Kerjaya

Bolehkan Saya Letakkan Demand Gaji Di Dalam RESUME ?

Proses rekrut yang dilakukan oleh pasukan HR kadang kadang boleh meletihkan mereka, mana tidaknya mereka perlu meneliti berpuluh malah beratus ratus resume/cv calon, ditambah lagi dengan kerenah yang memeningkan kepala mereka.

Seperti contoh, ada yang menghantar resume/cv melalui email tapi tidak menerangkan tujuan, jawatan yang dipohon, ada  yang menghantar tanpa menulis sebarang ayat pengenalan langsung!

Ingat misi sebenar

Anda sebagai ‘jobseeker’, misi anda adalah untuk melepasi ke peringkat yang terakhir dan diterima bekerja. Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah memaksimakan ‘first impression’ dan meminimakan sebab anda patut di ‘reject’

Antara faktor yang menyebabkan calon di ‘reject’ di peringkat awal adalah faktor gaji.

Patutkah jangkaan gaji diletakkan di dalam resume ataupun cv anda ? Jawapannya adalah lebih selamat jika anda tidak meletakkan amaun. Tapi bagaimana anda boleh susun strategi untuk masalah ini ?

JobKartel Universiti

1. Jangan tulis amaun yang spesifik

Jika anda dikehendaki juga untuk menyatakan jangkaan gaji, jangan tulis amaun yang spesifik. Tulis dalam
bentuk anggaran. Contohnya, RM1500 – RM2000. Ia akan menunjukkan anda mempunyai fleksibiliti dari segi gaji

2. Tuliskan dalam Cover Letter

Jangan tuliskan anggaran gaji tersebut di dalam Resume/Cv anda. Tapi tuliskannya dalam Cover letter, ia lebih selamat  dan berkesan kerana anda boleh menulis tentang permintaan gaji anda dengan lebih teratur.
Contoh, “Dengan pengalaman dan kemahiran saya, saya berbesar hati dengan tawaran gaji dari RM1700 – RM 25000”

3. Nyatakan fleksibiliti anda

Nyatakan tentang fleksibiliti anda tentang gaji, anda tidak fokus tentang duit untuk bekerja di syarikat tersebut tetapi  apa yang anda mahukan adalah peluang untuk mengasah dan menajamkan kemahiran anda dan anda yakin anda boleh melakukannya di syarikat tersebut.

Ha barulah bakal majikan cair!

 

Pendapat anda?