Umum

5 Cara-Cara Nak Kekalkan Motivasi Diri

kekalkan-motivasi-diri

Dalam sesetengah kehidupan manusia zaman sekarang, untuk kekalkan motivasi diri dalam sesuatu perkara sama ada dari segi kerja mahupun belajar sangat susah kerana “mindset” manusia selalu berfikir ke arah negatif daripada positif.

Jadi ini antara cara-cara nak kekalkan motivasi diri :

1. Buat apa yang anda boleh, dan berhenti bimbang tentang apa yang anda tidak boleh

Sesetengah perkara berada dalam kawalan anda, manakala perkara lain tidak. Jangan bimbang tentang keadaan di luar kawalan anda.

Jangan biarkan diri anda jadi terlalu emosional sehingga ia boleh menganggu anda untuk kekalkan motivasi diri.

Ada perkara yang tidak akan berfungsi dengan baik, tapi dengan tindak balas anda yang cepat, masalah akan selesai cepat.

2. Bergaul dengan orang-orang yang sentiasa berfikiran positif

Untuk kekalkan motivasi diri anda, anda perlu elak untuk bergaul dengan orang-orang negatif kerana ia akan memberi kesan kepada semua perkara yang sedang anda lakukan dan matlamat anda tidak akan tercapai.

Jadi, “sit and talk with positive peoples” kerana ia akan memberi kesan-kesan yang baik untuk anda kekalkan motivasi diri untuk meneruskan sesuatu kerja dan kejar matlamat anda.

Jika anda “stuck” di tengah perbualan yang ke arah yang salah, caranya adalah dengan tukarkan perbualan itu dengan sesuatu yang lebih produktif.

3. Belajar dari kesilapan dan jangan ulanginya

“If you fail to plan, you plan to fail”

Semua orang melakukan kesilapan tetapi dengan kesilapan juga anda boleh kekalkan motivasi diri dengan mengubah balik keadaan. Selain itu, kesilapan juga mengajar kita untuk jadi yang lebih baik.

Caranya adalah membuat penilaian diri secara berterusan dan cara anda mengatasi situasi hendaklah  berbeza bukan macam sebelum ini.

Kalau boleh “short down” note yang penting supaya apabila anda menghadapi masalah, anda boleh fikirkan cara terbaik untuk mengatasinya.

4. Membuat rancangan awal

Apabila anda mengambil masa untuk plan, anda membenarkan diri anda untuk berfikir secara keseluruhan dari proses awal hingga akhir.

Ini boleh mencetuskan idea, meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja yang hebat.

Sebaik sahaja anda mempunyai plan yang bagus untuk dilaksanakan, dalam masa yang sama anda dapat kekalkan motivasi diri untuk melakukannya. Erti kata lain anda bersungguh-sungguh untuk melakukannya.

Untuk kekalkan lebih lagi motivasi diri adalah dengan senaraikan tugas-tugas anda pada malam sebelumnya.

Kenal pasti tiga perkara paling penting yang perlu anda selesaikan pada hari berikutnya dan mulakan dengan yang pertama.

5. Raikan kejayaan anda, tak kira ia kecil atau besar

“Self reward” memainkan peranan penting dalam kekalkan motivasi diri. Jadi, “reward yourself” setiap kali anda dapat capai apa yang anda nak, tak kira ia kecil atau besar.

“Reward” atau ganjaran boleh diraikan dalam pelbagai cara sama ada shopping, menonton wayang, bercuti dan sebagainya.

Sebagai penutupnya,

Dengan mempunyai pemikiran yang positif ia akan membantu anda menghasilkan lebih banyak keputusan dan idea yang positif dan lebih baik dalam hidup.

Pendapat anda?