Kerjaya

3 Jawapan Tambahan Terbaik Untuk Setiap Soalan Temuduga

Anda pasti sudah ketahui jawapan kebiasaan yang anda akan jawab apabila ditanya soalan oleh penemuduga, tapi apakah jawapan tambahan terbaik untuk setiap soalan temuduga yang diberikan?

Tahukah anda di sebalik soalan-soalan yang sering ditanya oleh penemuduga walaupun soalan itu hanya kedengaran biasa dan umum, mereka mengharapkan jawapan yang mampu meyakinkan mereka untuk menerima anda sebagai pekerja.

Ini kerana mereka sudah terlalu lali dengan jawapan-jawapan biasa yang rata-ratanya memberikan jawapan yang lebih kurang sama pada mereka.

Penemuduga akan lebih berminat dan tertarik dengan anda jika anda memberikan respon yang baik terhadap soalan mereka.

Ini Di Antara Jawapan Tambahan Terbaik Untuk Setiap Soalan Temuduga

1. Soalan: Ceritakan Serba Sedikit Kemahiran Yang Anda Miliki

Setiap kali soalan berkenaan kemahiran diri anda diajukan oleh penemuduga, anda kena cuba faham maksud yang tersirat di sebalik soalan-soalan ini. 

Penemuduga cuba mengetahui apakah kemahiran yang anda perolehi dan apakah manfaat yang dapat anda berikan kepada syarikat mereka di masa akan datang.

Jadi, apakah jawapan tambahan terbaik untuk soalan yang diberikan? Ayat tambahan seperti ini mungkin dapat membantu anda untuk menjawab dengan lebih baik.

“… and that’s why I’m actually so excited about this position. I think it’ll be a great opportunity for me to use my knack for detail-oriented work.”

Atau ayat seperti dibawah juga boleh digunakan sebagai ayat tambahan.

“…and that’s in fact what drew me to apply for this position. The chance to contribute to a company that values transparency.”

Jawapan tambahan seperti di atas sedikit sebanyak akan menarik minat penemuduga untuk meneruskan sesi temuduga sehingga sesi temuduga anda tamat. 

2. Simpulkan Jawapan Anda

Jangan terlalu kerap libatkan jawatan yang anda mohon atau mengenai syarikat tersebut dalam jawapan anda. Anda akan membuatkan penemuduga bosan dan tidak tertarik untuk mendengar jawapan anda yang seterusnya. 

Untuk mengelakkan anda dari memanjang-manjangkan jawapan sehingga ianya kedengaran seperti anda hanya mengulangi jawapan yang sama setiap masa, cuba anda simpulkan jawapan anda. Jawapan yang ringkas tapi padat dengan isi sudah memadai untuk dijelaskan kepada si penemuduga. 

Ayat di bawah mungkin dapat membantu anda di pengakhiran jawapan yang anda simpulkan tadi.

“So, in general, you could say I take a very lead-by-example approach to leadership,”

Atau anda boleh juga gunakan ayat seperti di bawah ini.

“Going back to the original question, I do make every effort to learn about and see the issue from the other person’s point of view before taking any action when faced with a conflict.”

3. Tanya Soalan Anda Sendiri

Jangan biarkan sesi temuduga anda berakhir dengan begitu saja. Manfaatkan peluang yang ada untuk bertanya soalan-soalan yang anda mahu tahu kepada orang yang menemuduga anda.

Menyuarakan soalan secara tidak lansung memberitahu si penemuduga yang anda benar-benar memberi tumpuan sepanjang sesi temuduga berlansung. Perkara ini juga dapat mengurangkan rasa tegangan di bilik temuduga anda.

So, jika anda ingin bertanya berkenaan jawatan yang anda mohon, ceritakan kepada mereka bagaimana tentang kemampuan anda dalam melakukan kerja-kerja tersebut. Berikan beberapa contoh kemahiran yang anda boleh lakukan.

Sebagai penutup kepada soalan tadi, anda boleh akhiri dengan ayat seperti di bawah ini supaya soalan yang anda ajukan lebih menarik perhatian mereka.

“As I said before, working on teams really helps me be more productive and creative. Actually, while we’re on the topic, can you tell me a bit more about how the team operates here?”

Admin harap apa yang admin cuba sampaikan di atas dapat difahami dengan jelas. Jangan takut untuk memberi jawapan yang di luar kotak pada hari temuduga anda nanti. Tapi jangan sampai jawapan anda tu tersasar dari maksud yang sebenar sudah lah ya. Semoga artikel 3 Jawapan Tambahan Terbaik Untuk Setiap Soalan Temuduga ini dapat membantu anda nanti. Selamat maju jaya!

Sumber : themuse.com

Pendapat anda?
Share: