Kerjaya

Ini 4 Cara Elakkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja

Bagaimana mahu elakkan rasa mengantuk di tempat kerja? Anda pasti sering mengalami rasa mengantuk yang tak boleh ditahan-tahan lagi di tempat kerja kan?

Setiap minit tu rasa macam nak menguap je tak henti-henti. Mungkin disebabkan kerja yang tinggi menggunung menyebabkan anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk dapatkan tidur yang sempurna.

Ye lah, seharian duduk di kerusi dan menghadap laptop, mana tak sakit-sakit badan kan? Disebabkan fokus terhadap kerja menghilang, kualiti kerja yang dihasilkan juga akan kelihatan lesu dan semestinya tidak mencapai pada tahap kualiti yang diperlukan. 

Ikuti 4 Tips Ini Untuk Elakkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja:

1. Elakkan Makan Terlalu Banyak Karbohidrat Sewaktu ‘Lunch Hour’

‘Lunch Hour’ adalah waktu yang selalu ditunggu-tunggu oleh para pekerja pada setiap hari. Selalunya waktu ‘lunch hour’ kuantiti makanan berkarbohidrat yang anda ambil banyak ke sikit?

Kalau banyak, ketahuilah itu adalah salah satu penyebab kenapa anda selalu rasa mengantuk di tempat kerja.

Makan dalam kuantiti yang berlebihan akan menyebabkan proses pencernaan anda memerlukan tenaga yang tinggi.

Ini akan membuatkan fokus anda terhadap kerja agak terganggu. Untuk elakkan rasa mengantuk di tempat kerja, anda hanya perlu makan dalam kuantiti yang berpatutan.

Tidak lebih dan tidak kurang.

Pilihan pemakanan yang bijak pada waktu ‘lunch hour’ akan memberikan anda tenaga yang mencukupi untuk menyelesaikan kerja-kerja anda tanpa rasa mengantuk dan lesu.

 2. Elakkan Selalu Berjaga Pada Waktu Malam

Perkara ini sering terjadi terhadap pekerja-pekerja yang mahu menyiapkan kerja mereka dengan segera walaupun hari sudah pun larut malam.

Tambahan pula dengan kafein yang diambil secara berlebihan untuk menggagahkan mata daripada tertidur ketika membuat kerja. 

Tahukah anda, badan manusia memerlukan rehat selama 7 hingga 8 jam setiap hari. Tidur yang tidak mencukupi pada waktu malam akan menggangu fokus anda untuk meneruskan kerja pada esok harinya.

Fikiran anda akan terganggu dan badan anda akan menjadi lesu.

Jika anda seorang yang sukar untuk tidur pada waktu malam, anda boleh cuba untuk mandi dengan air suam atau minum susu suam sebelum tidur.

Ini akan menjadikan badan dan minda anda lebih relaks untuk tidur dengan tenang.

[Lihat Juga: Lupakan Kerja Dan Lakukan 7 Aktiviti Yang Menyeronokkan Ini]

3. Elakkan Dehidrasi

Kajian menunjukkan bahawa minum air kosong 8 gelas sehari akan membantu mengekalkan kelembapan tubuh badan seseorang.

Selain ianya bagus untuk kesihatan, minum air kosong yang mencukupi akan mengelakkan anda dari lemau dan mengantuk di tempat kerja. 

Kurangkan pengambilan air manis atau berkafein. Walaupun anda mengambil minuman berkafein dengan tujuan untuk menyegarkan mata, tetapi ia hanya akan menghilangkan tumpuan anda terhadap kerja disebabkan pengambilan kafein yang berlebihan.

Jadi, untuk elakkan rasa mengantuk di tempat kerja, rehat sebentar dengan minum segelas air kosong dan meregangkan kaki buat seketika.

Membiarkan diri anda dehidrasi hanya akan menghilangkan fokus anda untuk meneruskan kerja.

4. Elakkan Duduk Terlalu Lama

Bekerja di pejabat semestinya memerlukan anda untuk duduk menghadap komputer dari pagi sampailah habis waktu bekerja.

Jadi, untuk elakkan rasa mengantuk di tempat kerja, ambillah sedikit masa untuk rehatkan diri dan minda dengan berjalan menghidup udara segar di luar pejabat. 

Duduk dengan postur yang betul juga amat penting supaya konsentrasi anda tidak terganggu. Elakkan duduk secara menyenget atau bersandar terlalu lama kerana ia akan lebih mendorong anda untuk tertidur ketika sedang melakukan kerja.

Admin harap tips-tips yang admin kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk kurangkan rasa ingin tidur pada waktu kerja supaya anda dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti tinggi selepas ini. 

Sumber : Aia.com

Pendapat anda?
Share: