Inspirasi

FOREVER 21, DO WON CHANG DAN JIN SOOK CHANG

forever 21

Siapa tidak kenal lagi dengan butik pakaian Forever 21 yang sangat popular dengan produknya yang menjadi kegilaan remaja? Kalau korang suka shopping, mesti korang tahu Forever 21 ni apa benda sebenarnya dan tahu betapa famousnya Forever 21 ni d Malaysia.

Forever 21 menjadi kegilaan para remaja untuk membeli belah sebab design dan corak baju mereka yang sangat cantik dan tampak keremajaan serta ekslusif.

Forever 21 yang pada awalnya terkenal di Los Angeles, California, Amerika sudah pun terkenal di seluruh dunia dan telah menjadi jenama pilihan yang para remaja akan beli.

 

FAKTA MENARIK

Untuk pengetahuan anda, kedai pertama yang dibuka di Los Angeles, California hanya sebesar 900 kaki persegi. Kedai tersebut sangat kecil kerana Do Won Chang (Pengasas Forever 21) tidak mempunyai modal yang besar untuk membuka kedai pertamanya dengan gah.

Kalau korang nak tahu, pada awalnya nama kedai pakaian ini adalah Fashion 21, kemudian selepas beberapa tahun ditukar kepada Forever 21.

Kedai pertama yang dibuka oleh Do Wong Chan adalah pada tahun 1984. Pada tahun 1997, beliau sudah ada 40 kedai dalam masa 13 tahun.

 

PERJUANGAN DO WONG CHANG DAN JIN SOOK

Sebelum bermulanya Forever 21, Do Won Chang hanyalah seorang pemuda yang sangat rajin bekerja untuk menyara kehidupannya bersama keluarga. Pada satu masa dahulu, Do Won Chang membuat tiga pekerjaan dalam satu masa. Beliau bekerja sebagai tukang pam minyak, sekuriti bangunan, dan pembancuh kopi.

Do Won Chang dan Jin Sook sebenarnya berasal dari Korea Selatan dan kemudian berpindah ke Los Angeles pada tahun 1981. Tujuan mereka berpindah kerana mereka berangan-angan untuk mengubah nasib hidup mereka dan mahukan kehidupan sebagai orang Amerika yang mewah.

Do Won Chang dan isterinya bukanlah seorang yang senang. Mereka berpindah ke Amerika dengan duit poket yang cukup-cukup sahaja, dan mereka juga tidak mempunyai ijazah serta mempunyai masalah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Tetapi masalah yang mereka hadapi tidak pernah menghentikan mereka untuk terus maju bagi mengubah hidup mereka.

EMPAYAR FOREVER 21

Sehingga sekarang, Forever 21 diuruskan oleh keluarga Don sendiri.

Untuk pengetahuan anda, pada tahun yang pertama Fashion 21 telah mencatatkan jualan sebanyak $700,000 USD. Pasangan berdua ini sedar akan potensi jenama mereka dan mengambil peluang untuk membuka kedai yang baru pada setiap 6 bulan. Kemudian ia bertambah sehingga 600 buah kedai.

Pengajaran Yang Kita Boleh Dapat

Melihat betapa jauhnya Do Won Chang dan isterinya Jin Sook menempuh segala pahit manis dalam dunia bisnes, ia merupakan nilai yang boleh diambil sebagai pengajaran dan inspirasi untuk peniaga-peniaga yang baru nak berkecimpung dalam bidang bisnes.

Seperti apa yang anda tahu pada awalnya, Forever 21 dibuka pada tahun 1984.  Sehingga sekarang, Forever 21 telahpun mempunyai 600 lebih buah kedai di seluruh Amerika Syarikat, United Kingdom, dan di Asia. Empayar yang dibina oleh Do Won Chang adalah sesuatu yang harus dibanggakan.

Tak kisah lah kalau korang mahu memulakan bisnes fesyen atau pun services yang korang buat. Asalkan ianya yang boleh menghasilkan pendapatan. Always believing in yourself dan jangan mudah mengalah. Kalau korang gagal, tak semestinya korang akan gagal selamanya. Selamat Maju Jaya !

Pendapat anda?
Share: