cara-terbaik-untuk-anda-berhenti-kerja

6 Cara Terbaik Untuk Anda Berhenti Kerja

Apabila anda telah membuat keputusan untuk berhenti kerja, salah satu masalah yang sukar adalah untuk memberitahu kepada majikan anda. Apapun cara, pastikan anda berhenti bekerja dengan cara yang baik dengan mengikut terma yang telah ditetapkan.

Bakal majikan baru anda selalunya akan melihat reference bakal majikan yang lepas. Kerana mereka boleh mendapat maklumat lebih terkini dan jelas mengenai diri anda.

Anda rasa sukar nak berhenti kerja? 6 Langkah dibawah adalah cara yang terbaik untuk anda alami proses meletakkan jawatan :

1. Pastikan Pengesahan Anda Di Tempat Di Pekerjaan Baru

Sebelum anda rasa terlalu seronok untuk bertukar kerja. Pastikan semuanya telah disetkan dengan keadaan yang baik dengan majikan baru anda.

Maksudnya disini adalah anda sudah mendapat Offer Letter daripada majikan baru dan mereka sudah memaklumkan kepada anda tarikh yang perlu anda melapor diri atau mula berkhidmat dengan mereka.

Sebelum anda bersemuka dengan majikan anda untuk maklumkan mengenai perletakkan jawatan, lihat review buku pekerja untuk melihat polisi apabila ingin berhenti kerja. Sesetengah jawatan di tempat kerja bukan senang untuk anda berhenti secara mudah.

Salah satunya seperti jawatan sales. Ia boleh berikan kesan kepada revenue syarikat. Sebab itu anda perlu lihat buku polisi pekerja untuk memastikan bahawa anda sudah kenal pasti & sediakan kesemua perancangan yang diperlukan untuk syarikat sebelum anda meletakkan jawatan.

2. Masa Yang Sesuai

Sediakan tempoh masa yang sesuai untuk meletakkan notis berhenti. Sekurang-kurangnya 2 minggu adalah tempoh yang paling cepat.

Tempoh masa ini adalah tempoh masa yang sesuai untuk anda menyediakan perancangan dan menyerahkan kesemua tugas anda yang sedang dipikul kepada ahli pasukan yang lain.

Ia bukan setakat penyerahan tugas, ia juga satu tempoh untuk syarikat melaksanakan perancanagan seterusnya untuk mencari penganti kepada jawatan anda.

Selain daripada tempoh notis , anda juga perlu tahu masa dan hari yang sesuai untuk berjumpa dengan majikan anda. Ada kalanya majikan anda dalam keadaan yang tertekan, maka ia bukan satu masa yang tepat untuk anda memberitahu mereka. Bijak memerhati suasana di dalam syarikat.

3. Bersemuka Dengan Majikan Anda Secara Personal

Jika anda dan majikan berada di lokasi yang sama, jumpa dan nyatakan hasrat anda. Jika anda kerja secara remote, anda boleh membuat panggilan dan maklumkan kepada majikan anda.

Tetapi jangan sesekali maklumkan notis ini melalui mesej  atau voicemail.  Itu akan menambah lagi masalah kepada diri anda pada masa hadapan. Satunya menunjukkan anda tidak profesional, keduanya mesej yang akan disampaikan akan sukar untuk dijelaskan dengan keadaan yang baik.

Ketika berbincang dengan majikan anda, apa yang perlu anda lakukan adalah beritahu dengan jelas bahawa anda ingin meletakkan jawatan dan bila tarikh terakhir anda bekerja.

Ia satu idea yang baik jika anda menambah dan beritahu sesuatu perkara yang positif yang telah anda belajar dan dapat sepanjang pengalaman anda bekerja bersama mereka.

Anda boleh pilih sama ada anda ingin beritahu perancangan masa hadapan anda ataupun tidak kepada majikan. Tapi siap sedia untuk mendapat soalan daripada majikan anda mengenai kenapa anda ingin meletakkan jawatan.

Masa ini, ia bukan suatu perkara yang bijak untuk kritik mengenai syarikat ataupun kutuk sesiapa. Ia lebih baik anda berbincang untuk mendapatkan matlamat atau sesuatu yang lebih jelas kepada diri anda dan syarikat.

4. Kekal Positif dan Profesional

Tidak kira apa pun alasan anda ingin berhenti sama ada mendapat tawaran yang lebih baik ataupun telah dilayan begitu buruk dalam syarikat. Jangan pernah mengadu atau bercakap negatif mengenai situasi yang anda hadapi.

Terutamanya jika anda ada sesuatu yang tidak berpuas hati tetapi anda tidak pernah membincangkan perkara berkenaan terlebih dahulu kepada majikan anda. Ia akan mencerminkan lagi sifat tidak profesional anda terhadap syarikat.

Selalunya pihak HR akan memanggil anda untuk lalui “Exit Interview”. Nasihat yang sama, kekal fokus dengan aspek yang positif mengenai pengalaman, apa yang telah anda pelajari dan bagaimana pekerjaan anda yang sekarang mampu membantu di dalam perkembangan karier anda pada masa hadapan.

5. Tuliskan Secara Bertulis

Jadikan perletakkan jawatan anda sebagai suatu perkara yang rasmi yang perlu anda lalui. Sediakan satu surat perletakkan jawatan.

Anda tidak perlulah menulis sebab kenapa anda mahu meletakkan jawatan berkenaan di dalam surat tersebut. Tetapi yang lebih penting anda memberitahu tarikh terakhir khidmat anda di syarikat tersebut.

Sediakan surat ini sebelum anda berjumpa dengan majikan dan serahkan kepada majikan secara personal.

Memberikan surat perletakkan jawatan juga adalah suatu pemberitahuan anda secara rasmi dan mengelakkan daripada kekeliruan pada masa hadapan.

6. Rancang Peralihan Kerja Dengan Lancar

Bincang dengan majikan anda selepas anda telah berikan surat perletakkan jawatan untuk anda memikul tanggungjawab untuk memberitahu kepada pelanggan dan rakan sekerja yang lain.

Pastikan anda dapat menyediakan kesemua informasi kepada mereka yang akan bertanggungjawab untuk meneruskan pekerjaan anda yang seterusnya.

Bagaimana anda menguruskan peralihan pemberian tugas akan memberikan impak yang besar kepada majikan dan seluruh organisasi untuk melihat diri anda.

Anda tidak tahu siapa yang boleh dijadikan sebagai rujukan yang baik untuk bakal majikan baru anda. Tindakan seperti ini akan membantu, jadi jangan bakar hubungan yang telah dibuat di dalam organisasi tersebut.

Anda mungkin akan cuba gunakan reference luar daripada syarikat. Tetapi anda perlu tahu, ia akan menjadi tanda tanya kepada bakal majikan. Kenapa anda tidak mahu menggunakan reference pada pekerjaan lalu.

Adakah anda orang yang bermasalah? Ataupun ada sesuatu perkara yang ingin disembunyikan,

Itu antara 6 langkah yang boleh anda lakukan untuk meletakkan sesuatu jawatan. Semoga selepas ini walaupun anda meletakkan jawatan, ia tidak memberikan kesan reputasi yang buruk terhadap diri anda.

Kerjaya

Leave a Reply