Kerjaya

[DOWNLOAD] Format Resume Terkini 2017 Yang Wajib Anda Tahu

panduan-terkini-menulis-resume-2017

Semua orang tahu apa itu resume, tetapi adakah anda benar-benar tahu bagaimana untuk membuat resume yang betul dan mengikut format terkini.

Tahukah anda, format resume lama yang memakan sehingga 3-4 muka surat sudah tidak releven lagi. Tambah lagi jika anda hanya seorang fresh graduate. Kemungkinan resume anda ke Tong Sampah adalah tinggi.

Mengikut daripada kajian kecil daripada pasukan kami, sejarah untuk permulaan penulisan resume telah berlaku bertahun-tahun dahulu.

Dunia sedang bergerak dengan pantas, sekarang misi utama anda ialah memikirkan bagaimana untuk menulis dan mencipta resume yang profesional 2017 yang boleh diterima pakai untuk majikan atau industri hari ini.

Dan anda perlu tahu format yang paling terkini untuk tahun 2017 supaya anda bukanlah generasi yang tidak mengikut perkembangan semasa dan ketinggalan.

Sebelum itu, mari kita kenali :

Apa Itu Resume?

[Download Resume Infografik PERCUMA]

Resume merupakan satu dokumen ringkas mengenai latar belakang peribadi, pendidikan dan kelayakan serta pengalaman profesional yang selalunya ia digunakan untuk memohon sesuatu pekerjaan.

Resume merupakan perkara pertama yang dilihat oleh bakal majikan anda apabila membuat review dan mengkaji pemohon dan oleh itu, ia adalah benar bahawa ia merupakan “first impression” yang sangat penting.

Sebab itulah kenapa pentingnya untuk anda meletakkan masa, tenaga dan usaha untuk membuat dan sentiasa mengemas kini resume anda menjadi resume yang paling tepat.

Sama ada anda sedang menulis resume buat pertama kali, atau belum pernah mengemas kini dalam tempoh yang agak lama, ia perlu dilakukan penambahbaikan untuk memastikan resume anda adalah resume yang relevan buat tahun 2017.

Kenapa HR Reject Resume Anda Secara Automatik?

Mengikut kajian daripada resume2017.net  mereka memberitahu,

61% resume mempunyai kesalahan dari segi ejaan dan tatabahasa

41% resume ditiru ayatnya pada jumlah yang sangat besar daripada “job posting”

35% resume hadir dengan alamat emel yang tidak sesuai

30% resume tidak mempunyai senarai kemahiran

22% resume mempunyai lebihan daripada 2 muka surat

Jenis – Jenis Resume

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga jenis resume yang perlu anda tahu iaitu :

Chronological Resume
Functional Resume
Combination Resume

Pastikan anda fahami dahulu tiga jenis resume diatas sebelum anda memilih dari segi sudut bagaimanakah resume anda patut dipersembahkan kepada bakal majikan.

Panduan Format  Resume Terkini 2017

[Resume Infografik 2017]

Pertanyaan pertama anda mesti bermain dengan, “Berapa panjang sepatutnya resume saya?”

Tidak kira jenis format resume yang mana akan anda gunakan, ia mestilah muat dan kemas kepada satu halaman muka sahaja tanpa terlalu semak reka bentuknya.

Pada sesetengah kes, mungkin akan lebih daripada satu halaman kerana telah beberapa kali menukar kerjaya, mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi atau berada pada tahap pangkat senior dan keatas. 2 halaman resume masih boleh diterima oleh bakal majikan.

Mana-mana resume yang mempunyai lebih daripada 2 halaman, anda sudah terkeluar daripada dunia resume dan iannya akan dikategorikan sebagai Curriculum Vitae(CV).

CV merupakan satu dokumen yang menyeluruh dan komprehensif yang memperincikan bukan sahaja mengenai pendidikan dan sejarah kerja, tetapi mengenai pencapaian, anugerah dan apa sahaja penghormatan yang telah anda berikan.

Kita mula dengan penekanan beberapa faktor dibawah :

1) Tulisan

Tulisan ini mempengaruhi kepada emosi bagi sesiapa yang melihat kepada resume anda. Anda kena pastikan resume anda kelihatan profesional kepada bakal majikan dan ianya bermula daripada pemilihan tulisan yang tepat.

Tulisan yang terbaik yang boleh anda gunakan adalah Sans Serif fonts kerana ia lebih bersih dan yang paling penting ia mudah dibaca oleh mata. Contoh tulisan Sans Serif Fonts adalah Helvetica, Avant Garde, Arial, Geneva, Trebuchet MS, Century Gothic, Gill Sans MT, Lucida Sans & Tahoma.

Satu lagi yang perlu diingat adalah size tulisan. Size tulisan digalakkan bermula daripada 10.5 hinggat 12. Kurang daripada size 10.5 akan membuatkan resume anda susah untuk dibaca.

2) Margin & Jarak

Apabila anda membuat format resume, anda kena pastikan anda mempunyai ruang margin yang cukup supaya ia mudah apabila dicetak.

Jika anda cuba menyesuaikan margin dan menjadikannya terlalu sempit kerana ingin memastikan ianya dalam satu halaman sahaja, anda berisiko kehilangan info apabila bakal majikan anda melakukan cetakan kepada resume anda.

Dinasihatkan margin yang kebiasaanya perlu anda letakkan adalah satu inchi untuk setiap sudut (atas,bawah,kanan,kiri).

Jika anda mahu cuba untuk menyesuaikannya juga, pastikan anda usik pada bahagian margin atas dan bawah sahaja, jangan usik pada bahagian kanan dan kiri.

Dari segi jarak, pastikan resume anda mempunyai jarak satu baris kosong di antara setiap seksyen kepada isi kandungan anda. Untuk memastikan ia kemas dan tidak bercampur aduk.

3) Kategori Apa Yang Perlu Ada ?

Sebelum anda mengetahui kategori apa yang perlu anda isi, ini adalah asas pengetahuan yang perlu anda tahu iaitu, segmen manakah yang selalunya pihak HR atau bakal majikan anda lihat terlebih dahulu. Ini sumber daripada resume2017.net :

39 % Related Experience on previous positions

32% Skills (Hard Skills and Soft Skills)

30% Attractive and easy to read

14% Achievements

10% Grammar and spelling mistakes

7% Education block in your resume

6% Employment gaps

2% Cover Letter

2% Buzzwords and Keywords

1% Personal Details

1% Age & Hobbies

A) Personal Information

Perkara penting yang perlu anda lakukan adalah memastikan bakal majikan anda mengetahui resume siapa yang dia sedang lihat.

Pastikan maklumat seperti Nama, No Tel, Emel, Website Personal Branding (jika anda ada). Kami menasihatkan jika anda belum ada, cepat-cepat buat buat personal website sendiri untuk menaikkan personal branding diri anda. Untuk keperluan harini, personal branding amat mempengaruhi kepada panggilan kerja.

B) Executive Summary

Nilai yang ada dalam diri anda yang ingin anda tawarkan kepada bakal majikan. Untuk mengetahui lebih jelas kepada penulisan Executive Summary ini, lihat papan pengiklanan kerja tadi dan lihat kepada :

  • Siapa yang mereka sedang cari ?
  • Apa yang mereka mahu calon bawa ke dalam syarikat, Nilai apa yang mereka mahukan?

Lepas anda sudah kenal pasti, fikir bagaimana untuk suaikan dengan kehendak mereka :

  • Apa top point anda yang paling mahal untuk ditunjukkan kepada mereka (Nilai).
  • Apa masalah kritikal yang anda jumpa di iklan kerja dan bagaimana anda boleh membantu mereka menyelesaikannya.
  • Apa pengalaman dan kekuatan yang anda ada.

Contoh 1 (Ada Pengalaman) :

Project Manager with 10+ years experience specializing in web production, education publications, public outreach and consumer packaging. Professional, creative, flexible with proven analytical skills. Adept at researching and crafting award winning marketing campaigns for a wide variety of clients and products.

Contoh 2 (Tiada Pengalaman) :

Engineering Graduate with leadership training and experience with academic training at the University of Malaya. Proven skills in project management, organization and research with a background in office administration and organization. Able to provide employers with administrative support and professional communication skills.

C) Experience/Qualification

Disini adalah bahagian dimana anda menulis mengenai sejarah pekerjaan anda seperti dimana syarikat anda bekerja, tempoh anda bekerja, jawatan yang disandang dan senarai tanggungjawab yang dipegang.

Boleh gunakan ayat-ayat seperti menunjukkan anda seorang yang “result-oriented” seperti created, built, developed, gained.

Susunan untuk sejarah pekerjaan ini mestilah pekerjaan terkini anda berada di atas sekali.

D) Skills & Abilities

Bahagian ini anda kena tekankan kemahiran yang relevan dengan kehendak permohonan kerja anda sebentar tadi. Pastikan ianya adalah kemahiran yang membolehkan anda menjadi calon yang paling tepat untuk mereka pilih.

Kemahiran terbahagi kepada dua iaitu : Hard Skills dan Soft Skills

Hard Skills adalah sesuatu kemahiran yang boleh anda ukur dan akses. Contoh seperti kemahiran menggunakan “Adobe Photoshop”.

Soft Skills adalah sesuatu yang sukar untuk diukur. Ia lebih kepada penilaian sendiri atau jangkaan sahaja. Contohnya seperti “Kemahiran Menyelesaikan Masalah”.

Di dalam segmen ini, ia boleh termasuk kepada kemahiran teknikal, bahasa, pengkomputeran, atau apa sahaja kemahiran yang anda rasa dapat menyelesaikan masalah bakal majikan anda.

Kadang kala ada pekerjaan yang mementingkan kepada kemahiran yang anda ada berbanding dengan pengalaman pekerjaan. Resume ini dipanggil sebagai skills-based resume. Tapi ia cuma sesuai pada sesetengah jawatan sahaja.

E) Education

Bagaimana caranya untuk menulis latar belakang pendidikan yang baik :

(i) Terkini

Mulai dengan pendidikan terkini :

Sarjana Muda Perundangan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diploma Perundangan, Universiti Kebangsaan Malaysia

SPM, Sekolah Menengah Taman 1

(ii) Tahun Pengajian

Letakkan tahun pengajian anda daripada mula pengajian sehingga tamat
(Jun2010 – April2013)

(iii) Tidak Perlu

Latar belakang PMR atau PT3 dan kebawah tidak perlu dinyatakan, melainkan jika diminta. Cukup bermula daripada anda SPM sahaja.

(iv) Digalakkan meletakkan CGPA

CGPA harus diletakkan. Sesetengah ‘template’ resume mungkin akan ada sedikit perbezaan, namun maklumat asas seperti yang dinyatakan diatas perlulah dimasukkan agar maklumat tentang latar belakang pendidikan menjadi lebih lengkap dan tersusun.

Contoh Lengkap :

Sarjana Muda Perundangan, Jun2010 – April2013
Universiti Kebangsaan Malaysia
GPA 3.85

 F) Achievements & Awards

Dalam merangka resume, ia sangat penting untuk anda meletakkan maklumat yang secukupnya untuk “menjual” diri kepada bakal majikan.

“Achievement & Awards”’ ini diibaratkan seperti testimoni dan bukti yang akan menunjukkan sejauh manakah aptitud anda dalam sesuatu bidang itu.

Adakah perlu disertakan dengan bukti?

Ya, jika anda mendapat sijil sempena anugerah tersebut. Jika anugerah tersebut adalah trofi, medal, dan sebagainya, maka adalah digalakkan untuk anda meletakkan gambar anda menerima anugerah tersebut.

Berikut merupakan contoh bagaimana anda boleh senaraikan ‘Achievement & Awards’ tersebut di dalam resume anda :

1) Anugerah Pekerja Cemerlang (2017)

Pharmaniaga Sdn. Bhd

2) Anugerah Khidmat Bakti (2016)

Rumah Anak Yatim, Kuala Selangor

Nota:

1) Setiap pencapaian dan anugerah mestilah disenaraikan mengikut tahun penganugerahan terkini.

2) Harus menyatakan TAHUN penerimaan anugerah

Harus menyatakan Oleh siapa/ syarikat/ jabatan yang telah memberikan anugerah tersebut.

G) References

“Reference” merupakan rujukan untuk bakal majikan anda akan dihubungi jika mereka ada sebarang informasi yang ingin disemak.

Kenapa bakal majikan perlu menyemak informasi dengan “Reference”?

Mereka menyemak informasi bagi mendapatkan kepastian bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan meminta pandangan peribadi untuk mendapatkan informasi yang lebih mendalam mengenai calon.

Setiap reference yang anda letakkan nama mereka didalam resume, mereka perlu dihubungi dan dimaklumkan jika ada sebarang jawatan yang sedang anda mohon.

Ini adalah sangat penting bagi membolehkan mereka sedar yang kemungkinan besar akan ada pihak yang tertentu akan menghubungi mereka untuk bertanyakan tentang anda.

Apakah maklumat penting tentang reference anda? Bakal majikan perlu mengetahui maklumat yang berikut :

1) Nama Penuh Reference

2) Jawatan pekerjaan reference

3) Nombor telefon yang boleh dihubungi

Contohnya:

Mohd Sarip Bin Dol

Pengerusi Jawatankuasa Kampung

012-345 6789

Nota: Sila pastikan bahawa mereka yang anda pilih sebagai reference itu masih kenal dan ingat dengan anda, kerana jika mereka menidakkan dalam mengenali diri anda, mungkin anda akan dilabel sebagai calon yang tidak jujur.

Format Resume Terbaik 2017

Profesional HR atau Hiring Manager selalunya membuat “screening process” kepada resume calon memakan masa dalam 40 saat sahaja untuk melihat sama ada anda orang yang layak ataupun tidak untuk dikategorikan kepada calon yang berpotensi.

Anda kena tahu bahawa mereka yang mengambil anda sebagai seorang pekerja itu adalah manusia. Dan ia akan bersangkut paut dengan permainan emosi.

Resume template yang menarik akan memberikan anda peluang yang tinggi untuk memasuki kepada ruangan “short listed candidates”.

Jika anda masih menggunakan resume template hitam putih yang membosankan. Maka ia seperti menunjukkan anda seseorang yang membosankan.

Dan akhir sekali, sebelum anda menghantar resume kepada bakal majikan pastikan :

  • Anda sentiasa menunjukkan bahawa anda seorang yang profesional dengan memberikan bentuk dan isi kandungan resume yang baik.
  • Bantu bakal majikan anda untuk mereka memahami resume anda dengan baik dimana pastikan reka bentuk resume anda mudah dibaca dan difahami.
  • Jangan tambah-tambah maklumat yang tidak perlu di dalam resume anda. Kerana maklumat yang lebih mendalam mengenai diri anda adalah ketika sesi temuduga nanti.
  • Jangan sesekali hantar resume anda jika anda belum semak dari segi kesalahan ejaan dan tatabahasa. HR atau bakal majikan anda sangat membenci kesalahan kecil sebegini. Jangan disebabkan kesalahan kecil ini anda ditolak mentah-mentah.

Itu antara maklumat yang perlu anda tahu untuk memastikan resume anda adalah format resume terkini 2017.

Jika anda sudah membacanya sehingga tamat. Tahniah!

Anda telah melangkah 10 kehadapan daripada pesaing-pesaing anda yang lain.

Jika anda masih keliru untuk mendapatkan reka bentuk format resume yang kelihatan profesional, memukau dan boleh menarik perhatian bakal majikan anda, boleh terus dapatkannya disini :

[Resume Infografik 2017]

Sumber : Resume2017Net | TheInterviewGuys |TheCareerExpert

 

Pendapat anda?
Tagsresume

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon