KerjayaUmum

Formula Urus Gaji Fresh Graduate

Lepas konvo terus dapat kerja, bulan ni pulak first time dapat gaji, wah! Rasa macam nak belanja semua beli barang yang disukai! Opss, nanti dulu, sebagai fresh graduate anda kena tahu formula yang betul untuk urus gaji supaya tak habis untuk perkara yang sia-sia.

[ Baca juga : Gaji Permulaan Untuk Fresh Graduate ]

Siapa Tak Suka Bila Dapat Beli Apa yang Disukai Kan?

Memang seronok apabila mempunyai wang sendiri kan? Hasil belajar bertahun-tahun di universiti akhirnya terbalas setelah mendapatkan pekerjaan.

Lebih-lebih lagi apabila setiap hujung bulan, anda akan dapat ‘upah’ penat lelah berkerja. Wang yang diperolehi tersebut semestinya ingin anda gunakan sepuasnya sebagai self-reward.

Tak salah nak self-reward setelah penat bekerja tapi anda juga perlu bijak bahagikan gaji tersebut supaya tidak lebih berbelanja.

Hal ini jugak dapat mengelakkan anda dari kehabisan wang sebelum gaji bulan seterusnya. Takkan baru kerja dah nak berhutang kat orang lain sebab duit tak cukup kan?

Sebab itulah, admin nak share dengan anda cara yang mudah membahagikan gaji supaya anda masih dapat simpan untuk masa kecemasan.

Anggaran Gaji Dalam Lingkungan 1500.00

Kebiasaannya fresh graduate yang mula akan bekerja akan diberikan tempoh percubaan. Dalam tempoh tersebut, graduan akan menerima gaji bersih setelah ditolak EPF & SocSo (Swasta) dalam lingkungan RM 1800-1500. Jadi graduan perlu bijak membahagikan nilai tersebut ke tempat yang sepatutnya.

Cadangan dari admin untuk anda :-

Kadang-kadang anda mungkin akan merasakan yang gaji bersih RM 1500 pada permulaannya tidak mencukupi. Tetapi percayalah sekiranya anda pandai menguruskan nilai tersebut ke saluran yang betul, ianya pasti akan cukup. Malah anda masih boleh menyimpan lebihan nilai itu untuk masa kecemasan.

Namun, admin juga ada formula yang lebih mudah untuk anda semua ikuti iaitu dengan menggunakan peratusan. Formula ini boleh digunakan tidak kira berapa pun gaji permulaan anda.

Formula #1

Cara yang pertama adalah dengan membahagikan duit anda kepada 4 kepentingan utama. Gaji dibahagikan mengikut perkiraan 30 % & 10%. Contohnya jika anda mempunyai gaji bersih RM 2000.00, anda boleh bahagikan gaji tersebut seperti ini :

Formula #2

Sama dengan formula #1, tetapi kali ini gaji dibahagikan kepada peratusan yang sedikit berbeza :-

Fresh Graduate Perlu Cermat Dalam Membuat Bajet Sendiri

Semua cadangan dan formula yang admin kongsikan tadi semestinya boleh diubah mengikut kesesuaian bajet sendiri. Apa yang penting, fresh graduate perlu belajar untuk menyimpan sekurang-kuranya 10% dari gaji sebagai simpanan masa depan mahupun wang kecemasan.

Bersabar dan berjimat merupakan kunci utama untuk fresh graduate yang baru mula bekerja. Oleh itu, anda perlulah berbelanja dengan berhemah dan mencatat perbelanjaan tersebut supaya tidak over-spend. 

Pendapat anda?
Share: