Work Life Balance

4 Ciri-Ciri Lepasan Universiti Yang Di Lihat Majikan

Bagi yang baru lepas tamat pengajian, ini 4 ciri-ciri lepasan universiti yang di lihat majikan.

Apa yang Admin ingin sampaikan ini adalah sikap anda akan mencerminkan keperibadian diri anda. Sikap yang baik akan disukai oleh orang ramai. Manakala, jika masih ada beberapa sikap yang tidak baik dalam diri anda, cubalah untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.

Bagi anda para graduan yang pertama kali memasuki alam pekerjaan, harus diingatkan bahawa alam pekerjaan sebenarnya tidak semudah yang di sangka. Anda harus menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh syarikat yang anda mohon.

Pihak syarikat akan membuat satu penilaian di mana ianya berlaku selepas anda ditemuduga. Jadi, tunjukkanlah sikap yang sebaik-baiknya agar anda dapat menarik perhatian pihak syarikat untuk menerima anda sebagai pekerja.

Jadi apakah ciri-ciri yang membolehkan anda untuk diterima bekerja?

Ini Adalah Di Antara Ciri-Ciri Lepasan Universiti Yang Di Lihat majikan:

1. Kebolehan Menyelesaikan Masalah

Ini adalah salah satu kemahiran penting yang di lihat oleh para majikan. Setiap hari kita akan berdepan dengan masalah kerana ini adalah adat di dalam dunia pekerjaan. Orang yang tidak pernah mengalah dan cuba mencari solusi untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah ciri orang-orang yang akan berjaya kelak.

Ianya satu sikap yang amat bagus jika anda adalah seorang yang suka melontarkan idea dan pendapat. Walaubagaimanapun, majikan anda akan lebih tertarik dengan anda jika kata-kata anda bukan hanya sekadar kata-kata. Bawa idea anda ke dunia realiti dan buktikan bahawa anda mempunyai ciri-ciri yang dicari.

 

2. Kebolehan Bekerja Dalam Kumpulan

Ciri-ciri ini amat penting, kerana untuk menjayakan sesuatu kerja dengan sempurna, anda harus berkebolehan untuk bekerja dalam kumpulan. Andai kata salah seorang dari ahli kumpulan anda enggan untuk memberi kerjasama, maka terjadilah pelbagai masalah yang tidak diingini.

Setiap orang dalam sebuah kumpulan kerja haruslah mempunyai rasa tanggungjawab bersama. Ini adalah disebabkan kenapa majikan lebih memilih ciri-ciri lepasan universiti yang boleh bekerja dalam keadaan yang harmoni berbanding orang yang suka untuk melakukan kerja bersendiri. 

 

3. Kebolehan Berkomunikasi

Dalam dunia pekerjaan, anda diperlukan untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja anda untuk menyampaikan maklumat kepada mereka. Perkara yang paling penting ialah maklumat tersebut haruslah disampaikan dengan jelas dan tepat.

Selain itu, mempunyai kebolehan untuk mendengar, menulis dan membaca memberi kelebihan kepada lepasan universiti ini untuk dipilih bekerja. Pendengar yang bagus akan memahami setiap butiran maklumat yang diberikan dengan lebih terperinci.

Apabila anda dapat mendengar dengan baik, pasti ada soalan yang anda ingin bertanya jika anda mahu penjelasan yang lebih lanjut. Selain itu, penulis yang bagus akan mencatatkan segala maklumat dengan baik. Dan, tak lupa juga pembaca yang bagus pula tidak akan lalai dengan isi-isi penting sewaktu membaca maklumat yang diberikan.

Disebabkan ini, majikan sangat memilih graduan-graduan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi untuk diambil bekerja.

 

4. Kebolehan Menunjukkan Sikap Positif

Selalunya pekerja yang mempunyai sikap positif akan lebih disenangi dengan rakan sekerja. Selalunya juga kerja mereka akan lebih cemerlang berbanding yang lain. Pasti anda tidak mahu berkerja dengan orang yang sering mengeluh dengan segala macam hal kan?

Sikap yang positif akan membuatkan suasana kerja menjadi lebih meriah. Selain itu, ia juga akan menjadikan anda dan rakan sekerja yang lain selesa untuk bekerja bersama. Jadi, tips untuk kekal kelihatan positif ialah sentiasa menunjukkan senyuman yang manis, terutamanya saat anda sedang ditemuduga.

Lihat Juga : [ 5 Perkara Bijak Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Masih Menganggur ]

 

Tidak semestinya anda harus berkelakuan baik hanya bertujuan untuk mendapatkan kerja. Sikap yang positif harus diterapkan di dalam diri anda kerana ianya akan membuatkan anda lebih menyerlah dengan cara yang tersendiri.

Berbuat baik sesama manusia tidak akan ada ruginya, malah banyak ganjarannya yang menanti di kemudian hari. So, Admin nak ucapkan selamat maju jaya pada graduan yang baru saja menamatkan pengajian mereka! 

Sumber : personalbrandingblog.com

Pendapat anda?
Share: