Kerjaya

Tolak Tawaran Pekerjaan Tersebut Jika Anda Lihat 5 Petanda Ini

tolak tawaran pekerjaan

Apabila kita menerima sesuatu tawaran pekerjaan, pada permulaanya ia sebenarnya satu perasaan yang seronok. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu sudah lama di dalam pencarian pekerjaan.

Tapi pernah tak anda rasa ragu-ragu untuk menerima sesuatu pekerjaan tersebut?

Yang paling anda kena berhati-hati adalah apabila sekarang ini anda sudah bekerja dan mahu bertukar tempat kerja.

Kerana anda sedang meletakkan risiko sama ada di tempat baru tersebut akan memberikan anda suasana baru yang menyenangkan atau sebaliknya.

Perhatikan Bagaimana Pengambilan Pekerjaan Dilakukan

Untuk permulaan, perhatian anda kepada syarikat tersebut adalah dengan melihat bagaimana organisasi tersebut mengendalikan sesi pengambilan pekerja.

Jika anda melihat ketika sesi proses pengambilan itu memberikan mesej seperti,

“Aku tak kisah siapa kau, kalau kau tanak jawatan ini ramai lagi yang boleh isi”.

Jika anda melihat suasana dan mesej yang diberikan seperti ini, tolak tawaran pekerjaan tersebut melainkan anda memerlukan wang untuk membayar bil bulan hadapan. Jika anda masih bekerja, teruskan dengan pekerjaan anda sekarang.

Masalah di dalam mengambil pekerjaan secara terdesak ini adalah pekerjaan tersebut kemungkinan besar akan mematikan bakat sebenar anda, keyakinan diri dan membuatkan anda seperti kehilangan diri anda sendiri.

Sebab itu menerima tawaran pekerjaan yang salah boleh menjadi lebih teruk berbanding anda menganggur selama 2 bulan.

Ini ada 5 petanda untuk anda tidak menerima sesuatu tawaran pekerjaan tersebut :

1. Tiada Orang Senyum

Jika anda melalui sesi temuduga, pastikan anda melihat atau melawat fasiliti mereka, lihat bagaimana keadaan orang sekeliling. Adakah mereka dalam keadaan gembira atau tiada seorang pun yang memberikan anda senyuman.

Jika dikalangan mereka anda melihat dalam keadaan marah atau tegang, anda juga mungkin akan menjadi salah seorang seperti mereka jika anda bekerja disana.

2. Bakal Majikan Anda Orang Yang Tidak Boleh Dipercayai

Perkara-perkara ini melibatkan perasaan diri anda sendiri dimana anda merasakan bakal majikan anda ada sesuatu perkara yang disembunyikan dan tidak boleh dipercayai, anda perlu tolak tawaran pekerjaan ini.

Bakal majikan anda adalah orang yang paling penting jika anda menerima tawaran pekerjaan tersebut kerana anda akan selalu berjumpa dan memberikan laporan kerja kepada beliau.

Jika dari awal anda merasakan dia tidak boleh dipercayai, anda akan menghadapi situasi yang lebih sukar selepas itu apabila meneruskan pekerjaan.

3. Job Description Diberitahu Berbeza Dengan Iklan

Jika iklan jawatan yang ditawarkan sebagai akauntan. Tetapi apabila sesi temuduga mereka menerangkan tugasan anda sebagai seorang kerani contohnya.

Anda kena bertanya semula kenapa jawatan yang diiklankan tidak sama dengan peranan yang mereka nyatakan semasa sesi temuduga.

Jika anda melihat ada kekeliruan yang tidak dapat dijelaskan, langkah terbaik adalah untuk anda menolak tawaran tersebut jika anda dipanggil untuk bekerja.

4. Lihat Handbook Pekerja

Jika anda membaca dan melihat seperti peraturan-peraturan nya tidak munasabah seperti 5 minit lambat anda akan ditolak gaji, rehat hanya dibenarkan 30minit dan sebagainya, elakkan daripada bekerja di tempat sebegitu.

Sesetengah syarikat ada polisi yang tidak munasabah, perlu untuk anda ketahui dahulu sebelum anda menerima mana-mana tawaran sesuatu pekerjaan.

5. Mereka Melayan Anda Secara Tidak Profesional

Benda ini boleh lihat dari awal lagi seperti dari mula mereka membuat panggilan untuk hadir, semasa dan selepas  temuduga.

Jika mereka melayan anda seperti mahu tak mahu, banyak perkara yang tidak jelas dan sembunyi tanpa mendapat jawapan apa-apa. Jangan bekerja di tempat tersebut,

“Kerana anda layak bekerja di tempat yang lebih baik dari itu!”

Ya memang ramai akan memberikan respon, di dalam dunia yang penuh cabaran dalam pencarian kerja, kita tidak boleh menolak sesuatu tawaran itu sesuka hati!

Tetapi  seperti yang dikatakan tadi, ia adalah lebih baik jika anda mendapat terus pekerjaan yang benar-benar sesuai dengan anda daripada anda tersalah pilih pekerjaan.

Itu lebih sakit daripada perasaan anda menganggur!

Ia bukan sahaja menentukan masa hadapan anda dalam dunia kerjaya tetapi melibatkan keseluruhan diri anda dalam menjalani dan mengalas tanggungjawab di syarikat tersebut.

Sumber : forbes.com

 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon