Aplikasi

Makan Sihat, Hati Senang Dengan Aplikasi Dah Makan

Korang pernah dengar tentang Dah Makan? Yang belum tahu, Dah Makan adalah merupakan sebuah startup menjual makanan yang lazat dan berkhasiat. Ianya sesuai untuk golongan yang sibuk bekerja sehingga tidak sempat untuk keluar makan atau ibu-ibu bekerja yang tidak mempunyai masa untuk memasak di rumah.

Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan berkhasiat, malah dengan menempah makanan di Dah Makan, korang boleh manfaatkan masa yang ada untuk bersama ahli keluarga tersayang.

Disebabkan oleh sambutan yang baik daripada pelanggan, Dah Makan lantas melancarkan aplikasinya untuk memudahkan mereka memesan makanan. Aplikasi ini boleh di muat turun di Google atau Apple App Store. Menarik bukan?

Mengenai Dah Makan

Pada Disember 2014, satu bisnes startup iaitu Dah Makan mula menjalankan satu servis menjual makanan dimana ianya bertemakan, fresh and healthy kepada rakyat Malaysia. Ianya ditubuhkan oleh 3 sekawan iaitu Jessica Li, Jonathan Weins, dan Christian Edelmann.

Bersesuaian dengan namanya yang ringkas dan agak catchy, Dah Makan berjaya menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk mencuba servis yang disediakan oleh mereka. Mereka menyediakan servis penghantaran makanan bagi hidangan makan tengah hari dan makan malam.

Korang tak payah susah-susah dah nak keluar atau memasak, lagi-lagi korang adalah sejenis yang busy je memanjang. Di samping menjimatkan masa, makanan yang disediakan oleh Dah Makan sangat sedap dan berkhasiat.

Menurut penyataan dari Jonathan Weins sendiri, Dah Makan hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan fresh dari ladang. Bukan setakat pekerja, malah chef mereka sendiri sekali sekala akan turut serta melakukan kerja memetik dan memilih sayuran yang berkualiti untuk digunakan.

Bercakap mengenai chef, Dah Makan hanya menggunakan khidmat daripada chef yang berpengalaman. Ketua chef mereka sendiri adalah salah seorang pekerja di hotel 5 bintang suatu ketika dahulu. Setakat ini sahaja, mereka sudah berjaya mendapat sebanyak 1,000 tempahan pada setiap bulan.

Salah satu yang menarik perhatian juga adalah mengenai packaging mereka. Dah Makan menyediakan makanan di dalam packaging yang amat unik di mana setiap warna yang digunakan adalah melambangkan variasi jenis bahan makanan yang disediakan.

Basically, harga untuk Dah Makan ialah di antara RM15 – RM30. Kalau korang jenis yang order setiap hari, admin sarankan korang untuk terus mendaftar sebagai ahli PRIME kerana ianya akan lebih menjimatkan dan memudahkan.

     

Berapa pula harga cas penghantaran yang dikenakan ya? Ha, Dah Makan tidak mengambil sebarang cas penghantaran. Ya betul, ianya adalah PERCUMA! Melainkan korang sendiri nak bagi tips pada rider yang menghantar makanan pada korang. Seronok bukan?

Bagaimana Aplikasi Dah Makan Berfungsi?

1. Muat turun aplikasi Dah Makan.

2. Pilih hidangan (tengahari /malam) menerusi katalog menu. Tambah ke troli pembelian.

3. Jika mahu menambah hidangan sampingan, pencuci mulut atau air, klik butang Sides & Drinks untuk melihat senarai hidangan sampingan dan tambahkan ke troli pembelian.

4. Setelah selesai, klik butang view cart pada bahagian bawah skrin untuk mengisi maklumat penghantaran seperti nombor telefon, alamat lokasi, masa penghantaran dan cara pembayaran sama ada melalui pembayaran online, kad kredit, paypal ataupun pembayaran terus COD.

      

5. Seterusnya, tekan butang confirm order untuk mengesahkan tempahan.

8. Dah siap! Senang je kan? Sekarang hanya tinggal tunggu dan sedia untuk dimakan!

Syabas admin ucapkan buat Dah Makan yang sudah berjaya hingga ke tahap ini! 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Website: dahmakan.com

Facebook: DahMakan.com

Pendapat anda?
Share: