Inspirasi

Idea Asal Penubuhan Air Asia, Krisis Ekonomi 1997 Bukan Satu Penghalang!

idea-asal-datuk-kamarudin-tan-sri-tony-menubuhkan-air-asia

*Sumber gambar dari Facebook Air Asia

Sebenarnya sebelum datangnya idea penubuhan Air Asia ini, Datuk Kamarudin dan Tan Sri Tony pernah berbincang untuk menubuhkan syarikat penerbangan juga, cuma ianya bukan syarikat penerbangan tambang murah, tapi lebih kepada syarikat ‘time sharing’ seperti NetJet.

1) Daripada Masalah Menjadi Idea

Atas sebab berlakunya krisis ekonomi negara 1997, idea itu terbantut. Jadi, disitulah titik mula tercetusnya idea penubuhan syarikat penerbangan tambang murah!

Ketika itu, Tony mula menceritakan ideanya untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang murah. Ideanya datang apabila beliau sendiri melihat iklan Easy Jet di kaca TV, ketika menginap di sebuah hotel di New York.

Mereka berdua mula berbincang secara serius tentang idea ini. Beberapa orang teman dari industri muzik juga diajak turut serta seperti Aziz Bakar dari BMG dan Cheah dari Warner.

“Cuma ketika itu, saya dan Tony tidak mengenali mana-mana individu yang boleh membawa kami berjumpa dengan pihak kerajaan.

Lesen Penerbangan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan dan bukan boleh dibeli di kedai serbaneka. Hahaha!” – kata Datuk Kamarudin Meranun, sambil mengimbas kembali pertemuan awal beliau dan rakan-rakan pengasas lain 17 tahun lalu.

Satu-satunya individu yang mereka kenali di waktu itu dan boleh membantu kami berjumpa pihak kerajaan ialah Datuk Pahamin Rajab, melalui penglibatan beliau dalam program mencegah ‘cetak-rompak’ di kementerian perdagangan domestik.

Datuk Pahamin juga merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.

2) Tiada Yang Mustahil

“Kami berempat pengasas AirAsia, kemudian disertai pula oleh bekas pengarah operasi Ryan Air bernama Conor McCarthy, yang terdahulunya hanya terlibat sebagai penasihat dan terus tertarik untuk membeli saham dan menyertai kami.”

“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan.

Dari jerit perih permulaan kami dahulu, siapa sangka dari hutang terkumpul RM40 juta terpaksa kami tanggung, kini kami memiliki lebih dari 174 pesawat ‘narrow body’ A320 dan 30 pesawat ‘wide body’ A330. Juga lebih kurang 300 pesawat yang masih dalam tempahan.

Kakitangan kumpulan syarikat kami sekarang melebihi 20,000 orang dan jumlah penumpang pula telah meningkat melebihi 60 juta setahun.

Sejak kami mengambil alih syarikat tersebut 17 tahun yang lalu, jumlah penumpang yang telah diterbangkan oleh kami sehingga kini sudah pun menjangkau lebih 400 juta penumpang.” – Datuk Kamarudin Meranun, Pengasas Bersama AirAsia & Pengarah Eksekutif AirAsia X Berhad.

INFO GAMBAR : Gambar bersejarah resit pembelian AirAsia dari DRB-HICOM oleh 2 pengasas AirAsia Tan Sri Tony & Datuk Kamarudin Meranun dengan nilai belian RM1 sahaja.

*Sumber Artikel Dari Majalah Niaga

Pendapat anda?
Share: