Kerjaya

Generasi Muda Perlu Membawa 5 Tips Kerjaya Ini Sebagai Panduan Dan Rujukan

generasi-muda-perlu-membawa-5-tips-kerjaya-ini

Bagi generasi muda membina kerjaya yang stabil bukan satu perkara yang mudah.Tambahan pula graduan yang baru menamatkan pelajaran dan baru nak memulakan kerjaya masing-masing.Semua orang yang dah berjaya dalam kerjaya masing-masing pun bermula dari bawah.

Bak kata orang barat,”experience is the best teacher”.Belajar dari pengalaman anda,jangan cepat mengalah walaupun diri masih baru dalam kerjaya masing-masing.Dengan usaha yang keras dan konsisten anda akan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Ini ada 5 tips yang kami ingin kongsikan untuk menjadi panduan kepada generasi muda yang baru memulakan kerjaya.

1. CARI KEKUATAN ANDA & KEJAR MINAT ANDA

Ambil masa untuk mengenali kekuatan dan kelemahan anda.Gunakan kekuatan anda dalam bidang yang diminati dan baiki kelemahan anda supaya tidak menjejaskan karier di kemudian hari.

Pastikan kerjaya yang anda pilih adalah berdasarkan apa yang anda minat.Kerana peluang untuk anda berjaya dalam bidang yang diminati lebih tinggi berbanding kerjaya yang anda ceburi secara terpaksa.

2. CARI PENGALAMAN BARU DARI HARI PERTAMA

Sentiasa berusaha untuk mempelajari skill-skill baru dan luaskan pengalaman anda dari hari pertama bekerja.Walaupun anda berkemahiran dalam bidang ‘design’ ataupun bekerja sebagai ‘graphic designer’.Cuba ambil inisiatif untuk tahu perkara berkaitan kewangan,operasi ataupun sumber manusia.

3. BERANI UNTUK AMBIL RISIKO

Jangan takut untuk ambil risiko pada umur yang muda.Kegagalan di masa muda tidak akan menjatuhkan anda sebaliknya akan membuat anda lebih kuat di masa hadapan.

Turun naik dalam kerjaya adalah perkara biasa.Yang penting adalah anda dapat belajar dari kesilapan dan seterusnya membaiki keadaan menjadi lebih baik.

4. MASA DEPAN BERGANTUNG KEPADA PILIHAN ANDA

Jangan lupa bahawa apa saja kerjaya yang anda pilih.Semuanya terletak kepada usaha anda untuk membentuk dan menentukan ke mana hala tuju anda dalam kerjaya tersebut.

Syarikat,majikan,rakan sekerja tidak akan melakukannya untuk anda.Sebaliknya anda sendiri yang bertanggungjawab atas kerjaya sendiri.

5. LAKUKAN YANG TERBAIK DALAM SEMUA PERKARA

Anda perlu lakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang dibuat.Perlu diingat apa yang anda lakukan pasti diperhatikan pihak atasan.Sekiranya anda memberi yang terbaik pastinya anda akan lebih dihargai.

Jika sudah terbiasa memberi yang terbaik dalam setiap tugasan.Anda tidak akan mempunyai masalah untuk menerima tugasan yang lebih besar dan rumit.

Setiap manusia ada kelemahan masing-masing,ini tidak dinafikan kerana fitrah kita semua sebagai manusia biasa.Kita hanya dapat membaiki diri dari masa ke semasa.Diharap dengan artikel kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk meningkatkan mutu kerja.

 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon