Umum

4 Cara Untuk Cipta Budaya Syarikat Yang Mampu Tingkatkan Produktiviti Syarikat

cara-untuk-cipta-budaya -syarikat-yang-mampu-tingkatkan-produktiviti

 Jika anda seorang yang memiliki sebuah syarikat. Ahli di dalam syarikat merupakan aset yang penting kerana mereka merupakan role model kepada syarikat. 

Disebabkan itu, dengan adanya kewujudan budaya syarikat, ia dapat memberi kesan kepada ahli pasukan. Di setiap mereka perlu membawa imej yang sama bagaimana syarikat ingin cuba bawakan.

Pasukan di dalam syarikat datang dan pergi.  Bagaimana kita ingin menerapkan mereka yang baru hadir ke dalam syarikat akan mempunyai mindset atau minda yang sama seperti yang dibawa ?

Tidak lain dan bukan, cara yang boleh dilakukan adalah dengan mewujudkan budaya syarikat yang baik.

Ini merupakan 4 perkara yang boleh anda lakukan untuk mencipta budaya syarikat :

1. Susun atur reka bentuk dalaman pejabat anda

Semua orang tahu bagaimana Google mencipta budaya syarikat mereka. Tanyala kepada semua orang, siapakah yang tidak teringin untuk bekerja di syarikat Google.

Adakah sebab utamanya Google merupakan syarikat yang kaya raya? Bukan. Ia disebabkan oleh environment bekerja di syarikat Google yang membuatkan semua orang mengindamkan untuk bekerja disana.

Dengan reka bentuk dalaman pejabat yang cantik, ia mampu meningkatkan produktiviti syarikat. 

Mengikut kajian, 75% pekerja memberitahu bahawa syarikat mereka tidak mempunyai fasiliti atau kemudahan yang mampu mendorong mereka menjadi produktif.

Ini secara tidak langsung akan membawa kepada suasana kerja yang tidak seronok dan mengurangkan produktiviti syarikat.

2. Mengalakkan ahli pekerja mengambil cuti rehat

Menjadi produktif dan sentiasa mengeluarkan idea-idea baharu merupakan satu perkara yang bukan mudah. Kadang kala sampai membuatkan seseorang itu “tepu” dalam mengetengahkan idea mereka.

Ahli-ahli di dalam syarikat merupakan seorang manusia dan manusia perlu dan wajib ada sesuatu yang boleh memberikan mereka untuk “recharge” tenaga yang telah dikeluarkan.

Ini bukan bercerita mengenai waktu malam untuk berehat dan tidur, tetapi ia lebih dari itu.

Kerana inilah , ia amat penting untuk mengalakkan pasukan anda untuk mengambil cuti rehat beberapa hari untuk “recharge” kembali tenaga mereka.

Apabila perkara ini digalakkan dan mereka melakukannya, ketika dia kembali balik bekerja, dia akan lebih bersedia untuk mengeluarkan “the next big idea” kerana sudah “recharge energy” mereka yang telah dikeluarkan.

Kepenatan akan membuatkan produktiviti syarikat akan merudum tanpa anda jangka.

3. Memupuk ahli pasukan dengan “Pemikiran Untuk Berkembang”

Mengambil sesuatu tugas dan tanggungjawab yang besar merupakan satu perkara yang wajib setiap pekerja cuba mengambil bahagian. Kerana ini sahaja cara untuk mereka cemerlang di dalam pembinaan karier yang lebih baik.

Untuk memastikan perkara itu berlaku, ketua memainkan peranan yang besar disini, galakkan kepada mereka bahawa melakukan kesilapan itu bukan suatu perkara yang buruk tetapi adalah suatu perkara yang perlu dipelajari untuk terus maju kehadapan.

Setiap syarikat bergerak dan berkembang pesat dengan inovasi, dan setiap inovasi yang ingin dikejar, ketua pasukan mesti memupuk “growth mindset” diantara ahli pasukan mereka.

Dan disebalik maksud ini, seseorang ketua itu mesti terbuka dan bersedia untuk terima bahawa pekerja mereka akan melakukan beberapa “missteps” sepanjang mereka memikul sesuatu tugas yang diberikan.

Mereka mestilah faham bahawa kesalahan yang mereka lakukan merupakan satu bentuk pelajaran atau proses yang perlu dipelajari.

Tetapi ini bukan satu kenyataan untuk mengalakkan seseorang ketua itu memuji sifat malas pekerja mereka.

Ia ada satu garisan dimana seseorang ketua itu perlu faham adakah tugasan itu mampu menjadi atau dia akan gagal selama-lamanya. Itulah kemahiran yang perlu seseorang ketua itu develop dari semasa ke semasa.

4. Tunjukkan ketulusan anda secara serius

Jika pekerja anda tidak mempunyai kefahaman atau motivasi yang syarikat perlukan. Tanya kepada diri anda “Adakah mereka membawa imej yang sama seperti mana syarikat cuba bawa?”

Jika tidak,dengan bersifat secara telus apa yang sedang berlaku pada suasana syarikat mampu memberikan kesan yang positif kepada keseluruhan prestasi syarikat.

Jika pekerja anda rasa mereka dipercayai, mereka akan lebih bersemangat untuk menyertai di setiap kerja dan tanggungjawab yang diberikan,

Ini akan membuatkan mereka mengambil bahagian dengan memberikan “Extra Effort” untuk lakukan di setiap tugas yang dibentang dan diberikan.

Apabila anda sebagai ketua syarikat mampu mewujudkan satu budaya syarikat yang dapat memberikan ahli pekerja bermotivasi, ahli pasukan akan lebih terbuka dan semangat untuk bekerjasama diantara satu sama lain.

Ia juga akan memberikan mereka motivasi untuk mengambil risiko dan yang paling penting, mereka akan memberikan hadiah dari segi bentuk usaha yang maksimum kepada kerja yang akan dilakukan.

Pendapat anda?
Share: