pencil-claw-1

Inovasi Pensel Cakar, Membantu Kanak Autisme Menulis

Pensil cakar ataupun namanya inggeris dipanggil sebagai Pencil Claw merupakan sebuah pensil yang mampu membantu kanak-kanak yang menghidap autism untuk menulis.

Ini kisah Puan Dazrina Che Din yang mempunyai seorang anak yang menghadapi autism iaitu Nur Diana. Kisah ini dikongsi melalui akhbar Utusan Malaysia.

Nur Diana sedikit berbeza dengan kanak-kanak yang lain dimana ia mempunyai ciri yang sukar untuk bercakap dan menggunakan bahasa isyarat jika mahukan sesuatu.

Mana ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka berkembang atau membesar dengan keadaan yang baik. Sebagai ibu bapa, semua orang akan berfikir dan ikhtiar bagaimana untuk membantu anak-anak mereka.

“Ramai ibu bapa yang masih tidak sedar sikap anak-anak mereka. Ada sesetengah kanak-kanak bermain seperti berada di dalam dunianya sendiri. Ada pula yang mendiamkan diri, cepat mengamuk dan terlalu aktif. Apabila berbual, mata mereka akan menoleh ke arah lain dan bukannya kepada si penutur.

“Sekiranya anda mempunyai anak yang bersikap sedemikian, anda perlu sedar ada kemungkinan anak ini menghidap autisme” Kata Dazrina.

Dazrina ada menghantar anaknya ke pakar untuk menjalani terapi dan Alhamdulilah banyak perubahan yang berlaku pada Nur Diana. Dazrina juga ada mendapati bahawa anaknya masih tidak dapat memegang benda termasuk pensel dengan betul.

Masalah yang dihadapi oleh Nur Diana ini adalah disebabkan oleh motor halus (fine motor) yang lemah menjadikan jarinya lemah dan tidak boleh memegang sesuatu benda dengan mudah.

Pensel Cakar

pencil-claw


Pelbagai initiatif telah dilakukan dan akhirnya seorang kawan Dazrina yang tinggal di Amerika Syarikat telah menghadiahkan pensel cakar (Claw Pencil) untuk digunakan oleh Nur Diana untuk menulis.

Hasil kepada penggunaan pensel cakar ini membantu dan menarik perhantian Nur Diana untuk menulis! Dia merasakan dengan menulis itu membuatkan dia gembira dan selesa. Pensel ini sebenarnya adalah sebuah pensel yang direka khas oleh seorang pakar terapi dari Amerika Syarikat untuk kanak-kanak yang menghadapi autism.

Dazrina memberitahu, keunikan pensel ini adalah dia mempunai “acuan cakar” yang membolehkan jari anaknya dimasukan ke dalam acuan itu supaya jarinya tidak terbuka. Jika tiada acuan ini selalunya Nur Diana tidak tahu bagaimana hendak memegang pensel dengan cara yang betul.

Pensel ini juga dapat membantu anak-anak ini untuk memberikan mereka keyakinan untuk menulis. Apabila mereka sudah selesa dan mahir, biasanya ia tidak lagi memerlukan pensel cakar ini untuk membantu mereka menulis.

Ini antara fungsi utama untuk Pensel Cakar ini :

pencil-claw-3

1. Membantu kepada pegangan kedudukkan pensel yang betul. 

3 cup ini menfokuskan kepada 3 jari utama apabila menulis. Memberikan kedudukkan selesa jari apabila menulis dan mengurangkan keteganggan otot jari apabila menulis. Dengan itu anak2 akan berasa senang & selesa menulis.

2. Membantu merangsang fine motor functional agar lebih mudah untuk menulis.

Anak2 yang lemah fine motor functional ini selalunya akan berasa berat menulis kerana berasakan terlalu banyak pergerakkan yang perlu dan membuatnya rasa penat.

Apabila kedudukkan jari berada dalam keadaan selesa (di dalam 3 cup jari), ia akan memudahkan anak lebih fokus kepada penulisan daripada memikirkan kedudukkan jari mereka.

Anak2 hilang fokus apabila berasakan tidak selesa memegang pensil, berasakan pegangan terlalu kuat atau terlalu lembut sehingga tidak dapat menumpukan kepada penulisan.

Hasilnya anak2 malas menulis dan tidak berminat. Oleh itu pentingnya pegangan yang selesa ini kerana ia dapat memudahkan mereka menggerakkan tangan tanpa berasa penat dan lebih fokus.

p/s : Latihan yang konsisten perlu dilakukan untuk memberi impak yang lebih kepada penulisan yang lebih baik 

3. Membantu fokus kepada penulisan yang lebih baik. 

Apabila jari berada dalam kedudukkan selesa, memudahkan anak fokus kepada penulisan yang lebih baik, kemas & cepat.

Ramai anak2 telah menggunakan Pencil Claw ini dan hasilnya amat memberangsangkan di mana penulisan mereka menjadi lebih baik, kemas & lebih fokus.

 Untuk sesiapa yang berminat nak mendapatkan “Pensel Claw” ini sila layari FB mereka :

Tulis Cantik

Umum

Leave a Reply