Kerjaya

Eksekutif PayPal Berkongsikan Pengalaman Beliau Menemuduga Pekerja

pengalaman menemuduga pekerja

Derek Hann, salah seorang eksekutif di syarikat paypal berkongsikan pengalaman menemuduga pekerja sendiri. Beliau sentiasa menerangkan apa yang dia inginkan dalam temuduga sebelum temuduga bermula denga calon pekerjanya. 

Sekiranya anda ada mencari kerja kosong di PayPal dan anda berjaya untuk melepasi temuduga dengan ketua pejabat iaitu Derek Hann, anda boleh dikatakan sangat-sangat bertuah. Temuduga yang diuruskan beliau lebih kurang seperti ‘Open Book Test’.

Katanya, dia hanya ingin fokus dengan pembelajaran dan kemajuan dari segi inisiatif di PayPal. Dia juga inginkan calon pekerja tersebut untuk tahu apa yang sepatutnya mereka jawab dengan soalan yang diberikan sewaktu sesi temuduga berlangsung.

Jadi apa yang dia lakukan ialah, sebelum sesi temuduga berjalan, dia akan bantu mereka untuk lebih bersedia.

“Saya boleh anggap diri saya sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri kalau aya tak luangkan sedikit masa untuk ajar mereka (calon pekerja) sebelum temuduga,”katanya.

“Sekiranya mereka rasa tak selesa dengan apa yang saya buat, jadi saya rasa mereka tak akan dapat jawab apa yang saya akan tanya nanti.”

Pemohon juga perlu sediakan jawapan yang sepatutnya berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Kemudian mereka akan diberikan satu situasi, dimana mereka perlu memberi respon bagaimana cara untuk selesaikannya, dan terangkan sebab sebabnya.

Sebelum temuduga tersebut dimulakan, Hann ada mengatakan bahawa dia akan pastikan yang calon tahu menggunakan method STAR:

THE STAR METHOD

The STAR method ini merupakan cara untuk menjawab temuduga berkaitan tingkah-laku dengan cara berbincang tentang perkara yang lebih terperinci :

Situation,
Task,
Action,  
Result

Ini cara bagaimana anda harus berikan jawapan :

ituation : jelaskan situasi dimana anda berada dan terangkan cara cara macam mana anda ingin selesaikan. Lebih baik untuk anda terangkan situasi yang betul betul terperinci dan bukannya situasi lepas yang sangat general.

Pastikan anda tak tertinggal satu pun supaya temuduga tersebut mudah untuk faham. Situasi yang dimaksudkan boleh jadi macam kerja lama anda, pengalaman menjadi sukarela ataupun apa apa event yang berkaitan.

Task : Apakah kerja yang anda buat untuk mencapai matlamat awak?

ction : Terangkan situasi tersebut dan apa yang anda telah lakukan dan pastikan anda fokus tentang DIRI ANDA sahaja.

Ceritakan secara terperinci tentang apa yang anda dah buat serta apa sumbangan anda.

Anda kena berhati hati apabila menceritakan situasi tersebut, jangan cerita apa yang team anda lakukan tetapi apa yang anda lakukan. Anda cuba perlu cuba menggunakan perkataan ‘saya’ bukan ‘kami’.

esult : Jelaskan apa yang anda dah buat dan apa keputusannya dan jangan segan untuk berikan kredit untuk diri anda. Apa yang telah terjadi?

Macam mana perkara tersebut boleh berakhir? Apa yang anda dah capai? Dan apa yang anda belajar dari semua tu? Ingat, sila jawab semua ini dengan jawapan yang positif.

Pastikan anda ikut setiap langkah STAR method ini. Jadi lah spesifik yang mungkin untuk setiap masa sewaktu temu duga ini, tanpa perlu membebel dan bercakap benda yang tak penting.

Cuba selitkan terus result yang anda dapat tanpa perlu tunggu mereka tanya, sebab selalunya mereka memang ingin tahu apakah result dari situasi anda. Serta anda tak perlu cakap tentang apa apa yang menampakkan anda tak positif.

Contoh Respon untuk STAR method:

Situation (s) : Pendapatan pengiklanan untuk surat khabar kampus saya agak berkurang, dan kebanyakan syarikat pengkilanan tidak memperbaharui kontrak mereka

Task (T) : Matlamat saya ialah untuk menghasilkan idea-idea baru material serta insentif, yang saya yakin hasilnya akan membuatkan jumlah pengiklanan akan meningkat kepada 15% berbanding tahun lalu.

Action (A) : Saya telah merangka satu pakej promosi yang baru supaya dapat mengikut kadar harga dan mendapatkan kelebihan untuk surat khabar ini dengan iklan yang lain yang masih ada dalam kelompok ini. Saya juga ada ada set-up kan satu sesi latihan yang khusus untuk eksekutif perakaunan dengan kerjasama seorang professor dari Sekolah Pentadbiran dan Perniagaan untuk membincangkan tentang persaingan menjual beli strategi.

Result (R) : Kami ada menandatangani kontrak dengan 15 pengasas pengiklanan untuk iklan secara harian dan 5 lagi untuk apa apa benda istimewa yang lain sebagai tambahan. Kami telah pun meningkatkan iklan iklan baru sebanyak 20% pada masa yang sama pada tahun lepas.

Persediaan untuk temuduga berkaitan tingkah laku :

  • Cuba ingat semula situasi yang baru terjadi yang boleh menunjukkan sikap atau tindakan anda, terutamanya apa apa yang berkaitan kerja kursus, pengalaman bekerja, kerja berpasukan, inisiatif, perancangan serta servis khidmat pelanggan.
  • Bersedia dengan huraian yang agak pendek untuk setiap situasi dan terangkan secara lebih terperinci jika diminta.
  • Pastikan anda mulakan semua cerita dengan pendahuluan, isi dan penutup. Contohnya: bersedia untuk huraikan situasi tersebut, termasuklah tugas yang anda dapat, tindakan anda serta apakah hasilnya.
  • Pastikan hasil yang anda katakan itu akan menunjukkan aura positif pada anda (walaupun hasilnya agak tidak membantu)
  • Sentiasa jujur. Jangan menambah tokok sesuatu cerita atau buang mana mana bahagian cerita. Orang yang menemu duga anda akan tahu jika anda menipu.
  • Jadilah lebih terperinci. Jangan bercakap dengan sesuatu perkara terlalu umum, dan terangkan secara terperinci satu per satu.
  • Pelbagaikan contoh yang anda berikan, jangan hanya fokus dengan satu kelompok sahaja.

Contoh soalan berkaitan tingkah laku :

Berlatih dengan menggunakan STAR method  dengan soalan seperti ini:

  • Terangkan situasi dimana apabila anda boleh memujuk seseorang untuk mengikut cara anda.
  • Terangkan bila masanya anda akan menggunakan skills anda apabila anda berdepan dengan saat yang sangat mencabar dan tertekan.
  • Berikan saya contoh secara terperinci bila anda boleh beri saya logik dan sebab yang bagus apabila anda menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Berikan saya contoh jangka masa bila anda tetapkan matlamat dan masa untuk anda capai.
  • Beritahu saya bila anda perlu gunakan skill pembentangan anda supaya anda boleh mempengaruhi orang lain dengan pendapat anda.
  • Berikan saya contoh secara terperinci apabila anda perlu bersetuju dengan sesuatu polisi yang anda tak setuju.
  • Sila bincangkan apa apa dokumen bertulis yang penting yang anda perlu selesaikan.
  • Beritahu saya apa yang anda akan buat jika anda perlu turun naik dan bersusah payah untuk sesuatu tugas yang anda perlu siapkan.
  • Beritahu saya apa yang anda akan buat jika anda ada terlalu banyak kerja untuk diselesaikan dan anda perlu tahu tugas mana yang anda perlu utamakan terlebih dahulu.
  • Berikan saya contoh bila anda perlu membuat kepuusan dalam masa yang singkat.
  • Bagaimanakah cara anda menyelesaikan konfik? Berikan saya contoh
  • Beritahu saya cara anda berurusan dengan orang lain yang sebenarnya tidak sukakan anda ataupun disebaliknya.
  • Beritahu saya apakah keputusan paling susah yang anda pernah buat pada tahun lepas.
  • Berikan saya contoh apa yang anda akan buat apabila anda gagal untuk mencapai sesuatu matlamat.
  • Beritahu saya contoh apabila anda mengetuai sesuatu aktiviti.
  • Cuba beritahu saya tentang situasi terbaru yang anda lalui dimana anda perlu berurusan dengan pelanggan atau rakan kerja yang tidak menyenangkan.
  • Berikan saya contoh anda memberi kata kata motivasi kepada orang lain
  • Beritahu saya bila anda betul betul membuat menjadi wakil untuk sesuatu kerja secara efektif.
  • Beritahu saya bila anda menggunakan skills mencari info untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Beritahu saya apa yang anda akan buat jika anda terlepas pandang dengan sesuatu masalah.
  • Beritahu saya apabila anda dipaksa untuk buat keputusan yang anda tak rasa penting.
  • Beritahu saya jika anda perlu pecat kawan anda sendiri.
  • Terangkan apabila anda perlu tetapkan pandangan anda (terlalu tinggi atau rendah)

Selain daripada itu, dia juga masih bertanya tentang soalan yang berkaitan dengan tingkah laku, dan selalunya soalan tersebut akan bermula dengan ayat yang agak cliche seperti, “Tell me about a time when.”

Hann ada juga mengatakan bahawa dia sangat menyokong calon calon tersebut untuk fikirkan betul betul dengan jawapan yag mereka akan berikan.

Malahan dia lebih suka jika mereka mencatat segala jawapan yang mereka ingin berikan – situasi, tugas, apa yang perlu dibuat serta result.

“Respon yang paling jujur bukan hanya bergantung pada pengalaman awak tetapi juga macam mana awak fikirkan tentang peluang yang ada tu,” tambahnya lagi.

Selalunya kebanyakan calon selalu terlupa untuk tambah aspek yang penting dalam jawapan mereka – iaitu result.

Malahan, mereka hanya akan fokus dengan situasi, tugas, apa yang perlu dibuat tetapi mereka tak beri apa apa pandangan tentang kesan.

Apa yang dia inginkan ialah untuk calon tersebut terangkan kenapa mereka buat begitu.

“Apakah kesan yang awak dah tinggalkan?” tanya Hann.

Ini merupkan kisah benar mengenai pengalaman menemuduga pekerja yang dilalui sendiri oleh salah seorang eksekutif di syarikat Paypal, Derek Hann.

Pendapat anda?
Share: