Bisnes

Instant Street View, Membantu Anda Kenal Pasti Lokasi Temuduga Dengan Mudah

instant-street-view-membantu-anda-kenal-pasti-lokasi-temuduga

Di dalam kita keterdesakan untuk mencari pekerjaan dan sangat gembira apabila mendapat sesuatu panggilan untuk hadir sesi temuduga, adalah amat penting untuk anda sedar dan mengetahui dimanakah tempat sesi temuduga yang akan dijalankan.

Ini merupakan salah satu perkara penting demi untuk menjaga keselamatan diri anda. Ramai yang terlepas pandang mengenai faktor keselamatan ini. Di dalam dunia Internet harini, semua orang boleh akses kepada data dan maklumat diri kita dengan keadaan yang amat mudah.

Maka sebagai langkah keselamatan yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan Instantstreetview.com. Ini merupakan satu aplikasi daripada Google untuk anda melihat gambar rajah kepada perjalanan anda atau tempat yang anda ingin cari.

Ia mungkin tidaklah terlalu terperinci sehinggakan anda boleh melihat sehingga kedalam bangunan, cumanya ia boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk anda melihat bagaimana rupa bangunan atau tempat yang akan anda hadir ke sesi temuduga itu nanti.

Aplikasi ini bagus bagi mereka yang ingin hadir ke sesi temuduga di luar kawasan yang jauh dari rumah. Contohnya, jika anda duduk di Johor, tetapi sesi temuduga yang ingin anda hadir berada di sekitar Kuala Lumpur.

Dengan bantuan Instantsreetview ini mungkin dapat membantu dan memudahkan lagi perjalanan anda untuk sampai ke destinasi dengan lebih lancar dan selamat. Ia semudah dengan anda menaip nama alamat atau tempat di ruangan box aplikasi berkenaan dan Google Street View akan tunjukkan terus kepada anda lokasinya.

Selain anda dapat mengenal pasti rupa bangunan atau tempat yang akan anda hadir untuk sesi temuduga, ia juga membantu untuk anda mengenal pasti kawasan-kawasan sekitar supaya apabila anda kesana, anda boleh ingat jalan manakah yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan selamat.

Peringatan

Tetapi anda jangan pelik jika bangunan yang anda lihat itu tiba-tiba belum siap ataupun masih tiada. Sebab gambar daripada Instantstreetview ini kadang kala ia menunjukkan pada 2/3 tahun yang lepas. Ada yang terkini dan ada yang dah lama.

Boleh lihat update tarikhnya seperti dibawah :

tarikh-google-instant-view

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana mereka melakukan recording perjalanan ini kan? Mereka menggunakan kereta Google comel dibawah untuk merekod setiap perjalanan dengan menggunakan camera 360 yang dipasang diatas keretanya.

kereta-google

Jika tempat yang anda cari masih tiada data, maksudnya kereta Google masih belum sampai situ untuk diteroka. Aplikasi ini lebih baik untuk digunakan apabila anda ingin mencari sesuatu tempat di kawasan Bandar-bandar.

Okay semoga perkongsian ini dapat memberikan anda manfaat untuk memastikan anda dapat hadir ke sesi temuduga dengan keadaan yang lancar dan lebih selamat.

Pendapat anda?
Share: