Jawatan Kosong

Jawatan Kosong Accounts Assistant Cum Admin

Jawatan-kosong-accountants-cum-admin

Tams Idea (M) Sdn Bhd adalah Agensi Kreatif yang menawarkan servis konsultan untuk digital marketing, branding dan creative advertising. 

Mereka membawa misi untuk membantu para usahawan khususnya di Malaysia untuk mempromosikan produk mereka kepada pasaran yang lebih luas dan besar dengan mewujudkan elemen-elemen kreatif di dalam melakukan pemasaran.

Anda merupakan seseorang yang suka akan cabaran, minat untuk menceburi dalam suasana sebuah syarikat Agensi Kreatif 

Disini mereka sedang mencari seorang individu yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan “Accounts Assistant Cum Admin” untuk membantu syarikat dalam hal-hal pengurusan akaun dan admin.

Salah satu tambah nilai yang besar di dalam “Career Growth” anda disini adalah anda dapat mengetahui dan belajar bagaimana sesebuah syarikat atau perniagaan di Malaysia dan dunia melakukan kempen pemasaran ataupun penjenamaan mereka dengan pelbagai teknik dan cara yang sangat kreatif.

Syarikat ini telah menjayakan banyak kempen pemasaran untuk syarikat besar mahupun perniagaan kecil dan mereka sedang berkembang dengan pesat! Anda boleh lihat antara hasil kerja mereka di sini 

Tams Idea Sdn Bhd

Jawatan Kosong Accounts Assistant Cum Admin

Kelayakan :

– Lelaki / Perempuan
– Minimum SPM dan Diploma Perakaunan
– Mahir mengendalikan Microsoft Word, Microsoft Excel, Myob
– Mempunyai lesen kenderaan D (wajib) dan B2
– Boleh menerima arahan daripada pihak pengurusan
– Boleh bekerja lebih masa dan bertugas di luar kawasan

Tanggungjawab :

– Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan

– Boleh menerima tugas daripada ketua jabatan
– Membuat kerja-kerja akaun, am pejabat dan pengkeranian
– Membuat semakan bil & menyediakan cek untuk bayaran
– Membantu kemasukan data akaun dan penyusunan dokumen
– Menyediakan surat dan dokumen yang diperlukan
– Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan
– Melakukan kerja-kerja pengkeranian telefon, menaip, fotostat, emel dan scan dokumen
– Pembantu Pentadbiran / Akaun
– Fasih berbahasa Melayu dan memahami bahasa Inggeris.
– Rajin, jujur dan amanah dalam melaksanakan kerja.
– Boleh bekerja dalam pengawasan minimum.
– Pernah menjalani latihan praktikal di firma audit atau akaun adalah bonus

Gaji :

RM 1600-RM 2300

Lokasi : 

M City, Tower 1 Level 19 No 20, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Hantar permohonan anda di :

[email protected]

Pendapat anda?