Kerjaya

Cara Menggunakan Aplikasi Kahoot Untuk Pembelajaran Yang Lebih Menarik

Pada zaman yang serba moden ni, rugi kalau kita tak gunakan teknologi digital untuk dijadikan bahan pembelajaran. Ini merupakan post cara menggunakan aplikasi Kahoot untuk membuatkan pembelajaran anda lebih menarik!

Banyak sebenarnya yang kita boleh explore untuk belajar sesuatu benda yang menarik. Kalini admin nak kongsikan cara awesome untuk mengajar menggunakan aplikasi online, Kahoot!

Satu aplikasi online yang sangat interaktif dan menarik untuk membuat dan menjawab quiz. Ianya juga PERCUMA untuk digunakan.

Kalau sebelum ini semua quiz macam membosankan, lepas ni anda boleh suruh lecturer anda buat quiz menggunakan aplikasi Kahoot! ni.

Keseronokkan Kahoot! ni bukan untuk lecturer atau tenaga pengajar sahaja, anda yang bergelar pelajar pun boleh, anda boleh create pelbagai soalan untuk setiap subjek yang anda belajar, lepas tu bulan depannya cuba jawab sendiri untuk uji sejauh mana ingatan anda.

Dengan cara lebih menarik dan menyeronokkan ini, ia mampu menguatkan lagi daya ingatan anda.

Ingatan akan lagi kuat jika ia ditambah dengan imaginasi dan perasaan. Okay jom admin kongsikan kepada anda macam mana nak gunakan Kahoot! ni.

Step-by-Step Menggunakan Kahoot!

1. Anda perlu ke https://kahoot.com/ untuk membina akaun terlebih dahulu. Klik ‘Sign Up’ untuk pertama kali mendaftar. Nanti akan tersimpan segala set-set soalan yang pernah dibuat didalam akaun tersebut.

2. Selepas itu, anda boleh mula membuat set soalan yang dikehendaki. Ketika nak buat soalan, anda boleh gunakan segala tools yang ada di ruangan tersebut untuk jadikan ianya lebih kretif dan menarik untuk dijawab. Contohnya, anda boleh masukkan teks, gambar, atau video yang berkaitan.

Anda boleh isikan tajuk, description, bahasa dan audience yang sesuai dengan quiz yang nak dibuat. Kalau quiz tersebut untuk pelajar, mungkin boleh pilih audience ‘school’.

3. Selepas selesai mengisi maklumat asas untuk quiz tersebut, anda boleh menambah soalan dengan klik ‘Add Question’.

4. Kahoot! akan memaparkan terus ruangan soalan yang hendak dibuat seperti gambar dibawah.

Anda perlu isikan soalan, masa menjawab dan pilihan jawapan. Untuk menentukan jawapan yang betul, anda perlu tick sahaja sehingga keluar warna hijau di kanan jawapan.

Jika sudah habis di ruangan ini, anda boleh klik ‘next’, itulah cara mengisi soalan.

5. Bila semua soalan dah selesai, terus save dan data tu semua akan disimpan dalam akaun yang anda dah di daftarkan tadi. Anda boleh ulang semula untuk membuat soalan lain sebanyak mana yang anda mahu.

6. Pada hari yang anda mahu gunakan Kahoot! ni, anda boleh meminta individu yang hendak menjawab contohnya pelajar tersebut login Kahoot!

Applikasi ni cukup mudah, Cuma perlu ada sambungan internet (data/wifi) dan boleh dijawab menggunakan PC, Laptop dan Smartphone. Lagi mudah gunakan Smartphone sebab boleh terus download apps Kahoot! dari Apple Store atau Google Store.

7. Sebelum memulakan quiz, anda perlu memberi Game PIN kepada individu (pelajar) yang nak jawab soalan tersebut. Game PIN tu boleh dapat dari anda sendiri (pembuat soalan) jika semua telah bersedia. Tapi kena ingat tau, Game PIN ni akan berubah-ubah setiap kali nak start quiz, so tak perlu nak salin dekat mana-mana pun.

8. Kemudian, mereka (pelajar) boleh masukkan nickname sendiri bagi tujuan identifikasi kerana pada akhir quiz nanti, markah akan dipaparkan mengikut nama-nama yang telah dimasukkan tadi. Sementara menunggu untuk habis, nama dan bilangan individu yang sudah menyertai quiz tersebut akan terpampang di skrin utama.

9. Setelah selesai semua yang menyertai quiz tersebut, maka sesi menjawab boleh dimulakan dengan klik ‘Start’.

Sebaiknya, maklum kan beberapa syarat quiz yang telah ditetapkan seperti masa yang diperuntukan untuk setiap soalan. Soalan akan dikeluarkan seperti contoh ni yang telah admin cuba buat dan boleh terus menjawab.

10. Bila selesai menjawab untuk 1 soalan, Kahoot! akan memberikan paparan jawapan yang betul dan disitu anda akan dapat lihat berapa jumlah individu yang menjawab bagi setiap pilihan jawapan yang disediakan. Setiap orang yang telah menjawab akan mendapat keputusan BETUL atau SALAH di skrin masing-masing.

11. Manakala, dekat skrin utama di hadapan pula akan terpapar senarai individu yang mendapat TOP 5 dengan markah yang tertinggi. Markah yang tinggi akan diberikan kepada individu yang menjawab soalan dengan BETUL dan CEPAT. Masa ni, mesti seronok kalau nama ada dekat skrin utama.

12. Bila semua soalan dah dijawab, maka markah penuh dengan nama Top Scorer akan dipaparkan. Kahoot! akan menunjukkan jumlah mata yang diperoleh, serta jumlah jawapan yang betul dan salah.

Mesti menarik kan? Pasti ramai yang suka menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan applikasi Kahoot! ni. Ini lah salah satu kemudahan teknologi yang telah wujud untuk memudahkan anda semua.

Segala soalan boleh save dekat akaun sendiri dan tak perlu bawa pendrive pun. Cuma sambungkan dengan internet, terus boleh dijawab dimana-mana dengan menggunakan Kahoot! Selamat mencuba semua!

Ini sedikit penerangan cara menggunakan aplikasi Kahoot untuk membuatkan pembelajaran anda lebih menarik dan menyeronokkan selepas ini.

CREATE – PLAY – SHARE – REINFORCE

Pendapat anda?
Share: