satu tahap yang lain sebaris dengan nama-nama butik besar seperti Uniqlo dan H&M.

Disini anda akan melihat banyak barangan preloved seperti Champion, Zara, Uniqlo, Vans, Converse, Adidas, Nike, Levi’s, Ralph Lauren, Louis Vuitton dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu sahaja, Bandoru juga menawarkan pelbagai jenis barangan yang lain seperti baju, kasut, aksesori, topi dan barangan kanak-kanak dari pelbagai jenama antarabangsa.

Sekarang mereka sedang mencari individu yang berminat untuk sertai pasukan mereka untuk bersama-sama membawa nama Bandoru ke Seluruh Malaysia.

1) Jawatan Kosong Promoter

Misi : Mampu bekerjasama untuk membantu pasukan jualan untuk memastikan KPI jualan setiap bulan mampu dicapai.

Gaji : Gaji Pokok RM 1,200 (Tidak termasuk komisen)

*Komisen bergantung kepada jualan bulanan. Komisen yang biasa diterima oleh promoter bandoru boleh mencecah sehingga RM 2000 (Komisen + gaji)

Kompetensi

  • Memastikan setiap produk yang dipaparkan di kedai berada dalam keadaan yang baik, dan boleh bekerjasama dalam pasukan.
  • Memastikan kebersihan di setiap “department area” mengikut piawaian kebersihan yang telah digariskan.
  • Mahir dalam memberikan khidmat kepada pelanggan, menepati masa, disiplin dan kerja kuat.
  • Bersemangat untuk belajar perkara yang baru dan mahu mengembangkan karier dengan lebih baik.

Kelayakan

  • Mempunyai pengalaman dalam bahagian retail adalah bonus.
  • Graduan baru dialu-alukan.
  • Kamahiran komunikasi yang tinggi.
  • Mampu untuk bekerja dengan masa yang flexible (Hari Minggu & Cuti Umum)
  • Seorang yang multi-tasker.
  • Tiada masalah dalam pertukaran outlet store.

Anda merupakan seseorang yang layak untuk memikul salah satu jawatan di atas?

Terus hantar resume anda disini :

Lokasi Temuduga : 

Ampang

Hantar permohonan anda di :

[email protected]

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon