Umum

Gunakan 6 Tips Ini Untuk Menyerlah Ketika Di Universiti

Mulianya pencarian ilmu sehingga ia dianggap sebagai jihad. Ilmu itu juga begitu penting sehingga ia boleh digunakan untuk mengubah dunia. Di mana pun anda terlontar jauh untuk mencari ilmu, biarpun di ivy league, di celah celah pembangunan pesat mahupun di penghujung negeri Perlis.

Sikap sambil lewa dan tidak mengambil peluang sepenuhnya ketika berada di Universiti adalah sikap yang harus direntap dan tidak patut dibiar berakar dalam diri mahasiswa. Kerana ketika segelintir dari mereka bersenang-lenang dan sambil lewa, ada insan lain yang mengharapkan mereka terpilih untuk masuk ke universiti.

Berikut adalah 6 tips untuk memanfaatkan potensi diri anda ketika berada di Universiti :

1 : Gunakan Sumber Yang Ada Di Kampus

Universiti sering menyediakan pelbagai sumber untuk mahasiswa mengasah ketajaman mereka di bahagian akademik, aktiviti kurikulum dan perkembangan kerjaya

Perpustakaan, kaunseling, penasihat kerjaya, pejabat alumni, persatuan – persatuan, bilik teknologi dan sebagainya adalah sumber yang dimaksudkan.

Kehidupan kampus adalah dimana anda di’benar’kan untuk melakukan kesilapan kerana ia adalah proses pembelajaran. Malah pensyarah-pensyarah dibayar  untuk mendengar idea daripada kamu dan ‘classmates’ kamu semuanya memberi perhatian untuk mendengar apa yang kamu sampaikan. 

Sukar untuk menemukan persekitaran yang kondusif dan suportif seperti ini, kenapa perlu menyekat diri ? Go all out, learn.

2 : Bina Jadual Untuk Mengutamakan Perkara Penting

Mahasiswa selalunya mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri kerana di Universiti mereka harus displin dengan jadual supaya tidak terbeban.

Mahasiswa perlu mengatur masa ke kelas, menyiapkan assignment, menelaah, beriadah dan juga masa untuk terlibat dengan aktiviti kurikulum.

Kehidupan di Universiti adalah antara yang paling menyeronokkan, adakah seronok jika hanya menghabiskan masa ke kelas balik dan tidur ?

Tujuan anda adalah untuk menjadi ‘key player’ yang serba boleh apabila keluar nanti, waktu inilah anda perlu habiskan masa untuk melatih diri dalam pelbagai aspek. Antaranya, kemahiran presentation, kemahiran komunikasi dan kemahiran berorganisasi. Ini adalah nilai yang sering dicari oleh majikan di luar sana.

Anda mahu menjadi seorang yang mempunyai nilai ? Mulakan menambah nilai anda ketika di Universiti!

3 : Terlibat Dalam Perbincangan Kuliah

Mahasiswa boleh mendapatkan pemahaman yang lebih baik dan mampu untuk meningkatkan GPA mereka jika mereka aktif dalam perbincangan dengan pensyarah ketika kuliah daripada cuma menghadiri dan pasif ketika kuliah berlangsung.

Pakar mencadangkan untuk duduk di hadapan ketika kuliah dan dekat dengan pensyarah untuk lebih merasai ‘aura’ dan akan mudah untuk anda melibatkan diri dalam perbincangan.

Jangan menghafal, tetapi faham itu lebih baik. Untuk faham, anda perlu bertanya.

4 : Jaga hubungan dengan pensyarah

Ramai yang membuat kesilapan menyatakan perbincangan perlu dilakukan di dalam bilik kuliah saja. Tetapi kebanyakkan pensyarah lebih suka dengan interaksi intelek di luar bilik kuliah.

Tunjuk ajar yang lebih dekat adalah elemen utama untuk pendidikan yang baik.

Anda sebagai mahasiswa bukan sahaja telah memberikan impression yang baik kerana menunjukkan usaha untuk memperbaiki diri, anda juga mendapat pemahaman yang lebih jelas tentang subjek.

5 : Bina Portfolio

Apa itu portfolio ? portfolio selalunya mengandungi :

  • Contoh kerja/karya anda
  • Contoh yang menunjukkan kekuatan anda 
  • Dokumen yang menunjukkan proses brainstorming/development idea anda

Bina portfolio anda daripada Universiti lagi, untuk memudahkan anda melihat progres anda. Berapa banyak perkara menakjubkan yang telah anda lakukan ?

p/s : format portfolio berbeza-beza mengikut bidang. Anda boleh google tentang format portfolio bidang anda

6. Lihat Kedepan, Punyai Wawasan.

Mahasiswa yang menangguhkan untuk berfikir tentang masa depan sehingga mereka mendapat segulung diploma/ijazah akan tercari cari rentak apabila ingin memulakan perjalanan kareer.

Untuk mengelakkan para graduan menjadi penganggur, sebelum mereka lulus diploma/ijazah mereka perlu sentiasa sesuaikan diri dengan masa depan yang mereka idamkan.

Tanyakan soalan seperti : Di mana aku akan bekerja ? Di mana aku akan tinggal ? Kerja apa yang akan buatkan aku puas ? Apa yang aku ingin sumbangkan pada masyarakat ?

Anda akan melihat perbualan ‘dalaman’ inilah yang akan membantu anda untuk menetapkan matlamat hidup yang anda ingin capai.

 

Pendapat anda?