Kerjaya

12 Cara Mudah Dapatkan Kerja Dengan Cepat

cara-mudah-dapatkan-kerja

Kita semua tahu bahawa sekarang ini pencarian kerja semakin  lama semakin mencabar tetapi selepas ini anda akan tahu bagaimana cara mudah dapatkan kerja dengan cepat.

Apabila ditanya majoriti graduan, sebenarnya ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menjadi berbeza dari pesaing yang lain.

Contohnya seperti memberikan nota terima kasih kepada bakal majikan selepas tamat sesi temuduga.

Ini perkara kecil bagi anda kan? Tetapi sebenarnya ia mampu memberikan impak yang besar kepada sesi temuduga anda.

Ini 12 cara mudah dapatkan kerja dengan cepat. Jika di dalam list ini ada yang anda belum buat,

“GIVE IT A TRY”

1. Mohon kesemua jawatan yang anda jumpa bukan satu idea yang baik

Perkara yang lebih baik anda boleh lakukan adalah dengan fokus kepada jawatan yang sesuai dan layak dengan kelayakan yang anda ada.

Jika anda fokus dengan cara ini, keberangkalian untuk anda dipilih untuk dipanggil ke sesi temuduga akan lebih tinggi.

Hantar secara random resume dan cover letter anda hanya satu perkara yang membuang masa.

Sebelum anda membuat pencarian kerja, ambil sedikit masa untuk membuat keputusan apakah jenis pekerjaan yang sebenarnya anda mahu cari.

2. Jangan pernah berhenti untuk memohon pekerjaan

Di saat anda sedang menunggu panggilan daripada syarikat yang anda mohon, jangan berhenti untuk mencari dan memohon pekerjaan.

Majoriti jobseeker yang mencari kerja mesti mengalami “rejection” beberapa kali sebelum mendapat sesuatu pekerjaan.

Belajar dari kesilapan yang telah anda lakukan dan pastikan anda sentiasa membuat permohonan kerja dengan syarikat lain sehinggalah anda mendapat tawaran yang anda mahukan.

3. Anda perlu buat satu spesifik cover letter untuk sesebuah syarikat

Anda hanya ada beberapa saat untuk menarik perhatian bakal majikan anda.

Ada beberapa majikan akan melihat cover letter anda dan melihat,

jika di dalam cover letter anda tidak mempunyai penyelesaian kepada apa yang syarikat mahukan, mereka akan terus reject anda untuk dipanggil ke sesi temuduga.

4. Anda perlu juga spesifikan resume anda kepada jawatan yang dipohon

Ia bukan setakat cover letter, resume anda juga perlu di edit dan mengikut iklan jawatan kosong yang diiklankan oleh syarikat berkenaan.

Jika tidak, jangan harap untuk resume anda akan dipilih. Lagi-lagi jika syarikat berkenaan menggunakan “Applicant Tracking System” untuk membuat prosess screening calon.

[Lihat : Koleksi Resume Infografik Terkini 2017]

5. Anda boleh letakkan perkara selain daripada pekerjaan “full-time” anda dalam resume

Mesti anda tertanya-tanya, jika saya sudah lama menganggur. Mesti itu suatu perspektif yang buruk untuk bakal majikan. Macam mana saya nak atasinya ?

Anda boleh letakkan perkara lain selain sejarah pekerjaan anda yang boleh anda gunakan untuk menyerlahkan resume anda.

Contohnya, jika anda pernah sertai aktiviti sukarelawan atau apa hobi yang manfaat yang boleh anda tonjolkan kepada bakal majikan anda.

6. Pastikan pemakaian anda yang boleh meyakinkan bakal majikan anda

Jika anda yang kerjaya kearah pekerjaan yang profesional, anda dinasihatkan untuk berpakaian seperti orang yang sudah berjaya.

Ini adalah perkara pertama untuk “first impression” kepada diri anda. Pastikan anda mengetahui budaya syarikat tersebut.

Kadang kala apabila anda overdress bakal majikan tidak suka melihatnya kerana ia tidak sesuai dengan budaya syarikat berkenaan.

Sebab itu pastikan anda memakai pakaian kena dengan jawatan dan budaya syarikat yang anda mohon.

7. Jadi diri anda sendiri

Perkara pertama yang patut anda lakukan adalah, menjadi diri sendiri. Apa maksud diri sendiri? Jika anda ada sikap negatif, adakah perlu ditunjukkan?

Bukan itu maksudnya, maksudnya disini menjadi diri sendiri dimana ia adalah watak yang terbaik untuk diri anda.

Bakal majikan mahu kenali siapa yang dia akan pilih, maka dia perlu tahu bagaimana sikap dan personality anda sebenarnya.

Jika anda ditolak kerana mereka rasa anda orang yang terlalu jujur (contoh) maka ia tidak mengapa,

kerana mungkin jika anda bekerja di tempat berkenaan akan mendatangkan masalah kepada pekerjaan anda esok.

8. Belajar “storytelling” apabila anda berkongsi pengalaman semasa sesi temuduga.

Cara terbaik untuk mereka melihat diri anda dengan lebih dekat adalah dengan bercerita.

Contohnya jika mereka bertanya mengenai pengalaman yang anda ada, kaitkan kemahiran dan pengalaman yang anda itu bersama dengan kisah atau cerita yang pernah anda lalui dan dapat men dengan baik.

Apabila anda dapat tunjukkan sesuatu yang lebih konkrit kepada bakal majikan, semakin tinggi anda berikan hint kepada bakal majikan bahawa anda adalah orang yang paling sesuai untuk jawatan tersebut.

9. Jangan pernah cakap sesuatu yang buruk kepada majikan lama

Sikap memburuk-burukan orang lain ini merupakan satu sikap yang akan membuatkan mana-mana majikan akan “turn-off” dengan anda.

Anda perlu tahu, bakal majikan anda akan melihat juga bagaimana anda akan membawa nama syarikat itu kepada orang luar apabila anda mula bekerja dengan mereka.

Jika anda tonjolkan sikap suka memburukan orang lain terutamnya majikan lama anda, itu adalah kesilapan yang akan membuatkan anda ditolak untuk diterima bekerja.

[Lihat : Ketahui 50 Soalan Killer Ketika Temuduga]

10. Hantar nota terima kasih selepas sesi temuduga

Ia sangat penting untuk anda follow up selepas sesi temuduga. Itu adalah satu sikap dimana anda tunjukkan satu penghargaan kerana telah mempertimbangkan untuk memilih anda hadir ke sesi temuduga.

Jika anda mempunyai sesuatu yang ingin dikongsi dimana anda tidak sempat beritahu semasa sesi temuduga juga boleh diselitkan di dalam nota terima kasih ini. Tetapi ia bukanlah satu nota atau surat yang terlalu panjang.

Pastikan ia satu surat yang simple dan jelas kepada tujuan asalnya iaitu menunjukkan penghargaan kepada mereka kerana memanggil anda untuk hadir ke sesi temuduga.

11. Bina networking dengan orang industri anda

Sekarang ini banyak cara anda boleh bernetworking terutamanya apabila media sosial merupakan sebuah medium yang mudah untuk menghubungkan komunikasi antara manusia.

Anda tidak tahu asbab dari siapa yang akan membuatkan anda dapat bekerja. Mungkin dari networking yang telah anda lakukan sebelum ini.

Selalunya jika ada jobseeker yang bijak membuat networking, ia semakin mudah untuk diterima bekerja.

12. Pastikan bahagian reference anda itu individu yang tepat

Reference ini merupakan rujukan yang akan membuatkan perbezaan yang bersar dalam pengambilan anda untuk bekerja.

Jika bakal majikan mempunyai situasi yang sukar untuk memilih calon, mereka akan gunakan pilihan seperti membuat panggilan di bahagian reference yang anda berikan untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai diri anda.

Sebab itu perkara-perkara ini jangan sesekali anda ambil remeh, kerana ia sebenarnya memberikan peranan yang besar kepada pengambilan kerja.

Pastikan anda letakkan individu dalam reference anda adalah individu yang kenal akan anda dan hasil-hasil kerja yang anda pernah lakukan.

Ini antara 12 cara mudah dapatkan kerja dengan cepat. Semoga ia manfaat untuk anda.

Dan jangan lupa juga untuk ketahui Strategi Lengkap Di Dalam Pencarian Kerjaya Impian disini! 

Pendapat anda?

Notice: Undefined variable: logo_output in /home/forge/jobkartel.com/wp-content/plugins/mobile-menu/includes/class-wp-mobile-menu-core.php on line 200
Left Menu Icon