Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Pereka Grafik (Gaji Sehingga RM2,500)

jawatan-kosong-grafic-designer

“Jika anda di luar sana ingin menjadi seorang pereka grafik yang hebat, anda kena bermula untuk melakukan sesuatu harini. Sama ada anda belajar sesuatu perkara yang baru, berani mencuba pelbagai jenis projek atau berani untuk mendapatkan maklum balas dan kritikan daripada orang yang pengalaman. Jika anda suka kan cabaran, mari sertai team kami untuk menjadi lebih baik bersama!”  – Akmal, Head Designer Kraffix

Kraffix merupakan sebuah startup yang membuat servis konsultan dimana mereka menyediakan khidmat nasihat dan servis reka bentuk grafik. Kepakaran syarikat mereka adalah dalam membawa sesebuah reka bentuk grafik yang sangat menjaga dalam sektor branding, website, marketing dan UI design.

KRAFFIX PORTFOLIO-01 KRAFFIX PORTFOLIO-02 KRAFFIX PORTFOLIO-04

Sekarang ini mereka sedang mencari 2 orang designer yang mempunyai kepakaran dan minat yang dalam di dalam sektor yang mereka sedang jaga buat masa sekarang ini.

JAWATAN KOSONG PEREKA GRAFIK

Kelayakan (Wajib Baca)

  • Minimum Diploma atau mempunyai pengalaman yang setaraf di dalam rekaan grafik & pemasaran
  • Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam rekaan grafik atau pengalaman dalam bidang yang berkaitan.
  • Graduan baharu dialu-alukan untuk memohon.
  • Mahir (bukan newbie) dalam menggunakan Adobe Illustrator, Photoshop.
  • Mempunyai idea kreatif yang hebat
  • Boleh menghasilkan design-design seperti contoh portfolio di atas
  • Boleh bercakap & menulis dalam Bahasa Melayu & Inggeris.
  • Boleh berkomunikasi dengan baik & mempunyai etika kerja yang bagus
  • Mampu untuk bekerja secara sendirian dan bersama kumpulan
  • Boleh bekerja lebih masa, kerana syarikat ini perlukan individu yang mampu berikan 110% komitmen terhadap syarikat
  • BONUS jika anda ada kemahiran dalam membuat konten.

Tanggungjawab (Wajib Baca)

  • Bertanggungjawab untuk mewujudkan komunikasi visual “below-the-line” seperti identiti korporat, profil korporat, risalah, pembungkusan, poster, papan tanda dan apa sahaja yang berkaitan melibatkan bahan untuk membuat jualan.
  • Bertanggungjawab untuk mewujudkan visual “above-the-line” seperti papan iklan, grafik untuk pengeluaran video, majalah & iklan akhbar reka bentuk kreatif.
  • Pengetahuan asas untuk pembangunan grafik website seperti reka bentuk UI, reka bentuk laman web, posting media sosial.
  • Mampu melaksanakan tugas berdasarkan masa yang ditetapkan

Kelayakan Tambahan (Wajib Baca)

  • Berminat untuk belajar teknik dan kemahiran yang baru
  • Berani untuk mengambil & mengetuai projek dan sentiasa minat untuk melakukannya
  • Bijak mengurus tugas yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan
  • Suka melatakkan matlamat di setiap cabaran yang telah anda dapat
  • Seorang yang sentiasa fokus terhadap kerja yang diberikan
  • Tidak gentar dengan mendengar maklum balas dan kritikan reka bentuk yang telah dibuat

Anda perlu baca kelayakan ini sehabis baik dan fahami apa kriteria yang mereka kehendaki. Jika anda bukan yang mereka cari, jangan sesekali menghantar resume kepada pihak kami. Mereka memerlukan pasukan yang kuat untuk berkembang.

“Jangan kata kami organisasi yang cerewet, kami perlukan talent yang mempunyai passion yang tinggi dengan syarikat ini kerana projek yang sedang kami bangunkan sekarang ini merupakan satu projek yang akan kearah E-Commerce, ia perlukan komitmen anda 120% untuk ini. Anda mahu jadi sebahagian daripada designer yang mampu mencipta sejarah di Malaysia? Inilah tempat untuk anda.” – Wafa, UI Designer

Pembangunan sebuah syarikat startup memang penuh dengan cabaran dan banyak perkara baru yang akan menanti anda. Jika anda mahukan “career growth” yang baik dan merupakan individu yang mereka cari, hantarkan resume anda kepada pihak kami dengan segera.

Ini sedikit maklumat untuk anda :

Gaji :

RM1800 – RM2500

Lokasi (Ampang, KL) : 

M City, Tower 1 Level 19 No 20, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Hantar permohonan anda disini :

[email protected]

Pendapat anda?