Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Human Resource Executive (Gaji sehingga RM4000)

Jika anda pernah teringin untuk mengetahui bagaimana syarikat atau perniagaan di Malaysia dan dunia melakukan kempen pemasaran ataupun penjenamaan, di sini lah tempatnya. Tams Idea (M) Sdn Bhd adalah Agensi Kreatif yang menawarkan servis konsultan untuk digital marketing, branding dan creative advertising. 

Syarikat ini telah menjayakan banyak kempen pemasaran untuk syarikat besar mahupun perniagaan kecil dan mereka sedang berkembang dengan pesat! Anda boleh lihat antara hasil kerja mereka di sini 

Syarikat ini sedang mencari bakat yang boleh mengisi kekosongan jawatan Human Resource Executive 

Kelayakan 

  • Calon memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam Pengurusan Sumber Manusia
  • Memiliki sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang yang sama ataupun berkaitan
  • Mahir dalam selok belok ‘Employment Act’ dan ‘HR legislations’
  • Mahir dalam penggunaan ‘software’ yang berkaitan
  • Bermotivasi tinggi dan mampu bekerja dengan pengawasan minima
  • Mampu berkomunikasi dengan baik

Tanggungjawab 

  • Bertanggungjawab dalam membuat transaksi pembayaran gaji pekerja yang tepat mengikut masa yang ditetapkan
  • Kemaskini dan simpan rekod pekerja mengikut prosedur dan undang undang
  • Melaksanakan tugasan ‘adhoc’ apabila diperlukan
  • Menyimpan rekod kenderaan dari segi penggunaan, pemeriksaan dan dokumen wajib
  • Merekod kehadiran pekerja
  • Kemaskini permohonan cuti dan rekod kehadiran lewat
  • Merekod penggunaan kelengkapan pejabat
  • Menyusun sistem yang baik untuk perekodan, dokumentasi dan sistem failing

 

Gaji

RM2500 – RM4000

Lokasi : 

M City, Tower 1 Level 19 No 20, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Hantar permohonan anda di

[email protected]

 

Pendapat anda?