Kerjaya

8 Checklist Wajib Anda Sebelum Memohon Sesuatu Kerja

Checklist Wajib Sebelum Memohon Sesuatu Kerja

Mesti mereka yang belum pernah mengalami sesi temuduga ataupun membuat sesuatu permohonan kerja tidak tahu apa persiapan yang perlu dilakukan untuk memastikan ianya dapat dilalui dengan baik dan lancar.

 Masih “blur” ?

Jangan risau, gunakan checklist dibawah untuk memastikan anda dapat membuat persiapan yang secukupnya sebelum  membuat permohonan sesuatu kerja atau hadir ke sesi temuduga.

1. Kemaskini Resume & Cover Letter Anda

Pastikan resume anda mempunyai kata kunci yang diperlukan oleh bakal majikan. Resume anda boleh menjadi sebuah resume yang ketinggalan zaman dalam masa yang kejap dan singkat.

Lihat : 10 Koleksi Resume Infografik Yang Mampu Memukau Majikan Anda

Jadi jika anda tidak pernah memohon ataupun sudah lama tidak membuat permohonan kerja, pastikan tarikh dan jawatan yang anda letakkan itu tepat mengikut kehendak bakal majikan.

Jika syarikat-syarikat yang besar mereka mempunyai sebuah software yang dipanggil sebagai Applicant Tracking System dimana mereka tapis resume menggunakan kata kunci. Jika resume anda tidak mempunyai kata kunci seperti yang diiklankan, maka resume anda tidak akan dipilih oleh sistem.

Pastikan juga anda membuang item resume yang sudah lapuk mengikut perkembangan karier anda.

Letakkan  sedikit masa dan usaha sepenuh hati untuk menulis sedikit adab dan tata tertib di dalam cover letter anda kepada bakal majikan.

Tidak kira berapa hebatnya resume anda, ia tidak akan bernilai jika anda gagal di dalam persembahkan cover letter atau pengisian emel ketika memohon kerja.

 

2. Pastikan Profile LinkedIn Anda Berada Dalam Keadaan Baik

Baik bagaimanakah yang dimaksudkan? Ia mestilah sebaik anda membuat resume dan lebih baik jika anda mempunyai banyak “endorsements” daripada rakan kerja anda yang lain.

Secara general, review terlebih dahulu reputasi online profil dan akaun media sosial anda. Bersihkan segala apa perkara yang anda rasa tidak menunjukkan sesuatu yang baik terhadap diri anda yang boleh memberikan kesan terhadap permohonan jawatan yang anda pohon.

Ia termasuklah gambar anda yang tidak elok di akaun Instagram.

Ini adalah salah satu cara untuk mengurus dalam memperlihatkan kelemahan anda dan ia juga berfungsi untuk menambat lagi hati bakal majikan anda apabila mereka melihat akaun media sosial anda lebih menarik dan positif.

3. Mula Memohon Kerja Dan Buat Sedikit Kajian Ke Atas Syarikat Yang Dipohon

Antara perkara yang perlu anda lakukan sedikit kajian ke atas syarikat yang dipohon adalah seperti polisi, budaya, keistimewaan yang diberikan oleh syarikat (kebaikan untuk masa hadapan anda) dan juga adakah pekerjaan ditawarkan boleh berikan anda work-life balance (penting untuk diri anda).

Kajian ini juga perlu dilakukan untuk memastikan apabila anda lalui sesi soal jawab ketika temuduga, anda tidak bertanya soalan-soalan yang mudah untuk diakses maklumatnya. Contohnya seperti, apakah bisnes syarikat tersebut lakukan, persaingan dan sebagainya.

Jika anda tanya soalan-soalan yang mudah diakses maklumatnya, mereka menganggap anda tidak faham mengenai syarikat dan tidak benar-benar berminat dengan jawatan yang sedang dipohon.

4. Persiapan Temuduga

Jangan tunggu untuk membuat persediaan sehingga anda dapat panggilan untuk hadir ke sesi temuduga. Itu akan membuatkan anda membuat persediaan “last-minute” dimana kebanyakkanya akan memakan diri anda sendiri.

Siap sediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan yang biasa ditanyakan ketika sesi temuduga seperti “Boleh ceritakan mengenai diri anda?” ataupun “Apa yang anda akan lihat kepada diri anda 5 tahun akan datang?”

Soalan-soalan ini jika anda tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya, ia boleh memberikan reputasi yang buruk kepada diri anda sendiri.

Lihat : Strategi Lengkap Di Dalam Pencarian Kerjaya Impian

5. Persiapkan Soalan Semasa Temuduga

Ketahui 50 Soalan Killer Temuduga

Pertanyaan pada sesi temuduga menunjukkan anda minat kepada jawatan yang dipohon.  Tanyalah soalan-soalan seperti “Apakah kemahiran yang diperlukan dalam syarikat ini”, “Apakah peluang karier yang terdapat dalam syarikat ini” dan sebagainya.

Soalan-soalan ini juga pastikan ia bukan soalan yang mudah diakses jawapanya seperti “Berapakah ahli dalam syarikat ini”, “Siapakah pesaing untuk syarikat ini” dan lain-lain.

Soalan seperti ini menunjukkan anda tidak cukup bersedia untuk jawatan yang ingin diisi.

6. Nota Terima Kasih

Sediakan nota terima kasih di setiap sesi temuduga yang anda telah sertai dan pastikan anda membuat susulan selepas selesai sesi temuduga.

Ini akan menunjukkan anda sebagai calon yang berbeza daripada yang lain. Percayalah, tidak ramai calon yang buat perkara ni.

Sedikit sentuhan yang berlainan inilah sebenarnya yang akan memudahkan anda dipilih jika mereka mempunyai situasi yang agak sukar untuk memilih calon.

7. Maklumkan Reference Anda Mengenai Permohonan Kerja Yang Anda Sedang Pohon

Maklumkan kepada individu yang anda masukan sebagai reference di dalam resume. Ini untuk memastikan anda tidak memperlambatkan lagi proses bakal majikan dalam memilih calon.

Jika mereka membuat panggilan individu di bahagian reference anda dan mereka mendapat jawapan yang tidak sepatutnya (tak kenal, tak ingat dan sebagainya) ini akan serta merta membuatkan anda tidak akan sesekali dipilih untuk hadir sesi temuduga.

8. Fikirkan Permohonan Gaji & Bersedia Untuk Membuat Negosasi

Inilah masanya untuk anda dibayar setimpal dengan jawatan atau kerja yang bakal anda hadapi. Jika anda tidak tahu apakah garis panduan gaji terkini, anda boleh membuat sedikit kajian di papan iklan kerja dan lihat average gaji yang kebanyakkan syarikat luar tawarkan.

Negosasi yang berjaya datang daripada bijak di dalam komunikasi. Cuba untuk bercakap secara profesional dan flexible ketika membuat negosasi. Seeloknya pengakhiran kepada perbincangan mengenai gaji ia akan memberikan win-win situation kepada anda dan bakal majikan.

Mungkin ada beberapa daripada point ini tidak perlu anda gunakan. Ia bergantung kepada tahap senioriti anda di dalam industri dan jawatan yang ingin pohon.

Tetapi majoritinya list ini boleh dijadikan sebagai rujukan atau checklist yang baik untuk anda.

Goodluck!

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon